Followers

Monday, July 5, 2010

TIPS:Menconteng buku - teknik saya guna untuk ingat lebih banyak perkara

Conteng jangan tak conteng

Assalamualaikum semua,hari ini aku nak kongsikan tips dari Laman Web Jutawan Internet yang terkenal di Malaysia,Irfan Khairi,Tips yang aku perolehi dari Tips Seminit dari laman web beliau,tips membaca sambil menconteng di buku yang kita baca,tips ini juga diamalkan oleh beliau bila membaca,jom baca apa dia tips itu,aku kongsikan untuk anda,moga kita dapat sama-sama manfaatnya;


Kita tahu bahawa membaca adalah penting untuk menambahkan ilmu kita kan?

Tetapi, ada juga yang membaca tetapi, tidak berjaya mengaplikasikan apa yang di baca. Mungkin kerana terlupa atau tidak menggunakan teknik yang betul dalam menambahkan pemahaman ketika membaca.

Satu tip mudah apabila membaca buku, ambil pen dan conteng pada buku tersebut

• Garis perkataan atau nota yang penting

• Letak bintang di bahagian margin sekiranya terdapat sesuatu yang anda ingin laksanakan

• Tulis di bahagian margin nota-nota anda sendiri dan bagaimana anda boleh aplikasikan apa yang di ajar


Dengan menconteng- garis, letak bintang dan menulis nota, kita akan dapaat menggandakan pemahaman kita pada apa yang di baca. Sejurus selepas habis memabaca buku tersebut, go through another round dan fokus pada contengan-contengan anda. Aksi melakukan ini kali kedua akan menggandakan ilmu dan pemahaman kita.

Tambahan: Dato’ Dr Fadzilah Kamsah juga pernah cerita pada saya, beliau juga “berinteraksi” dengan buku yang dibaca dengan menulis pada buku itu sama ada bersetuju… atau tidak setuju… atau sama ada pembaikan yang boleh ditambahkan pada buku yang di baca.

Sayang pada buku sebab taknak kena conteng?

Haa… patut kita sayang pada buku, atau sayang pada ilmu yang kita terlupa?

Jom Membaca..Jom Guna Tips Ini..!

Sunday, July 4, 2010

Program Hari Ilmu Dan Gerakkan Membaca Perdana Serta Pelancaran Pesta Buku Selangor

Tahniah kepada kerajaan Negeri Selangor..!!!

Assalamualaikum semua,semoga Anda semua ceria dan bahagia serta dirahmati Allah selalu,hari ini aku kongsikan gambar-gambar semasa Hari Ilmu Dan Gerakkan Membaca Perdana,sempena Pesta Buku Negeri Selangor,Alhamdulillah penyertaan yang amat memberangsangkan(15,000 orang) dan telah menerima pengiktirafan dari The Malysia Book of Records sebagai 'Largest Outdoor Reading Event in Malaysia.Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat menyertai program ini,ambil cuti lagi tu..! Semangat punya pasal,walaupun aku keseorangan tanpa berteman.

Oklah tak nak cerita banyak,Anda pun dah tahu program ini,beritanya dah seminggu lebih dah,maaflah aku lambat publish entry ini...apapun tengoklah gambar-gambar(hanya sebahagian,tak larat nak upload lagi) ini untuk anda semua,dari lensa kamera digital aku.








































JOM MEMBACA..!!!

JUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN..!

Tuesday, June 22, 2010

Tahniah..! Abang Mukhyuddin Ibrahim

Abang Mukhyuddin Ibrahim

Selepas menerima watikah perlantikkan


Assalamualaikum dan selamat bertemu lagi di dunia sempadan ini,hari ini aku tidak bercerita tentang buku,dalam kesempatan ini aku nak mengucapkan sekalung Tahniah buat kekanda iparku Tuan Hj Mukhyuddin Ibrahim atas perlantikkannya sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor.Tahniah pada Abang Udin (panggilan kami.)dan keluarga khususnya,Semoga amanah yang di pikul dapat di jalankan dengan rasa tanggungjawab dan jujur.Semoga Allah memimpin perjalanan abang Udin dalam menerajui jawatan sebagai ketua hakim Syarie.

Kepada anak-anak buah yang seramai 57 orang semoga Abang Udin dapat di jadikan contoh sebagai pembakar semangat untuk maju dan berjaya dalam lapangan hidup pada masa akan datang.

Sekali lagi kami ucapakan Syabas dan Tahniah...!


SELAMAT MEMBACA..!

Berita-Berita Perlantikkan Beliau:

SHAH ALAM, 21 Jun – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua Hakim Syarie Selangor dan tiga Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri. Mukhyuddin Ibrahim yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Kanan (Kehakiman) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Hakim Syarie negeri daripada Baginda di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pelantikan Mukhyuddin, 52, anak kelahiran Bukit Naga, Klang bermula dari 7 Jun lepas yang dilakukan di bawah Seksyen 56 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003. Baginda juga turut menyampaikan watikah pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah kepada Saharuddin Selamat, 33, Mohamad Yusri Kasim, 30, dan Shukran Yusuf, 35.

Sebelum upacara itu, Sultan Sharafuddin berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) bernilai RM3.68 juta bagi tahun kewangan 2009, bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS). Bank Rakyat diwakili oleh Pengarahnya Datuk Md Aini Taib pada upacara itu. Secara keseluruhannya Bank Rakyat menunaikan zakat berjumlah RM35.3 juta bagi tahun kewangan 2009 berbanding RM33.4 juta pada tahun sebelumnya. –



SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua Hakim Syarie Selangor dan tiga Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri.

Mukhyuddin Ibrahim yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Kanan (Kehakiman) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Hakim Syarie negeri daripada baginda di Istana Bukit Kayangan

Mukhyuddin, 52, dilantik mengikut subseksyen 56 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003, untuk mengisi jawatan itu yang dikosongkan Datuk Zohdi Toha yang kini berkhidmat di Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia.

Baginda turut menyampaikan watikah pelantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah kepada Saharuddin Selamat, 33, Mohamad Yusri Kasim, 30, dan Shukran Yusuf, 35.

Mukhyuddin yang berasal dari Bukit Naga, Klang, pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti Al-Azhar, Mesir dan Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang kehakiman syariah pada 1983 sebagai Pegawai Pentadbir Hal Ehwal Islam Tingkatan II, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan memegang pelbagai jawatan lain sebelum dilantik menjadi Pegawai Tadbir Agama/Kadi Daerah Gombak Barat, pada 1984.

Pada Julai 1991 hingga Disember 1991, Mukhyuddin dilantik menjadi Kadi Litar Bahagian Pantai membabitkan Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam.
Selepas 11 tahun berkhidmat sebagai Hakim Rendah Syariah, pada Jun 2002 Mukhyuddin dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Jun 2005.


Saharuddin pula dilantik pada 1 Mac lalu, Mohamad Yusri (29 Mac) manakala Shukran dilantik pada 7 Jun lalu.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) zakat perniagaan RM3.7 juta daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) bagi tahun kewangan 2009.

Cek pembayaran zakat diserahkan Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Aini Taib dengan disaksikan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa; Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Ketua Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof.

Pembayaran zakat perniagaan itu adalah yang tertinggi berbanding negeri lain dan lebih RM300,000 berbanding tahun perniagaan 2008 apabila Bank Rakyat membayar zakat perniagaan sebanyak RM3.4 juta.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

Aturcara Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana 2010

Jom Meriahkanya,,!
Sama-sama memberi sokongan


Perhatian buat semua ahli Baca@LRT;

TARIKH:
26 JUN 2010 BERSAMAAN 13 REJAB 1431- (Sabtu)
MASA: 9.00 PAGI
TEMPAT: TAMAN TASIK, SHAH ALAM

Penyokong Baca@LRT akan berada di sana, insya Allah



6.30 – 9.00 pagi Ketibaan peserta berdaftar (petugas mengesahkan senarai peserta, mengedar topi+ penanda buku +pack food)

9.00 – 10.00 pagi Peserta “Largest Outdoor Reading Event in Malaysia” mengambil tempat

10.00 – 11.00 pagi Acara kemuncak “Largest Outdoor Reading Event in Malaysia” – Peserta Membaca Serentak

9.30 pagi Ketibaan Dif-dif Jemputan

10.15 pagi Ketibaan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor & Isteri

10.45 pagi Keberangkatan Tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor (dari jeti Laman budaya menaiki bot melihat program membaca disekitar Tasik)

DYMM Sultan Selangor dan rombongan tiba ke jeti Restoren
Antan & Batura – ke Pentas Utama.

Lagu Negeri Selangor & Lagu Hari Ilmu

Bacaan Doa

Sembah Ucapan Alu-Aluan oleh YB Dr Hajah Halimah bt Ali
EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Sembah Ucapan oleh
Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan menyampaikan Titah Perasmian

Upacara Majlis Perasmian Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor & Pesta Buku Negeri Selangor 2010.

Blimp dinaikkan

12.00/thari Pengisytiharan Malaysia Book of Records & Penyerahan Sijil
Penyampaian Hadiah Penyertaan Teramai

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan menandatangani Buku Gerakan Menulis Perdana

Lagu Negeri Selangor

Majlis Santapan dan Jamuan

Petugas mengedar pack food+ sijil kepada semua peserta

Keberangkatan DYMM Sultan Selangor ke Pesta Buku Selangor Kompleks PKNS

1.00 t/hari Majlis Bersurai

Dikemaskini oleh Urus Setia Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana pada 18/6/2010.

Oleh: Zamri Mohamad

Monday, June 21, 2010

Hebahan terkini: Perubahan kepada gerak kerja Baca@LRT tema Palestin.


Jom beri sokongan 300%


KEPADA SEMUA AHLI Baca@LRT Semua;

Kita bakal mengalihkan 'sokongan' dan 'kerjasama' 300% kepada gerakan membaca rakan sekutu kita di Selangor.

Ini mengambil kira respon rakan-rakan sekutu yang banyak membantu Baca@LRT selama ini

Dengan itu kami akan menganjakkan gerak kerja Baca@LRT Palestin pada tarikh lain.

Kami bermesyuawarah dan keputusan kami, "Kita akan turun dan menyokong 300% gerakan membaca di Taman Tasik PKNS Shah Alam pada 26 Jun 2010 Gerakan Membaca Perdana!"

Jam 9.00 pagi di sana sempena Pesta Buku Selangor bersama-sama 10,000 pembaca lain!

Mana-mana sukarelawan Baca@LRT mahu membantu mengedarkan penanda buku Baca@LRT sebagai hadiah kepada rakan baru pada hari itu, mohon mesej kepada saya dengan mesej subjek Sukarelawan Baca@LRT

Kita membantu rakan-rakan yang berusaha ke arah budaya membaca.

Mohon hebahan di Facebook dan Blog.

BACA@ Buku Anda Cara Anda

Kita baca di mana-mana.

Kongsi Buku:AJAIBNYA SEDEKAH

Buku: Ajaibnya Sedekah


Alhamdulillah dengan izin Allah kita dapat bertemu lagi dalam ruangan Kongsi Buku,kali ini aku kongsikan sebuah buku yang sangat menarik iaitu buku AJAIBNYA SEDEKAH…semakin sedekah semakin kaya,membongkar keajaiban ,mukjizat,misteri,dan rahsia keagungan ibadah sedekah demi kesenangan dunia dan akhirat.Buku yang harus di miliki oleh kita semua,untuk mengetahui hebatnya ibadah sedekah ini,mungkin kita tidak tahu secara detail berkenaan ibadah sedekah ini.Buku tulisan Muhammad Muhyiddin yang judul asalnya bertajuk Keajaiban Shodaqoh,telah di terjemah oleh PTS MILLENNIA SDH BHD.Buku setebal 171 muka surat berharga RM 11.90 bagi Semenanjung Malaysia,RM 13.90 Sabah/Sarawak.

Antara perkara-perkara yang di kupas dalam buku ini oleh penulis:

1) Keajaiban-keajaiban bersedekah dan cara kita memandang dan mentafsir keajaiban-keajaiban itu.

2) Kekeliruan-kekeliruan dalam cara mengeluarkan sedekah.

3) Kekeliruan-kekeliruan dalam tujuan mengeluarkan zakat.

4) Hubungan antara sedekah dengan rezeki iaitu falsafah di sebalik sedekah dapat mendatangkan rezeki .

5) Hubungan antara sedekah dengan umur iaitu falsafah di sebalik sedekah dapat memanjangkan umur.

6) Hubungan antara sedekah dengan penyakit iaitu falsafah di sebalik sedekah dengan menolak,mencegah dan menyembuhkan penyakit.

“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah dan Allah tidak menyukai orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa.”
(Surah al-Baqarah,ayat 276)

“Orang yang memberikan apa yang mereka berikan dengan hati yang kuat,sesungguhnya mereka kembali kepada Tuhan mereka.”

(Surah al-Mukminun,ayat 60)

“Katakanlah kepada hamba-hambaku yang beriman,’Hendaklah mereka mendirikan solat,menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari kiamat.Pada hari ini,tidak ada jual beli dan persahabatan.”’

(Surah Ibrahim,ayat 31)


Jom Bersedekah..!!!

Mudah-mudahan perkongsian serba sedikit ini ada manfaatnya untuk Anda semua,untuk selebihnya carilah buku tersebut di kedai atau gedung buku yang berdekatan tempat Anda.


JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI KEHIDUPAN ANDA

Sunday, June 20, 2010

Betul Ke Apa Yang Aku Baca Ni..!


Dalam asyik melayari satu blog ke satu blog,aku terjumpa artikel ni di blog THINKING OF BOOK .Pesta Buku kurang dapat sambutan?.Aku minta izin pemilik blog untuk aku salin semula ke blog aku ni,sama-sama aku kongsikan untuk anda,jom fikir-fikirkan mengapa kurang sambutan.

Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2010 kurang menyengat?

Kini berlangsung Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2010. Ianya bermula dari 18 hingga 22 Jun di Di Balai Islam Lundang, Kota Bahru. Pesta buku ini bertemakan “Kelantan Memimpin Budaya Ilmu”. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat semasa merasmikan pesta ini menyeru umat Islam memperuntukkan sejumlah pendapatan bulanan bagi membeli buku pengetahuan khususnya buku agama.

“Ini kerana umat yang maju serta meningkat ilmu pengetahuannya adalah umat yang gemar membaca. Sebaliknya umat yang mundur dan ketinggalan zaman adalah umat yang tidak gemar membaca,” tegasnya.

Dalam novel tulisan isteri Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, berjudul Bidadari Dari Timur: Memoir Isteri Seorang Pejuang, beliau memetik kata-kata Tuan Guru, “Aku amat menggalakkan terbinanya perpustakaan di rumah. Milikilah ia di rumah walaupun kecil, di mana di dalamnya terdapat kitab-kitab agama, buku-buku tulisan penulis seantero dunia yang dapat kita cedok ilmunya, serta kaset atau CD berfaedah bagi santapan telinga dan nurani.”

Harakahdaily memetik Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, walaupun agama Islam telah memberi penekanan khusus kepada kegiatan membaca sejak awal turunnya wahyu yang pertama, tetapi malangnya pada hari ini masih terdapat umat Islam yang sanggup membelanjakan beratus ribu ringgit pada setiap bulan bagi membeli perkara yang tidak bermanfaat.

Justeru, anjuran pesta buku antarabangsa itu bagi menarik lebih ramai masyarakat khususnya di negeri Kelantan agar menjadikan budaya dan amalan membaca sebagai amalan harian. “Marilah sama-sama kita menukarkan tradisi bahawa umat Islam adalah umat yang tidak jemu-jemu belajar, mengkaji dan mendalami ilmu pengetahuan yang bermanfaat dalam semua aspek kehidupan."

“Sesungguhnya semua kemajuan itu hanya dapat dicapai oleh umat manusia dengan ilmu pengetahuan, yang hanya diperoleh menerusi pembacaan serta pengkajian yang mendalam dan berkesan, insya Allah,” katanya.

Saya teringat bahawa Tuan Guru pernah ditanya oleh wartawan berkenaan perpustakaan di rumah beliau. Tuan Guru menjawab bahawa di rumahnya tiada perpustakaan khusus, kerana seluruh rumahnya adalah perpustakaan.

Namun dengar khabar pesta buku ini kurang menyengat. Menurut seorang pengunjung melalui blog al-fikrah.net, Abu_sofiyyah, bahawa, “setakat yang ana lihat tadi, sambutan pengunjung kurang menggalakkan...mungkin disebabkan promosi yang agak kurang 'menyengat'.”

Kalau benarlah, saya mahu bertanya kepada penganjur, buat apa diadakan pesta buku kalau hanya setakat bagai melepas batuk di tangga sahaja! Tercapaikah matlamat Kelantan memimpin budaya ilmu?

SUMBER:http://pasalbuku.blogspot.com/

DEMI MASA