Keunikan Syawal
Alhamdulillah,
syukur di panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya dapat bertemu
dalam perkongsian penulisan dalam siri Catatan Syawal 1433H pula, Begitu
pantas masa berlalu, diam tak diam sudah seminggu kita berada di bulan Syawal
yang suci ini. Ketika catatan ini ditulis. Kita sudah berada di tanggal 7
Syawal 1433H bersamaan 25hb 08 2012 Ahad, sudah seminggu kita meraikan
hari kemenangan hari yang mulia hari raya aidilfitri. Sudah pastinya dalam
waktu seminggu ada banyak kenangan atau peristiwa yang berlaku terhadap kita. Ada berita atau cerita
yang mahu di kongsi atau apa sahaja luahan rasa hati dalam kita meraikan hari
raya yang mulia ini.
Semua
tahu dan faham, bahawa hari raya merupakan hari istimewa, hari di mana hadiah
buat orang-orang yang beriman untuk merai kemenagan setelah sebulan berpuasa
dengan bersungguh-sungguh dengan di sertai dengan pelbagai ibadah yang lain.
Maka pada hari raya inilah orang-orang beriman yang berjaya dalam menempuh
sebulan berpuasa dengan jayanya, mereka menikmati kesucian syawal dengan rasa
syukur kepada Allah SWT. Betulah kata-kata hari raya hanya untuk orang-orang
yang beriman. Semoga kita tergolong dari mereka yang di maksudkan itu.
Sedikit
perkongsian tentang pengertian hari raya puasa dalam Islam,Eid Fitr. Eid yang
bermaksud “mengembalikan”. Fitr itu “fitrah”. Jadi “Eidil Fitri” itu ialah
mengembalikan fitrah manusia kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan
murni. Dalam erti kata yang lain. Eidil fitri bermaksud hari menyambut kejayaan
mengembalikan fitrah kepada keadaan asalnya yang suci dan bersih.” (Dalam
buku Siraman Minda dalam tajuk ‘Apa Itu Hari Raya’).
Unik Dan Meriah
Pelbagai
peristiwa selama seminggu berlaku ada ceria, gembira, sedih , pilu dan pelbagai
rasa yang di rasai oleh kita. Juga oleh diri saya. Bila di imbas kembali,
rasanya terlalu cepatnya masa berlalu, kini dah seminggu. Ya..hari raya di
sambut oleh semua umat Islam di mana jua mereka berada.Di Malaysia hari raya di sambut dengan
cukup meriah dan harmoni sekali., suasana ini tidaka akan wujud sekiranya tiada
persefahaman antara sesama kita mahu pun sesama kaum yang lain.
Harmoni
dan indahnya hari raya di Negara kita di sambut oleh pelbagai lapisan kaum yang
turut merasi nikmat dan keindahan hari raya, Cina, India, Kadazan, Murut, Dayak
dan sebagainya, mereka turut berkunjung menghormati umat Islam biar pun di mana
mereka berada. Mereka akan mengunjungi rumah-rumah terbuka aidilfitri yang di
buat oleh shabat mereka. Begitulah harmoni dan indahnya perpaduan yang masih
utuh wujud di Negara yang kita cintai ini.
Kepelbagaian
inilah yang memperlihatkan betapa uniknya sambutan hari raya di Negara kita.
Namun begitu pun, hari raya bukanlah sekadar budaya semata-mata, biar lah apa
yang kita sambut ini adalah kerana tuntutan ibadah semata-mata kerana Allah
SWT. Seperti yang saya tuliskan di awal tulisan tadi. Hari raya hari kemenangan
bagi setiap mukmin yang beriman yang berjaya melaksanakan ibadah puasa dan
ibadah yang lain semata-mata kerana Allah SWT. Hari kemenangan bagi mereka yang
sudah menerima ijazah At-Taqwa dari ‘Madrasah Ramadan’.
Istiqamah
Syawal
yang suci, syawal yang indah penuh meriah, kunjung mengunjung, ziarah
menziarahi sudah menjadi satu kemestian buat kita. Dengan berpakaian cantik dan
indah,berwangian, senyuman yang manis yang terukir dibibir dan saling
bermaaf-maafan sudah sebati dalam jiwa. Itu tandanya hati dan perasaan bagi
yang meraikan hari raya ini sungguh tenang dan bahagia kesan dari didikan
ramadan yang lalu. Perasaan yang tulus dan indah ini di zahirkan pada
menjelangnya 1 Syawal. Mereka bukan sahaja kembali pada fitrah tetapi lebih
daripada itu menjadi manusia yang sangat bersyukur dalam menyambut hari raya
hari kemenangan untuknya.
Dalam
menyambut hari raya, tidak di lupakan ibadah-ibadah yang di lakukan semasa
ramadan yang lalu, solat lima waktu tetap di kerjakan bila sampai waktunya,
sama ada bersendirian atau pun berjemaah, amalan sunat bersedekah, hatinya
sentiasa berzikir mengingati Allah dan tautan hatinya pada Khaliqnya sangat
kuat. Amalan dan ibadah yang di lakukan di bulan ramadan terus istiqamah di
laksanakan biar pun ramadan sudah berlalu. Itu lah yang sebaik-baiknya, Munculnya
Syawal bukan bermakna berhenti dari melaksanakan kebiasaan yang telah di
lakukan dalam bulan ramadan. Tambah dan giatkan lagi amal ibadah yang peru di
lakukan.
‘Biar sedikit tetapi istiqamah’, Istiqamah
yang dimaksudkan oleh Imam Nawawi iaitu “ Istiqamah adalah sentiasa berada
dalam ketaatan kepada Allah. Istiqamah merupakan satu kata ringkas,namun sarat
dengan makna, dan dialah asal bagi semua urusan.”
Begitulah
uniknya Syawal bagi orang-orang yang beriman, dalam waktu dan keadaan menyambut
hari raya tetap istiqamah dalam amal ibadahnya.
Puasa Enam Syawal
Alhamdulillah,
tahniah buat mereka yang sudah tamat berpuasa enam Syawal, seawal hari raya
kedua mereka sudah berpuasa berturut-turut. Bagi mereka yang masih mahu bermula
juga tahniah. Puasa enam Syawal ini sangat di galakan, seperti yang termaktub
dalam hadis tersebut;
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan, lalu mengiringinya dengan
puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-oleh dia telah berpuasa
selam setahun.”
(Riwayat
Muslim)
Semoga
kita dapat merebut kelebihan puasa enam hari
Syawal dengan istiqamah. Amalan yang hebat ini sesungguhnya adalah
peluang untuk kita sama-sama merebutnya, ia merupakan kesinambungan amalan kita
pada bulan ramadan yang lalu. Puasa enam hari Syawal ini juga memberi maksud
kepada kita bahawa segala amal ibadah yang kita laksanakan pada bulan Ramadan
hendaklah di teruskan bukan bila mana bulan syawal menjelma segala amalan kita
terhenti di situ semata-mata.
Di
situlah hikmah yang terkandung dalam puasa enam hari dalam bulan Syawal yang
suci dan indah itu.
Untuk
mengakhiri penulisan ini,saya menyeru diri sendiri dan para sahabat blogger
semua agar kita sama-sama menjaga kesucian Syawal ini hingga ke penghujungnya.
Semoga Syawal yang suci ini menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada
Allah SWT. Juga, semoga Syawal kali ini lebih baik dari Syawal-syawal yang
sebelumnya atau mungkinkah Syawal kali ini syawal yang terakhir buat kita.?.
Oleh itu, harapan yang tinggi agar Allah SWT menjadikan Syawal kali ini Syawal
yang terbaik dan terhitung sebagai ibadah dan amal soleh buat kita.
Jom Membaca..Jom Menulis.
No comments:
Post a Comment