Masih Ada Lagi
Insyallah masih ada ruang dan peluang lagi untuk kita
merebut keistimewaan Ramadan kali ini,malah 10 hari yang terakhir dan malam
terakhir ini lah kita di galakkan mengiatkan lagi aktiviti ibadah kita dengan
sebanyak-banyaknya. Beruntung dan bertuah lah bagi mereka yang mempunyai masa
yang terluang dengan beriktikaf di mana-mana masjid bagi menumpukan ibadah
dengan sebanyaknya dan sebaik-baiknya.
Sebuah hadis dari Aisyah r.a,Nabi SAW bersabda;
“ Bersedialah dengan
bersungguh-sungguh bagi menentu malam Lailatulqadar iaitu pada malam-malam yang
ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan.”
Syukur dan beruntunglah bagi mereka yang terus menerus
melaksanakan ibadah dalam bulan Ramadan dan seterusnya melakukannya dengan
bersungguh-sungguh terutamanya di malam-malam terakhir ini.
Rebut Malam Yang Mulia
Mengapa kita perlu berlumba-lumba mencari dan merebut
keistimewaan satu malam mulia dari seribu bulan antara sepuluh malam
terakhir Ramadan?.
Tentunya di situ ada
suatu ganjaran dan pahala yang besar;
Ada pendapat Ulamak menyatakan,penyebab dikatakan
malam al-qadar kerana pada malam tersebut Allah SWT menetapkan takdir setiap
makhluk baik yang berupa rezeki,umur atau sakit atau sihatnya seseorang pada
jangka waktu setahun dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar
tahun hadapannya.
“Carilah Lailatulqadar pada malam-malam yang
ganjil daripada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.” (Riwayat
Bukhari)
“Carilah Lailatuqadar
pada 10 malam terakhir,Sekiranya seseorang kamu lemah atau tidak mampu,
janganlah dia putus asa mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.”
(Riwayat Muslim)
Ayuh,kita cari dan rebut peluang ini denagn bersungguh
sebagaimana yang Allah SWT tunjukkan dengan pribadi baginda SAW dalam mengejar
Lailatuqadar ini. Mungkin ini peluang terakhir buat kita semua.
Justeru itu,agar kita tetap istiqamah dengan pelbagai
amalan kebajikan di siang harinya dan pada malamnya pula kita untukkan waktu
untu terus beribadat sepanjang sepuluh terakhir.semoga dengan itu kita dapat
malam laailatulqadar.
Semoga Allah SWT meneriama amalan kita.
Amin Ya..Rabb..!!!
Jom Mmbaca..Jom
Menulis..!
No comments:
Post a Comment