Followers

Friday, August 3, 2012

Catatan Ramadan (18)



Sekadar Muhasabah

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bersua lagi pada hari ini.Hari ini sudah masuk hari ke empat belas kita berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Sudah di fasa kedua,semoga kita sentiasa meneriama maghfirah dari-Nya. Peluang dan ruang yang masih ada ini,mudah-mudahan tidak di Persia-siakan.Diam tak diam detik keakhir sedang bermula.Entah boleh atau tidak kita sampai ke penghujung Ramadan ini.Berdoa lah agar Allah SWT mengizinkan kita sama-sama menghabiskan baki-baki Ramadan yang tinggal enam belas hari lagi.

Sana-sini sudah mula sibuk bercerita hari raya,media massa sudah ada yang mengiklankan syawal.Baju raya,kerusi raya,kuih raya,kereta raya dan sebagainya,malah lagu raya sudah ada yang di pasang seawal dari itu,terutamanya di pasaraya-pasaraya besar dan kompleks membeli-belah. Suasana bagai esok nak raya,begitulah kita dalam meraikan syawal,sedang Ramadan masih berbaki lagi.

Surau atau masjid,yang pada mulanya saf-safnya ramai sudah semakin susut,tidak seperti malam pertama dan malam-malam yang seterusnya. Maklum ada yang tunaikan lapan rakaat dan yang tetap istiqamah dua puluh rakaat pun ramai.Apa pun itu bukan persoalan yang saya mahu perkatakan.Masing-masing punya kefahaman dan kemahuan,mahu pahala lebih buat lebih,mahu pahala kurang pun itu hak masing-masing.Lapan atau dua puluh yang penting masing-masing sudah laksanakannya.

Begitulah Ramadan yang indah ini,pelbagai ragam manusia meraikannya. Bagi orang yang benar-benar beriman,setiap saat dan waktu yang di lalui disi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.Merebut peluang pahala yang berganda-ganda menjadi agenda utamanya.Ramadan ini lah waktunya untuk mengumpul sebanyak-banyaknya pahala. Mereka tidak pernah meningalkan sedekah,bacaan quran,memberi makan orang yang berpuasa,selawat,menolong orang susah,pergi kesurau atau masjid siang malam pagi petang,itu semua sudah menjadi rutin yang mesti di lakukannya.

Orang-orang beriman tahu dan faham,bahawa kehidupan yang sementara ini haruslah di pergunakan dengan sebaik-baiknya,lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini kerana mereka menginsafi bahawa mereka tidak tahu nasib mereka,sama ada akan bertemu lagi atau tidak Ramadan pada tahun-tahun yang mendatang nanti.Malah pada saat dan ketika ini,mereka tetap bimbang apakah puasa dan segala amalan yang mereka lakukan di terima atau tidak.Sikap orang yang beriman memang seharusnya merasa bimbang dengan apa yang mereka lakukan.

Ramadan akan berakhir juga nanti,ia akan meninggalkan semua.Orang-orang beriman akan sentiasa merinduinya.Maka masa yang berbaki ini,sama-samalah bermuhasabah diri,sempurnakah sudah segala perbuatan kita selama beberapa hari ini.Puasa kita benar-benar puasa yang di kehendaki,bacaan quran,sedekah kita dan yang selainnya.Atau masih ada yang lompang sana-sini.Jika ada, masih ada peluang dan masa lagi kita bertaubat dan memperbaiki kesilapan yang ada.Fasa maghfirah inilah kita kena banyakan berdoa keampunan pada-Nya.Ruginya jika kita tidak melakukannya.

Semoga renungan muhasabah ini,membuka minda kita agar kembali menyedari penting dan besarnya Ramadan buat kita yang mengaku beriman kepada Allah SWT.Justeru itu,kembali kita hayati firman Allah;

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah, 
ayat 183)

Akhirnya,semoga pada kepenghujungnya kita memperolehi maksud takwa yang sebaenar-benarnya.Semoga di terima segala amal bakti kita oleh Allah SWT.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis..!

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA