Followers

Wednesday, August 15, 2012

Catatan Ramadan (32)




Ramadan Indah Di Gugusan Meru
                       
Selamat berpuasa semua;

Orang beriman akan menangisi kepergian Ramadan sebagaimana rasulullah dan para sahabat menangisi kepergiannya. Mudah-mudahan kita juga tergolong dari golongan tersebut. Hari ini masih dalam Ramadan, tinggal dua tiga hari sahaja Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Sudah tentunya banyak kenangan-kenagan terindah dalam Ramadan sebelum ini,beberapa hari yang lalu,fasa demi fasa kita dalam bulan Ramadan,banyak meninggalakan sesuatu yang manis. Hari ini, waktu ini. Saat ini juga kemanisan itu masih kita rasai. Itu lah nikmat dan indahnya Ramadan.

Situasi di mana-mana pun Ramadan di rai dengan penuh hebat, di pelusuk bumi mana pun, dunia Islam amnya, Ramadan di rai dengan penuh meriah dan imarah. Tidak ketinggalan juga di gugusan Meru, Klang Selangor. Amat meriah dan imarah sekali. Melihat ramainya orang memenuhi setiap masjid atau surau yang berada di gugusan Meru ini, menunjukkan bahawa kesedaran Islam dalam diri mereka sangat memancar dengan indah sekali pada diri masing-masing.

Pengamatan saya melalui masjid as-syarif, ia menjadi nadi terpenting umat Islam di meru, terletak di pekan Meru, tersergam gah dan indah,terkenal dipelusuk tanahair bahkan pelusuk dunia Islam mengenalinya. Saya rasa kaum yahudi berfahaman zionis pun turut tahu akan letak di mana masjid as-syarif ini. Bagi saya ini tidak mustahil,yahudi jenis ini mengikuti perkembanagan ini. Bukan kah mereka takutkan akan kebangkitan Islam dari Timur?. Bagi saya Meru tidak terkecuali, itu sekadar pandangan saya, masjid lain pun turut meriah bukan?.

Masjid yang penuh aktiviti, sepanjang malam Ramadan qiamullai di adakan, solat terawih, tadarus quran,juga tidak ketinggalan majlis ilmunya yang tidak henti-hentinya sepanjang Ramadan, apa yang tidak ada jenis kuliah, tazkirah iftar, tazkirah terawih, tazkirah zohor,tazkirah jumaat,kuliah subuhnya dan aktiviti lainnya yang melibatakn masyarakat di meru,.

Bahkan orang luar turut berminat dan turut serta. Semua ini menarik minat masyarakat menyertai. Begitulah suasananya,semarak, imarah dan menyerlah sekali. Begitu juga dengan masjid-masjid yang lain, masjid Nurul Jannah,Masjid At-Taqwa Bukit Kapar turut meriah dengan pelbagai aktiviti ilmu selain solat terawih,tadarus dan sebagainya.

Sebagai penduduk di gugusan Meru teruja dengan banyaknya majlis ilmu sempena Ramadan ,hingga bingung mana satu masjid mahu pergi. Malah surau-surau seluruh gugusan Meru juga meriah dan imarah dengan tazkirah dari kalangan para ilmuan yang datang dari seluruh tanahair,pelbagai latarbelakang ilmu mereka menebarkan ilmu yang mereka miliki. Sesungguhnya Ramadan di gugusan Meru tidak pernah sunyi sepi dari majlis kuliah, tazkirah dan apa pun namanya majlis ilmu.

Itu lah sebahagian keindahan yang berlaku dalam bulan Ramadan di gugusan Meru. Semoga seluruh warga penduduk gugusan Meru mendapat rahmat dari Allah SWT. Aktiviti rutin harian sepanjang Ramadan dapat di teruskan walau pun Ramadan akan berakhir nanti.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA