Followers

Wednesday, August 8, 2012

Catatan Ramadan (24)



Fasa Kedua Pergi Fasa Ketiga Datang

Alhamdulillah,syukur kepada Allah SWT dengan keizinan-Nya jua,dapat bertemu lagi dalam catatan Ramadan sepanjang 1433H pada hari ini. Kini,fasa kedua,fasa maghfirah atau pengampuan dari Allah SWT sudah meninggalkan kita,fasa ketiga pula menjelang dengan pembebasan dari api neraka. Semoga kita masih setia bersama arus Ramadan untuk melaksanakan tuntutannya dengan istiqamah dan ikhlas semata-mata hanya untuk Allah SWT.

Sepuluh Malam Terakhir Dan Malam Lailatul Qadar

Masa begitu pantas,diam tak diam sudah hampir ke penghujung Ramadan 1433H tahun ini. Waktu kemuncak,10 malam terakhir Ramadan sudah sewajarnya merupakan agenda yang mesti kita ikuti dan meraikannya. Di dalamnya telah di janjikan suatu malam yang hebat, mulia dan tiada tandingannya iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan ,ia itulah malam yang di kenali malam ‘Lailatul Qadar’. Di mana antara salah satu daripada malam tersebut bila kita beribadah menjanjikan pahala 1000 bulan dan dosa masa lalu akan diampunkan.Itu lah janji Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“ (Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan, dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan). (al-Qadr:1-3)

Sepuluh malam terakhir ini,Rasulullah manfaatkan dengan melipatgandakan amalannya.Rasulullah turut mengajak keluarganya untuk menikmati beramal ibadat dalam malam sepuluh terakhir,baginda saw beriktikaf di masjid sepanjang malam-malam terakhir Ramadan.Begitulah hebatnya nabi saw dan keluarganya,sebagai contoh ikutan yang terbaik.Biar pun nabi saw,manusia yang sempurna,maksum dari dosa dan kesalahan,namun nabi saw tetap merebut keistimewaan malam-malam terakhir.

Bagaimana dengan kita?.

Sepuluh malam terakhir kita gunakan untuk apa?. Untuk yang baik-baik atau untuk yang sia-sia. Lihatlah rasulullah dan keluaraganya,Nabi saw yang di jamin masuk syurga pun berusaha menghidupakan sepuluh malam terakhir,apakah kita tidak mahu mengikuti jejak nabi saw?.

Syukur lah andainya kita tidak mempersia-siakan sepuluh malam terakhir.Ya..kita lakukan amalan yang baik-baik sepanjang sepuluh yang terakhir ini. Kita hidupkan malam dengan zikir,baca quran,salawat seterus kemuncaknya kita berqiamullail sepanjang malam terakhir. Tidak kiralah di rumah bersama keluarga,di surau atau di masjid dan di madrasah-madrasah.

Siang nya pula kita gunakan dengan melakukan kebaikan yang berterusan,bersedekah,menolong orang miskin,anak yatim piatu dan sebagainya. Jangan lupa beriktikaf di masjid jika ada masa terluang dan kesempatan yang ada. Alangkah indah dan bagusnya jika lakukan berterusan sehingga Ramadan berakhir. Malah alangkah indahnya jika amalan yang di lakukan sepanjang Ramadan kita terus lakukan di bulan yang seterusnya.

Atau..apakah malam-malam terakhir Ramadan,kita hanya sibuk mempersiapkan persedian hari raya semata-mata?. Sibuk ke pusat membeli-belah mengejar harga diskaun,berpeleseran tidak tentu hala,membuang masa di hadapan televisyen,bermain game tanpa ada hentinya. 

Apakah kita masih tidak faham dan sedar tentang kehebatan bulan Ramadan dan malam Lailatul qadar?. Alangkah ruginya jika itu yang kita lakukan. Masih ada ruang dan peluang untuk kita perbaiki semua itu.Baki-baki Ramadan yang ada inilah seharusnya kita kejar dan terus kejar untuk memperbaiki diri yang sering lalai.

Kesempatan yang ada ini,kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan dan kelalaian kita.Baki sepuluh hari ini masa untuk memperbanyakan doa,taubat kepada Allah SWT. Hanya Allah SWT yang layak mendengar pengaduan hamba-hambanya.Namun semua itu terpulang pada kita,jalan mana pilihan masing-masing.

Mahu pilih bersama mereka yang menghidupkan malam-malam terakhir dengan ibadah atau bersama mereka yang leka da lalai dengan dunia mereka sendiri.Terpulang pada diri masing-masing.

Justeru itu,fasa yang ketiga semoga akan memberi erti yang besar buat ibadah puasa yang kita kerjakan,mudah-mudahan ianya benar-benar membawa kita dari pembebasan dari api neraka. Amin..Ya..Rabb..!!!. Juga segala amal kebajikan yang kita lakukan di terima dan di redai oleh Allah SWT.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis..!

# INFO:

RAHSIA SURAH AL-QADR

1)Ia bercerita tentang Al-Quran diturunkan pada malam lailatul qadar.

2)Penggunaan perkataan ‘anzalnahu’ bermaksud Allah turunkan al-Quran sekali gus di luh mahfuz ke langit dunia.

3)Dalam surah Al-Qadr pula ada 30 patah perkataan dan 114 huruf. Ini mewakili Quran yang mengandungi 30 juzuk dan 114 surah.

Petikan Dari Majalah Tabloid 2011.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA