Followers

Thursday, August 16, 2012

Catatan Ramadan (33)




Ke Program Hari Belia Antarabangsa 2012 Peringkat Negeri Selangor

Selamat berpuasa semua;

Alhamdulillah, syukur pada ilahi, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, hari ini bertemu lagi. Masih dalam bulan yang indah dan mulia, bulan yang penuh dengan keberkatan. Semoga kita sama-sama bersemangat untuk meneruskan amal ibadah di bulan mulia ini, biar pun hanya tinggal dua hari lagi kita berpuasa. Mahu tidak mahu Ramadan akan tetap meninggalkan kita dan akan datang lagi pada tahun hadapan, itu pun sekiranya kita masih dapat di pertemukan semula. Berdoalah agar kita dapat bertemu lagi dengan Ramadan pada tahun hadapan.

Sedikit Catatan Untuk Di Kongsi;

Aktiviti Ramadan saya pada tanggal 22 ramadan 1433H bersamaan 11 hb Ogos 2012 Sabtu minggu lepas, saya berkesempatan ke Program Hari Belia Antarabangsa 2012 Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam..Bertolak sekitar jam 6 petang bersama teman sekerja Mohd Rafi dan seorang kawan pada Mohd Rafi. Kami parking di Masjid Negeri Shah Alam. Program tersebut sudah bermula sejak pagi lagi, pelbagai program di atur sempena hari belia tersebut. Ada pertandingan membuat bubur lambuk, permainan catur yang juga di sertai peserta luar Negara, pameran dan pelbagai acara lagi.

Kami bertiga berjalan menuju ke tempat program, kelihatan sudah ramai ketika itu, banyak gerai-gerai perniagaan di buka dengan pelbagai jualan, ada baju, songkok, buku-buku, produk kesihatan dan bermacam-macam lagi. Sambil-sambil berjalan menuju ke padang kemerdekaan, kami meninjau-ninjau gerai-gerai yang ada. Terpandang gerai menjual pelbagai jenis t-shirt dengan harga RM5.00, apa lagi saya pilih mana t-shirt yang saya berkenan. Cukup lah satu sebagai ole-ole dari program tersebut.

Orang semakin ramai berpusu-pusu ke program ini petang ini, program petang ini berbuka puasa bersama YAB Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor. Sebelum itu sekitar jam 5 petang di adakan sembang bersama artis kalau tidak silap saya. Orang ramai  semakin ramai memenuhi padang kemerdekaan, mereka membawa keluarga, anak-anak, sahabat handai untuk berbuka bersama-sama.

Terasa teruja melihat suasana yang santai dan menyeronokan dengan program pada petang itu. Satu program yang sangat bagus di kekalkan pada masa hadapan. Keterujaan itu juga di luahkan dua sahabat kerja yang sama datang. Mereka kata ‘first time’ ke program seperti ini. Alhamdulillah kawan yang berbeza fikrah perjuangan sudah mula jinak dengan program sebegini, rasa syukur pada ilahi tak terhingga.

Sebelum masuk waktu berbuka puasa, adik Qayim, peserta ‘Program Adik-Adiku Sayang’ mengumandangkan alunan bacaan quran secara tarannum, indah dan merdu alunan bacaan quran tersebut. Selepas itu doa berbuka puasa di bacakan adik Qayim seterusnya azan maghrib di alunkan oleh beliau. Sungguh seronok berbuka puasa scara beramai-ramai lebih-lebih lagi bersama pimpinan negeri, para ilmuan agama dan lain-lainnya. Masing-masing menikmati juadah yang di sediakan dan ada juga yang membawanya dari rumah dan di beli dari luar.

Tepat jam 7.40 pm solat maghrib secara berjemaah yang di imamkan oleh imam Masjid Negeri Selangor, bacaan imam yang merdu dan menggunakan stail  Imam Sudais seolah-olah sedang berada di bumi Mekah. Saya berdoa dan mengharapkan agar program seperti ini akan tetap subur dan kekal di negeri Selangor yang indah dan permai ini...Oh Selangorku....!. Selesai solat maghrib.

Satu slot ‘Santai Bersama Ustaz Zamri Mantop dan Yatt Hamzah. Perkongsian penghijrahan seorang artis tanahair kita. Penyampaian Ustaz Zamri yang santai dan tidak membosankan di selang-seli dengan jenaka sinis. Yatt Hamzah dengan perkongsian penghijrahannya, menceritkan perbezaan puasa setelah hijrah dan sebelum hijrah, juga menceritakan detik hidayah yang di terima nya. Sungguh, satu hidayah yang sangat menakjubkan.

Tidak semua orang boleh mendapat anugerah hidayah seperti tersebut. Bertuah dan beruntung mereka yang di pilih Allah untuk kembali pada jalan ilahi. Syabas dan tahniah pada para artis yang meneriam hidayah Allah, semoga terus istiqamah dalam mengharungi kehidupan bertuhan. Ujian dan mehnah pasti akan mengharungi kehidupan mereka.

Santai,seronok, menghiburkan, bukan itu sahaja ilmu pun dapat, itu lah yang saya perolehi dari program tersebut. Program di teruskan dengan solat Isyak dan terawih berjemaah seterusnya solat witir tiga rakaat yang di imamkan lagi oleh Imam Masjid Negeri Syeikh Karim Al-Maki (Imam Sudais dua ). Saya membayangkan seperti solat di mekah dengan bacaan Quran yang indah dan merdu dari belaiu, sebijik ala-ala sudais, meremang bulu roma. Bacaan qunut yang meruntuh hati, ramai yang menjuraikan air mata dengan doa yang di panjatkan dalam doa qunut tersebut. Sebak, sayu dan menginsafkan..ya..sayu.

Selepas solat terawih, satu slot multimedia tentang program belia ini ditayangkan di layar putih,skesta yang agak lucu berkenaan dengan dua orang anak muda yang mahu menampal iklan Program Belia mempunyai mesej untuk para belia, lucu tetapi bermesej.Selepas tayangan tersebut muncul dua orang belia yang mengacarakan majlis seterusnya. Petah bercakap dan lancar pertuturannya tidak membosankan. Mereka mengalu-alukan kedatangan orang ramai dan para belia ke program tersebut. Mereka berdua mengendalikan program tersebut hingga akhir program.

Program di teruskan dengan persembahan oleh adik Qayim dengan lagu ‘Lau Kana Bainana’ dan  ‘Muhammad Rasulullah saw’ dengan petikan keyboard yang di mainkannya sangat menerujakan orang ramai. Amat sayu bila melagukan ‘Lau Kana Bainana’. Tepukan gemuruh untuk adik Qayim. Sungguh pun cacat penglihatan, namun adik Qayim membuktikan kepada kita bahawa kekurangan bukanlah penyebab kegagalan. Adik Qayim salah satu contoh bakal belia yang mewarnai persada Negara, dia beragama, fasih membaca quran,hafiz, pandai bermain muzik dan kekurangannya itulah sebenarnya kelebihan yang di milikinya. Syabas buat adik Qayim..!.

Pelancaran dan perasmian program oleh YAB Menteri Besar  selepas solat terwih, Di mulakan dengan ucapan Menteri Besar dan Perasmian. Selepas itu bacaan ikrar oleh para belia. Sesungguhnya belia merupakan asset negeri dan Negara yang patut di jaga kebajikannya dan ia merupakan modal insan yang sangat penting untuk masa depan Negara. Maka dengan itu, belia haruslah penuhi ilmu di dada dan memperbaiki syahsiah diri dengan akhlak yang terpuji. Menghormati undang-undang Negara, menhgormati orang yang tua, beragama dan berilmu dan sebagainya. Itulah initipati yang saya dapat simpulkan dalam ucapan perasmian oleh YAB Menteri Besar Selangor.

Persembahan hiburan untuk menghiburkan jiwa para belia dan rakyat yang hadir pada malam tersebut. Persembahan dari ‘Ali XPDC’ dengan mengumandangkan dua buah lagu yang bermakna, Bunga Angkasa dan Semangat Yang Hilang,Persembahan yang mantap dan bersemangat. Menghiburkan tetap terkawal dan tidak melalaikan. Ribuan rakyat menyaksikan satu program yang sangat bermanfaat untuk para belia. Bila saya melihat kearah padang kemerdekaan, sudah di penuhi orang ramai yang berada di situ. Ketrujaan saya bila melihat ramainya di kalangan anak-anak muda yang dapat bersama-sama pada malam tersebut. Moga mereka akan menjadi belia yang baik untuk negeri dan Negara ini.

Program yang di tunggu-tunggu dan kemuncak dari program belia pada malam tersebut ialah Santai Bersama Selebriti Dengan Ustaz Azhar Idrus. Ribuan rakyat menyaksikan program yang sangat hebat itu. Tiga artis yang turut dalam sembang bersama Ustaz Idrus malam tersebut Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak. Sedikit sketsa dari mereka tersebut sangat mengiburkan orang ramai sebelum Ustaz Idrus muncul di atas pentas. Kemunculan Ustaz Azhar Idrus menerima tepukan dan laungan takbir dari orang ramai. Bermula lah seisi soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus, yang mana soalan-soalan di bacakan oleh para artis tersebut.

Ya, begitulah menarik dan hebat sambutan Hari Belia Antarabangsa 2012 Negeri Selangor. Ada santai , ada peringatan, ada hiburan, ada ilmu, semoga kehadiran saya di program ini memberi semangat agar menjadi warga negeri yang beragama, berilmu, beriman dan beramal. Semoga ramadan tidak di Persia-siakan dengan aktiviti yang sebaliknya. Moga Allah SWT menerima segala mal kebajikan kita.

Amin Ya Rabb..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis..!

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA