Followers

Monday, August 13, 2012

Catatan Ramadan (27)





Hakikat Syukur Ustaz Shahrir Long

Manusia merancang Allah juga dengan perancangannya dan Dia-lah sebaik-baik perancang.Manusia merancang adakalanya tidak menepati apa yang di rancang.Mungkin kerana kesibukan dan masa yang lain lebih penting untuk di untukan dengan perkara yang lebih penting. Perancangan saya yang mahu menulis satu hari satu entri dalam blog ini tidak menjadi pula,tertangguh hingga empat hari. Begitulah kehendak-Nya. Apa pun saya merasa bersyukur malam ini di beri kekuatan untuk menulis beberapa aktiviti dan juga perkongsian ilmu yang sedikit dari saya untuk saya post ke blog ini.

Alhamdulillah. Malam ini kita sudah di malam yang ke 25, Insyallah kita terus istiqamah dalam pemburuan malam yang mulia ‘Lailatul qadar’. Di mana-mana pun masjid atau pun surau meriah dengan aktiviti yang di susun untuk memberi peluang kepada masyarakat mengimarahkan pada malam-malam terakhir 10 ramadan. Malam di serikan dengan ibadah qiamullail. Mereka iktikaf dengan melaksanakan ibadah-ibadah yang lainnya.

Syukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang untuk saya terus istiqamah dalam mengerjakan solat terawih. Pada tanggal 16 Ramadan yang lalu di beri kesempatan bersolat di masjid as-sayarif . Malam itu sebelum solat terawih di mulakan tazkirah dahulu atas permintaan penceramah. Tazkirah di sampaikan oleh Ustaz Shahrir Long dari Kedah Darul Aman. Beliau seorang ustaz yang lantang dalam menyampaikan ceramahnya dan amat bertenaga ketika berceramah. Hujah,dalil-dalil yang kuat dari sumber quran dan hadis. Saya sememangnya salah seorang yang meminati gaya ceramahnya. Tegas dan berani..Ceroi..!. kata Ustaz. Beliau juga pemilik yang juga pengerusi Pusat Tahfiz Mutmainah.

Peluang yang ada pada malam tersebut saya ambil untuk mendengar nasihat ustaz dalam ceramahnya. Ustaz membawakan tajuk ‘Hakikat Syukur’. Sebagai manusia hendaklah mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan pada kita. Sentiasa mengingati Allah SWT dalam apa jua keadaan. Nikmat Allah jika mahu di hitung,memang kita tidak akan dapat menghitung nya. Oleh itu sebagai hamba yang menggunakkan segala nikmatnya janganlah hendaknya kita menjadi manusia yang lupa diri hingga menjadi manusia yang zalim,menindas orang lain, menyekat kebebasan, dan membuat kerosakan di muka bumi ini dengan sewenang-wenangnya.

Ustaz mengambil iktibar kisah seorang hamba Allah  dengan seorang Khalifah,yang berdoa di hadapan Kaabah. Hamba Allah itu hanya berdoa meminta sesuatu yang baginya cukup sekadar yang dia mahu,tidak lebih dari itu. Dalam dia berdoa, Sang Khalifah mendengar akan isi doa yang hamba Allah itu minta pada Allah SWT. Lalu bila selesai hamba Allah itu berdoa Sang Khalifah bertanyakan mengapa tidak minta lebih daripada itu dalam doa nya pada Allah SWT,sedangakna banyak yang boleh Hamba Allah itu minta pada Allah SWT. Jawapan yang di terima oleh  Sang Khalifah tersebut sangat mengejutkan dan menginsafkan Sang Khalifah. Sesungguhnya hamba Allah tersebut seorang yang sangat bersyukur pada Allah SWT.

Hari ini, kita di beri bermacam-macam nikmat oleh Allah SWT. Sejauh mana kita bersyukur pada-Nya?. Tepuk dada Tanya iman masing-masing, terutamanya untuk diri saya. Mudah-mudahan kita termasuk dalam kalangan hambanya yang bersyukur.
Semoga amalan kita di terima oleh Allah SWT. Dan terus istiqamah dengan amal ibadah sepanjang Ramadan ini.

Amin Ya..Rabb..!!!.

Jom Membaca..Jom Menulis.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA