Followers

Wednesday, August 8, 2012

Catatan Ramadan (25)





Mari Iktikaf       

Amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di sepuluh hari  terakhir Ramadan.Menurut kesepakatan para ulamak, Ia merupakan satu ibadat yang disyariatkan dan disunatkan oleh Rasulullah SAW. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim;

Aisyah,Ibn Umar dan Anas memberitahu,

“Rasulullah beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.”

Amalan iktikaf ini bukan sahaja dilakukan oleh baginda sahaja tetapi keluarga beliau dan para sahabat juga mengamalkan iktikaf tersebut. Melihat betapa mereka mengamalkan perkara sunat ini,kita sebagai umat baginda SAW,sudah semestinya mengikuti jejak langkah yang mereka tunjukkan kepada kita.

Peluang dan ruang yang ada ini,seharusnya kita rebut dan manfaatkan sebaiknya dengan iktikaf di masjid-masjid yang berdekatan dengan kita. Dengan niat beribadat kepada Allah SWT,kita laksanakan amalan iktikaf ini.

Sewaktu beriktikaf kita disunatkan membanyakan ibadah agar mendekatkan diri kepada Allah SWT. Antara yang boleh dilakukan seperti solat,membaca quran,tasbih,tahmid,takbir,tahlil,istighfar,berselawat untuk nabi saw,berdoa dan selainnya.Iktikaf benar-benar member ruang yang seluasnya untuk beribadat tanpa ganguan atau halangan yang tidak penting.

Aisyah berkata,

“Rasulullah SAW mengamalkan iktikaf pada sepuluh terakhir pada bulan Ramadan sampai beliau diwafatkan oleh Allah SWT.”

Aisyah berkat,

“Rasulullah SAW bila hendak beriktikaf,beliau solat subuh, kemudian memasuki tempat iktikafnya.”

Itu lah hebatnya Rasulullah SAW, dalam mengamalkan iktikaf sepanjang kehidupan baginda SAW. Semoga kita turut sama mengambil contoh yang ditunjuki oleh beliau dalam amalan beriktikaf ini.

Semoga amal soleh kita di terima oleh Allah SWT.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis..!

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA