Followers

Wednesday, October 20, 2010

Tabloid I Luv Islam

Isu:22-28 Oktober 2010,bil:33


Alhamdulillah Tabloid I Luv Islam untuk minggu ini sudah keluar,seperti biasa saya sudah dapatinya,selepas balik kerja pagi tadi,masuk minggu ini sudah keluaran yang ke 33.Tahniah kepada penerbit yang masih bertahan untuk menerbitkan tabloid yang sangat bermanfaat ini.Untuk minggu ini fokus utama ILuv Islam membawakan tajuk dan perbincangan yang sangat menarik iaitu AWAS BISIKAN NAFSU.Membawakan kita perihal gejolak nafsu yang sentiasa mengajak kejahatan,nafsu yang sentiasa meronta-ronta dan mengoda setiap diri manusia.Nafsu tidak pernah berhenti untuk mengajak kita kepada kejahatan.”Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak manusia melakukan kejahatan "(Surah Yusuf:ayat 53).

Sorotan tajuk Perlu Bijak Kawal komunikasi juga sangat menarik di baca.”Sejak zaman mesolitik hingga zaman moden ini,komunikasi sering terjadi.Dunia semakin canggih.Jadi alat komunikasi juga canggih,moden dan terkini.Namun banyak berlaku keburukan apabila ia disalahgunakan.Seperti sms dan email,kinidijadikan tempat untuk menyebarkan fitnah,sms dan emel berantai dan juga dijadikan tempat untuk menghentam pihak yang tidak sebulu dengan mereka.Ini antara keburukan yang berlaku.”Muhammad Hanafi Hanafiah,Pensyarah,Jabatan Komunikasi dan Media Universiti Teknologi Mara,Cawangan Melaka.Untuk mengetahui lebih lanjut apa kaitannya dengan tajuk di atas dengan peranan nafsu,kena baca.

Juga di bawah tajuk Hanya Kerana Nafsu,Jatuh Martabat Seorang Manusia,elok di baca,tingkatan-tingkatan nafsu juga di kupas satu persatu.Dalam Kompas Lokal pula berita berkenaan konsert Adam Lambert,menerima bantahan dari 100 orang aktivis.Malaysia juga di saran untuk menggubal akta jenayah sihir.Kompas Global membawakan berita berkenaan tuduh menuduh di kalangan ahli parlimen Israel,berikutan dengan kejadian seorang pendatang Yahudi melanggar dua remaja Palestin.

Dalam ruangan sisipan ‘Way Of Life’,membicarakan Wanita Selekeh Vs Lelaki Cerewet.I Luv Famili pula membicarakan Keluarga Terancam Gara-Gara Hutang.Ikon pula membawakan seorang Pemimpin Pelajar iaitu Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin,Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.Seorang ikon anak muda yang aktif dan punyai personality yang menarik,wajar di jadikan contoh buat semua remaja masakini.Jangan Pandang Belakang pula membawakan coretan Sofian Rosali,minggu ini menukilkan tajuk Lah Tahzan Lagukan Munajat Cinta,bagi saya sangat menarik coretan ini.Dan macam –macam lagi coretan menarik pada minggu ini.Baca jangan tak baca..!

Kesimpulannya I Luv Islam keluaran minggu ini semakin mantap dengan artikel-artikel yang menarik juga tip-tip yang di tampilakan boleh di amalkan.Dapatkannya sekarang hari ini,rugi jika tidak milikinya,kandungannya sarat dengan ilmu yang sangat berguna untuk kita semua..!

Selamat membaca..!

1 comment:

DEMI MASA