Followers

Friday, October 22, 2010

10 Perkara Untuk Diri Sendiri Dan Keluarga

“Rumah tanpa perpustakaan ibarat perkuburan.”


Bagi merealisasikan budaya membaca buku ini,tersemat di dalam kehidupan saya seharian dan keluarga yang saya sedang bina ini,saya telah cuba mengamalkan dan melaksanakan langkah-langkah ini agar budaya membaca ini menjadi amalan yang sebati dalam diri dan keluarga.Semoga usaha saya ini menjadi realiti.

1)Membaca Satu Tuntutan

Menyakini sepenuh hati dan keimanan,bahawa membaca adalah satu tuntutan yang sangat mulia.Ini berdasarkan dari Surah Al-Alaq,yang merupakan wahyu Allah yang menganjurkan supaya kita membaca.Dengan menyakininya menjadikan kita sebagai orang Islam yang taat dengan anjuran ini,saya sebagai seorang muslim mengakui dengan membaca Allah Swt pasti menyukai kita.Kita sebagai umat yang terbaik,sudah sewajarnya menyahut seruan ini dengan hati yang lapang dan tenang.Seperti dengan seruan-seruan yang lain,seruan agar membaca ini sepatutnya lebih di utamakan sebagai orang Islam yang beriman.

2)Bilik Buku

Saya mengimpikan sebuah bilik bacaan yang mengandungi koleksi buku-buku yang saya miliki,impian ini saya tanamkan sejak saya mula minat membaca.Alhamdulillah setakat ini,impian ini telah saya capai,dalam keadaan rumah yang kecil dan sempit ini,saya telah dapat membuat satu bilik khas untuk menempatkan buku-buku milik saya,bilik ini bukan sahaja untuk menyimpan buku-buku tetapi untuk bilik kerja saya.

Bolehlah nak di kata mini perpustakaan di rumah.Mengikut anjuran Ulamak terkemuka As-Syahid Hassan Al-Banna,di mana beliau menganjurkan setiap keluarga muslim menyediakan bilik bacaan atau perpustakaan di rumah.Di sinilah saya mencari idea untuk menulis dalam blog milik saya.Alangkah indahnya dan seronoknya melihat buku-buku tersusun,bagi saya ini sebagai motivasi untuk saya terus membudayakan amalan membaca.Saya teringat dengan kata-kata mutiara dalam buku nukilan Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni yang berbunyi;

“Rumah tanpa perpustakaan ibarat perkuburan.”

Jadi fikirkan bersama-sama..!

3)Membaca setiap hari

Saya memperuntukkan sekurang-kurannya sejam sehari membaca,memandangkan waktu kerja saya tiga shift,saya terpaksa membaca mengikut waktu di mana saya lapang,terutamnya sift malam lebih banyak saya membaca.Waktu rehat yang agak panjang saya lebih banyak membaca.Apa yang penting dalam seminggu sekurang-kurannya saya dapat habiskan dalam 3 buah buku atau lebih dari itu,kalau malas datang seminggu sebuah atau dua buah buku.Paling teruk pun seminggu sebuah buku.Ada masanya pun malas pun menguasai diri,jadi pandai-pandailah untuk melawan rasa malas untuk membaca.Sebab utama orang malas membaca adalah sifat MALAS..!.Saya sendiri pun tidak terlepas dari sifat ini.

4)Pinjaman Buku

Bagi merealisasikan,agar budaya membaca buku ini menjadi sebahagian kehidupan saya,selain membeli buku,saya telah menjadi ahli perpustakaan Negeri Selangor.Sejak mula jadi ahli,Alhamdulillah belum pernah lagi tidak pernah meminjam dan belum terlewat untuk memulangkan buku.Tarikh pemulangan buku sentiasa dalam ingatan.Setakat ini juga,buku-buku yang di pinjam,semuanya habis di baca.Hanya tiga buah buku boleh di pinjam,rasanya tidak puas,kalau boleh pinjam lebih lagi bagus.Namun kuota hanya tiga buah buku.Apa pun yang penting baca.!

5)Membeli Buku

Membeli buku,termasuk dalam list belanjawan saya,mesti,sekurang-kurangya sebuah buku,adakalanya lebih,bergantung pada pendapatan bulanan.Saya ada membeli buku secara online dan juga membeli secara terus ke kedai buku kegemaran saya,Sama ada di MPH atau POPULAR Jaya Jusco di Bukit Rajah.Buku apa sahaja kegemaran saya.Ilmiah,agama,politik dan lain-lainnya saya beli dan baca.

6)Membina Blog Dan Facebook

Membina blog,sebagai meluah rasa hati dan berkongsi pendapat dengan sahabat-sahabat blogger.Rasa seronok berblogger ni,bila kita dapat sama-sama berkongsi pandangan tentang satu-satu isu yang berlaku.Blog yang sahabat-sahabat sedang kunjungi ini adalah blog kedua saya.Blog pertama saya adalah blog Nur Dania Balqis permata hati Abi dan Ummi.Ia sempena nama anak yang pertama.

Blog kedua ini(JARINGAN PERKONGSIAN MINDA ANDA),lebih banyak berkongsi tentang dunia buku dan lain-lain lagi.Buku-buku yang kita baca boleh kita kongsikan dengan sahabat-sahabat lain,dengan adanya blog ini.Blog juga memainkan peranan penting dalam menemukan kita dengan insan-insan yang mempunyai hobi atau minat membaca.Saling bertukar fikiran dan berkongsi pandangan.Bagi saya,ini menambahkan semangat saya untuk terus membaca.

Melalui facebook pula,menemui sahabat-sahabat yang sependapat dengan kita,terutamanya dalam dunia buku,pencinta-pencinta buku dan komuniti atau kelab-kelab buku yang boleh di sertai.Jadi ini menambahkan semagat lagi untuk terus membaca.

7)Bawa Buku Ke Mana-Mana

Alhamdulillah setakat hari ini,dengan izin Allah jua,ke mana sahaja saya akan bawa sebuah buku,baca atau tidak saya akan bawa.Adakalanya beg tangan isteri akan menjadi mangsa untuk buku saya.Biasanya kalau di kedai makan,kesempatan menunggu makanan sampai saya akan baca mana yang sempat.Malu?..Buat apa nak malu,kita bukan kacau orang pun,kita buat amalan yang baik,membaca di mana-mana.Biarkan apa orang nak kata,yang penting kita tidak kacau orang,mananya nak kacau kalau kita konsentret membaca..!.

8)Tidur Dengan Buku


Maksud saya di sini,sebelum tidur ambil kesempatan untuk membaca,sehinggalah mata kita mengantuk dan akhirnya tertidur,buku pun tidur dengan kita.Tabiat ini saya lakukan ketika tidur berseorangan...ha3.,Apa pun perlu ingat,sebelum mula membaca buku,bacalah ayat-ayat apa yang perlu sebelum kita tertidur.

9)Kerja Bawa Buku

Saya akan bawa buku ke tempat kerja,salah?tak salah kalau kena tempat dan masanya,beg saya adakalanya penuh dengan buku,macam nak pergi ke kuliah.Terkenang kembali zaman persekolahan,penuh beg dengan buku-buku sekolah.Saya akan baca buku bila ada masa yang terluang,masa rehat,atau masa selesai kerja yang di lakukakan.Sebuah buku akan ada dalam poket seluar kerja saya,bagi memudahkan saya ambil dan baca.Waktu rehat sift malam paling banyak saya membaca.

Waktu balik pengawal keselamatan,biasa akan Tanya,apa dalam beg?Buku…Mereka sudah faham dan tahu apa yang ada dalam beg saya.Adakalanya seorang pengawal keselamatan berbangsa Nepal berkata..”Apa buku-buku..”.Apa boleh buat dah tabiat suka membaca..!

10)Kita Adalah Contoh

Sebagai ketua keluarga,saya mestilah menjadi contoh kepada anak dan isteri,terutamnya dalam membaca,jika bukan kita yang memulakan tabiat ini,siapa lagi,jika bukan pemimpin yang memulakan siapa lagi,jangan sekadar mewar-warkan menyuruh orang ramai membaca,sedang diri sendiri tidak mengamalkan apa yang di serunya.

Begitu juga dengan seorang Ayah,bukan sekadar menyuruh anak-anaknya membaca,sedang diri sendiri tidak memberi contoh kepada anak dan keluarganya.Hanya dengan adanya contoh,barulah budaya membaca ini dapat di semarakkan dalam keluarga yang kita bina.Seluruh ahli keluarga minat membaca,alangkah indahnya situasi ini.Inilah antara cita-cita saya dalam mengemudikan rumahtangga ini.Mudah-mudahan ini menjadi kenyataan satu hari nanti.

Ke sepuluh perkara ini,mudah-mudahan menjadi motivasi pada diri saya dan juga para sahabat yang sudi menyelami satu persatu apa yang sedang saya amalkan.Ia bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi ini adalah perkongsian yang mana mungkin boleh kita amalkan bersama-sama,dalam kita ingin membudayakan membaca dalam kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA