Followers

Monday, October 11, 2010

Majalah I:Meluruskan Makna Jihad Dan Mengenali Imam Mahadi

Majalah I

Membaca majalah merupakan kegemaran saya selain membaca buku,di pasaran sekarang terdapat beberapa buah majalah yang boleh di katakan banyak isi kandungannya yang sangat bagus di beli dan di baca.Kini,kandungan majalah yang baik adalah pilihan saya,beberapa tahun yang lalu(zaman jahiliah moden;))boleh di katakan saya ada membeli majalah hiburan yang kosong dari isinya,sekadar hiburan semata-mata.Tiada pengisian yang menarik..!.

Kini,setiap bulan majalah ini tak pernah saya tertinggal membelinya,saya mesti ada membeli beberapa majalah untuk bacaan saya,salah satu majalah yang saya akan kongsikan hari ini adalah Majalah I dengan mottonya informasi,inovasi,ilmiah,intelek,internasional dan islami.Memang sangat menarik majalah ini,saya syorkan setiap keluarga muslim memiliki majalah ini sebagai santapan minda sekeluarga.

Majalah keluaran dari syarikat penerbitan yang terkenal milik bumiputera Islam iaitu Syarikat Karangkraf Sdn Bhd.Hingga ke hari ini majalah ini masih bertahan dan sudah keluaran yang ke.96,boleh dikatakan setiap bulan saya beli.Majalah ini akan mengupas isu-isu yang terkini dan releven dalam dunia yang kian mencabar,dari persoalan akidah,ibadah,Wawancara,Usahawan Muslim,dunia islam dalam dan luar negeri,kisah keluarga,Fiqh Sirah,cerpen dan lain-lainnya di kupas dengan baik sekali.

Apa yang menariknya dalam majalah ini terdapat info buku,info buku dikupas dengan ringkas tapi padat,sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada kita tentang isi dalam sesebuah buku yang di kemukakan.Rasa berbaloi memiliki majalah ini.Untuk Isu bulan Oktober Majalah I membawakan tajuk utamanya Mengenali Imam mahadi,bagi saya ini adalah persolan yang sangat menarik di bincangkan,maklum saja,bukan semua yang tahu dan faham persoalan mempercayai kedatangan pemimpin yang Agung ini.Hukum mempercayai kemunculan Imam Mahadi,Masa kemunculan Imam Mahadi dan Penyimpangan dalam perkara Imam Mahadi di kupas dengan baik dan jelas berserta dalil-dalilnya.Perbezaan antara Imam Mahadi Ahlus Sunnah dan Syiah juga di kemukakan dengan 11 perbezaan di sertakan juga.

Persoalan Jihad juga menjadi tajuk tumpuan keluaran bulan ini,dengan memetik pendapat yang masyhur di kalangan ahlul ilmi hukum berjihad adalah fardhu kifayah,kecuali jika ada keadaan mendesak,seperti ada musuh yang datang dengan tiba-tiba.

Di bawah tajuk Meluruskan makna jihad juga di sertai difinasi jihad,satu di antara yang di sebut makna jihad menurut ucapan Ulama Salaf yang dikataka jihad.Menurut Ibnu Abbas”(Jihad adalah)mencurahkan kemampuan padanya dan tidak takut kerana Allah terhadap celaan orang yang suka mecela.”Untuk kupasan persoalan jihad ini,sahabat-sahabat kenalah cari majalah ini dan beli..!.Wawancara menarik tentang jihad bersama Imam Feisal Abdul Rauf juga tersiar di majalah ini.

Bak kata”Macam-macam ada dalam majalah I keluaran bulan Oktober ini”,Untuk selebihnya sahabat kena cari dan beli..!

Jumpa Lagi!.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA