Followers

Sunday, October 17, 2010

Membacalah..!

Bacalah buku


Di dalam buku Aku,Buku Dan Cinta,di bawah tajuk ‘Baca dan Bacalah..’pengarang menukilkan,beberapa keistimewaan orang yang suka membaca buku dan memiliki buku,Insyallah dalam pertemuan hari ini saya cuba ringkaskan satu persatu;

1)Buku adalah sahabat terbaik dari sekelian makhluk.

2)Orang yang terbiasa membaca dan menulis akan di minta petuannya(pandangan).

3)Orang-orang yang terbiasa menyelak-nyelak halaman buku dan membuka buku akan mendapatkan kemuliaan dan kebaikan.Ianya merupakan harta yang menguntungkan.

4)Masa begitu singkat bila berduaan dengan buku.

5)Pelajaran,nasihat dan pengalaman akan datang menyentuh dan menambahkan semangat.

6)Perahlah ilmu dari buku,didalamnya ada istana pemikiran.

7)Hebatnya orang memiliki dan membaca buku sehinggakan di katakana pengarang buku ini,lebih kaya daripada Qarun,lebih kuat dari tentera al-Nu’man,lebih baik keadaannya daripada al-Baramikah(para menteri yang ada di zaman Khalifah Harun Al-Rasyid)

8)Berteman dengan buku boleh memelihara seseorang daripada kesesatan para penguasa,boleh melindungi daripada omong-omong kosong orang-orang zalim dan menjaga diri daripada celaan orang yang dengki.

Di akhir tulisan,pengarang mengajak pembaca,agar lebih banyak membaca dan memperbanyakkan mentelaah serta menengok-nengok kitab-kitab karangan para ulamak.Berbanding dengan harta,kemewahan seperti bangunan,wang ringgit dan sebagainya,ianya tak mampu kekal,kerana sejarah telah membuktikan,berapa banyak negeri atau Negara hancur,pemimpinya binasa dan bangunan-bangunan tinggal sisa-sisa kehancurannya.

Ini berbanding dengan ilmu,adakah ia hancur dan binasa seperti negeri,penguasa dan bangunan-bangunan itu? Tidak.! Ilmu itu kekal dan di warisi hingga kini,begitu juga dengan buku-buku yang mengaandungi ilmu,tetap utuh hingga kini.Maka beruntunglah bagi mereka yang mahu mengambilnya dan hidupnya pasti bahagia.

Saya akhiri dengan satu madah,"Potongan akhbar tidak pernah dipusakakan.Tapi sebuah buku,sekalipun kecil boleh dibaca turun –temurun."

Sampai Jumpa Lagi..!

Selamat Membaca..!

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA