Followers

Wednesday, April 23, 2014

Minda Sastera: Kumpulan GLP @ Grup Lagu Puisi




cropped-glp_header.jpg


Kalau dulu-dulu kita ada kumpulan Kopratasa dan Zuber Ali, menyanyikan lagu-lagu puisi. Kini pula kita ada kumpulan yang mengelarkan namanya Band GLP@Grup Lagu Puisi. Mereka melagukan puisi-puisi yang digubah semula dengan  lebih menarik lagi. Kumpulan yang diasaskan di bawah naungan esasatera ini mempunyai dua orang anggota, lelaki dan wanita, iaitu Ilya Kablam dan Hijas GLP.

Baru-baru ini, kumpulan ini telah melancarkan album sulung mereka di Universiti Malaya. Album bertajuk 'Perada Cinta' kini boleh dimiliki di pasaran atau boleh juga dimiliki secara 'online' melalui laman sesawang mereka di sini.

Saya yakin, bagi peminat-peminat lagu-lagu puisi tanah air pasti teruja untuk memiliki album ini. Mereka yang mahu memiliki bolehlah klik di link di atas tadi. Sepuluh lagu yang termuat di album tersebut pasti dapat menghiburkan anda. Antara lagu-lagu yang termuat adalah;


1. GLP – PERADA CINTA
2. GLP – TERUS BERLARI
3. GLP – MELEGAKAN HAKIKAT
4. GLP – PENGHARAP CINTA
5. GLP – DOA UNTUK GAZA
6. GLP – SULUH SINAR
7. GLP – SEORANG ITU
8. GLP – JANJI RABU
9. GLP – PELITA TAK PADAM-PADAM
10. GLP – TANPA CINTA



3 comments:

  1. Lagu puisi sangat seronok! Saya suka dengar lagu puisi di sekolah dahulu. Cuma tak berbakat untuk turut serta dalam bidang tersebut.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Wan;

    Lagu-lagu puisi juga turut ada pengikutnya sendiri, bahasanya puitis memang sedao di dengari. Insyallah menghiburkan selagi tidak melalaikan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas ulasan ini, sdr Masshah. Tentunya tidak melalaikan, selagi hati kita sentiasa mengingati Allah S.W.T. Terima kasih kerana membeli CD GLP Perada Cinta! :) Amat kami hargai....

    ReplyDelete

DEMI MASA