Followers

Tuesday, April 22, 2014

Minda Buku: Pesta Buku (PBAKL 2014) Pesta Kegilaan Datang Lagi


Pantasnya masa berlalu, tinggal beberapa hari lagi satu pesta besar-besaran, ditunggu-tunggu oleh mereka yang gilakan buku akan berlangsung di Kuala Lumpur. Pesta tahunan yang sering dilakukan ini bukan sembarangan pesta, bukan ‘pesta pora’ yang entah apa-apa entah, juga bukan pesta terkinja-kinja di atas pentas . Tetapi pesta ini merupakan pesta yang penuh dengan kenikmatan dan kecanduan terutamnya kepada para pencinta buku.

Ya, pesta buat para pembaca, penerbit, penulis, para ilmuan dan seluruhnya manusia-manusia yang cintakan ilmu. Hati-hati mereka bersorak riang dengan kedatangan pesta ini. Mereka tidak sabar untuk mencuci mata melihat-lihat nikmat keindahan buku-buku. Bukan sahaja melihat-lihat tetapi sudah pasti mereka akan menyentuh, mendakapi seta mencumbui buku-buku tersebut. Saya tertarik dalam para sebuah sajak seorang penyair; Bangsa yang tidak sukakan buku merupakan bangsa yang penakut. Anda fikir-fikirkanlah sendiri, sama ada pernyataan ini benar atau salah.

Pesta buku setiap tahun ini akan membawakan penerbit-penerbit buku yang ada di tanah air, siapa yang tidak kenal penerbit-penerbit seperti Kumpulan Karangkraf, PTS, Mustread, Galeri Ilmu, Kemilau Publika, Jasmeen, dan banyak lagi. Mereka sentiasa produktif melahirkan karya-karya yang terbaik. Ramai yang sudah kenal penerbit-penerbit tersebut. Karya-karya yang diterbitkan hasil dari penulisan penulis yang cukup dikenali. Sebahagian khalayak sudah kenal dan banyak membaca karya-karya terbitan mereka.

Melihat pada iklan-iklan yang mereka war-warkan, sungguh mengujakan hati ini, sudah tentunya buku-buku terbitan terbaharu akan menjadi seperti goreng panas, ini dilihat bila setiap penerbit telah mengeluarkan  buku-buku hasil penulisan karya-karya penulis masing-masing. Lihatlah Galeri Ilmu, sudah mengiklankan terbitan terbaharu mereka, juga Kumpulan Karangkraf, PTS, dan lain-lainnya. Mereka masing-masing sudah bersedia untuk diserbu oleh peminat dan pencinta buku yang bakal datang dari pelusuk tanah air.

Potongan harga atau diskaun juga sudah diwar-warkan, ada yang menawarakan pakej A atau pakej B, semua itu terserah kepada pembeli buku tersebut nanti. Begitulah bersemaraknya setiap penerbit menawarkan tawaran yang tentunya sangat berbaloi buat para pembaca. Lagi menariknya, ada tawaran melancong ke luar negara dengan membeli buku-buku hasil terbitan mereka, contohnya penerbit buku ITBM, dengan pembelian yang sangat berbaloi pembeli boleh melancong hadiah ke Paris. Hebat sungguh hebat sekali!. Bagaimana para sahabat semua, sudah bersedia untuk ke pesta buku kali ini?.

Pesta buku yang berlangsung selama sepuluh hari(24April-4Mei 2014) akan memberikan kepuasan yang maksima buat para pengunjung, di samping diskaun, tawaran hadiah dan pelbagai lagi. Pesta buku kali ini juga menawarkan pakej Ilmu, banyak program bedah buku bersama penulis, perkongsian ilmu dan macam-macam lagi disediakan oleh setiap penerbit. Bukan dapat buku sahaja, tetapi ilmu pun dapat. Itu terpulang kepada masing-masing, bijak-bijaklah menyusun masa, takut-takut ada yang histeria melihat tawaran yang pelbagai dalam pesta buku itu nanti.


JOM SERBU PESTA BUKU!.

2 comments:

  1. Tak sabar rasanya saya nak memborong nanti. Yang pastinya buku pilihan saya dari terbitan ITBM dan DBP.

    ReplyDelete
  2. Ya, Insyallah, jika kelapangan nanti saya turut akan ke sana, manalah tahu ada buku-buku yang berkenan di hati. Saya suka juga buku-buku ITBM, Biar pun bersaiz besar tapi ringan.

    ReplyDelete

DEMI MASA