Followers

Thursday, April 10, 2014

Minda Siasah: Mengapa Benci Politik


MUHAMMAD ANAS






Imej dari: Google Image


Renungan buat mereka yang berkata, "Saya benci politik. Politik kotor, memecah belahkan, saling memfitnah dan terlalu sukar dipercayai janji orang-orang politik. Saya mahu menjaga ugama saya," mari berfikir sejenak;

1) Adakah dengan menjauhi politik, anda terjamin jadi bersih? Tidakkah dunia ini seluruh penjurunya bercampur baur antara baik dan buruk dan kita sendirilah yang menentukan untuk kita?

2) Adakah orang-orang mulia seperti para ulama dan mujahidin sepanjang zaman yang terlibat dalam politik peringkat tertinggi telah menjadi kotor kerananya?

3) Bagaimana anda menakrifkan politik baginda al Rasul صلى الله عليه وسلم yang memuncak sehingga terpaksa berperang dengan senjata?

4) Jika orang yang 'bersih' seperti anda menjauhi politik, apa hukum membiarkan dunia politik untuk dikuasai orang-orang yang kotor?

5) Jika hak anda dicabuli oleh orang politik, seperti dibekukan kenaikan pangkat semata-mata kerana enggan menyokong orang politik, adakah satu kemuliaan dan 'kebersihan' jika anda hanya diam membisu atau menolak
orang yang datang membantu mempertahankan hak anda itu?

6) Adakah untuk anda mencampuri politik, ia memerlukan sehingga tubuh anda dan keluarga sendiri dianiayai dulu oleh orang politik, atau cukup dengan melihat saudara seagama yang lain dianiaya. Adakah anda mahu terhantuk dulu baru tengadah?

7) Adakah anda melihat agama Islam mengajar agar dijauhi politik dan orang politik?

8) Adakah anda melihat seorang nabi bukan ahli politik? Dengan maksud, nabi diutuskan untuk menjauhkan umat daripada politik?

9) Apakah pendapat anda untuk menjatuhkan ahli politik yang jahat tanpa menyentuh politik?

10) Adakah anda menemui dalil atau nas yang membenarkan anda lari dari tanggung jawab menentang kemungkaran politik?.


Tulisan: -Nik Mohamad Abduh-

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA