Followers

Thursday, April 24, 2014

Minda Buku: Berapa Banyak Buku Sudah Baca Sepanjang 2014?





Saya sertakan tulisan dari Portal Sinar Harian untuk anda fikir-fikirkan;
Membaca itu suatu hiburan

SEGMEN hiburan di media cetak lazimnya memberi liputan terhadap dunia filem, muzik dan juga teater.


Golongan artis yang terlibat samada pelakon, penyanyi dan penggiat teater turut menjadi subjek yang memenuhi kolum-kolum di dada akhbar dan juga majalah.

Melewati tahun-tahun 2000, mereka yang menjadi pilihan untuk dimuatkan ke dalam segmen hiburan sudah diperluaskan untuk mencakupi ahli sukan, juruhebah, juruacara, pembaca berita, hos rancangan, chef, motivator dan tidak ketinggalan juga golongan ustaz.

Mereka ini sudah menjadi bahan hiburan kerana terlibat dalam dunia persembahan. Kerana itu, dunia hiburan  kini mempunyai tafsiran yang baharu apabila bidang yang serius seperti sukan, menyampaikan berita, memasak dan berforum atau berceramah telah diberi nafas baru yang bertenaga hingga menjadi bidang yang menghiburkan.

Sinar Harian turut memperluaskan skop hiburan seperti mana-mana penerbitan cetak yang lain.

Bagaimana pun, kami ingin maju selangkah lagi dengan memasukkan golongan penulis serta buku sebagai bahan hiburan.

Ini adalah kerana, perkembangan industri buku, penulisan  dan membaca pada hari ini mempunyai khalayak yang semakin bertambah.

Industri buku semakin rancak bila kian ramai mereka yang menjadikan membaca sebagai suatu bentuk rekreasi, melayakkan membaca sebagai salah satu bentuk hiburan.

Justeru itu, untuk menyemarakkan dunia buku dan pembacaan sempena Pestabuku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun ini, Sinar Harian melalui kolum hiburannya ZASS (Zon Artis Sensasi Santai) akan memulakan segmen GilaBuku satu halaman sehari di sepanjang tempoh pestabuku tahun ini.

Segmen GilaBuku akan terus menjadi sisipan 4 halaman tetap ZASS pada setiap Ahad mulai 4 Mei 2014.

Segmen GilaBuku akan memuatkan aktiviti industri buku, penerbitan buku, penulis, pengkritik, isu-isu dunia perbukuan, kelab peminat buku dan juga golongan yang menghidupkan dunia hiburan bentuk baru ini iaitu khalayak pembacanya.

Untuk anda yang meminati buku, dapatkan liputan awal GilaBuku, di akhbar Sinar Harian Jumaat ini.

4 comments:

  1. Sangat mengujakan melihat koleksi buku Tuan. Yang pastinya akan bertambah setelah ke pesta buku nanti kan? heheh

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu Helmi, Insyallah, jika tiada aral melintang nanti akan ke sana. Semoga paparan gambar tersebut akan bertambah motivasi da terangsang untuk membaca dan terus membaca.

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Ya Allah, dengkinya saya tengok jumlah buku yang sudah dibaca. Kalau ditambah tahun 2013 dan awal 2014 pun, saya rasa jumlah buku yang saya sudah baca tidak setinggi buku tuan. Kena pupuk minat membaca lagi ni. :)

    ReplyDelete
  4. Wlkmsalam Wan;

    Terima kasih Wan, ya, semoga terus termotivasi dan terangsang untuk membaca, membaca dan terus membaca, selagi daya, selagi mahu, selagi ada masa dan yang penting, sering saya ingatkan pada diri sendiri agar, bereskan kerja-kerja yang penting dahulu, selepas itu mahu baca, bacalah, semahu-mahunya.

    Insyallah Wan, Wab pun boleh baca banyak lagi. Apa yang penting termotivasi dengan paparan gambar tersebut. ok!.

    Selamat membaca dan membaca.

    ReplyDelete

DEMI MASA