Followers

Sunday, April 20, 2014

Minda Sastera Sajak: Tak Pulang-Pulang




Tak Pulang-Pulang
( mengharap MH370 pulang...)

Masih terbayang bayang
terlihat melayang layang
disegenap banyak ruang
mungkinkah sekadar wayang.

Hilang tak pulang pulang
sendu tangis orang tersayang
spekulasi fikiran songsang
sebutan ramai orang sekarang.

Ada  sudah yang cukup berang
anggap ini sekadar temberang
lakon layar hati bengang
lupakan derita ke belakang.

Sungguh tersayang malang
pagi petang lagi ke siang
belum juga pulang pulang
mengharap sinar terang benderang.

Masshah 2014
18042014
Meru.


2 comments:

  1. Membaca tajuk puisi ini sahaja, sudah ada nada sedihnya. Sungguh, puisi penuh emosi. Moga yang baik-baik sahaja buat semua penumpang yang masih tidak dijumpai. Hanya Allah yang Maha mengetahui.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Wan;

    Semoga keluarga yang terlibat terus berdoa dan bersabar, itu sahajalah ubat mujarab untuk menenangkan jiwa yang gundah.

    ReplyDelete

DEMI MASA