Followers

Saturday, April 12, 2014

Minda Sastera: Catatan Perjalanan Ke Rumah PENA Bersama Wak Saring Sirad@Ismas Saring

 



Ahad Yang Indah

Pagi ahad yang indah, hari ini aku ada program di Kuala Lumpur. Entah apa yang akan berlaku hari ini aku tidak tahu. Biarkanlah...itu semua hanya Allah SWT yang maha tahu. Pagi-pagi lagi aku sudah bangun, seusai solat subuh, aku bersiap-siap agar jadual yang dijanjikan pagi ini tidak terlewat. Semangat untuk berprogram hari ini berbunga-bunga di dalam hatiku.

Sementara pagi masih muda, aku duduk di hadapan laptopku untuk melihat berita apakah hari ini. Ku buka laman sosialku, pagi-pagi sudah ramai yang bermedia sosial, wah, mereka juga sepertiku, bersarapan pagi dengan bermedia sosial. Sudah menjadi trend hidup masakini rupanya. Pagi-pagi suda bermuka buku.

Sungguh ini sudah menjadi budaya hidup orang masakini termasuk aku ini. Dunia begitu pantas, siapa lambat pasti tetinggal ke belakang. Entahlah apa lagi yang bakal meletus lagi dalam duniateknologi pada masa hadapan. Aku biarkan, fikiranku tentang masa depan teknologi ini. Akubaca setiap satu perasatu di status di muka bukuku ku... ah tidak ada apa yang menarik...

Jam sudah menunjukkan 7.30 pagi, aku menutup laptopku dan bersiap-siap untuk berpakaian juga memasukkan buku ke dalam beg, beg yang berjasa padaku setiap hari bila aku pergi ke kerja. Sesudah memberitahu isteriku, untuk berpergian hari ini, aku terus mencapai kunci kereta.

Ke Rumah Wak Saring

Distinasi pertamaku pagi ini untuk mengambil kawan baruku, dia tinggal di Pekan Kapar. Dia tinggal di perumahan paling lama, wujud sejak tahun 1979, itu menurutnya. Aku tak tahu, rupanya ada taman yang sekian lama wujud di situ. Aku terjah sahaja ke situ walau aku langsung tidak pernah menjejaki tempat itu.

Aku tawakal sahaja, kalau tidak jumpa rumahnya aku akan telefon dia sahaja. Bukan susah, zaman canggih semuanya serba boleh, tekan button nombor maka dengar sahaja apa yang mahu dicakapkannya. Itu monolog ku, sambil mengenderai kerataku ini. Cuba memasuki lorong sebelah Sekolah Perempuan Kapar. 

Aku masih teringat kata-katanya lewat beberapa hari yang lalu. Aku cuba lihat satu lorong ke satu lorong, namun sampai ke hujungnya jalan mati. Ah...salah tempatkah aku...aku pusing balik keluar, semasa keluara ada seorang pak cik berbangsa India sedang menolak sebuah tayar lori. Aku berhenti dan bertanyakan padanya.

“Uncle’ taman hamzah mana?”. Tanya ku pada Paka cik berbangsa India itu.

“Oh taman besar kah?...itu sebelah sana...” .Jawab Pak Cik berbangsa India itu.

Aku mengucapkan terima kasih padanya, aku cuba keluar dari lorong yang salah, menuju lagi satu jalan bersebelahan sekolah menengah. Aku terlihat Taman Hamzah 8, baru aku teringat mahu telefon dia.

“ Hello, assalamualaikum Wak...rumahnya lorong berapa ya?”. Tanyaku padanya.

“Lorong 9 no 38... yang ada kereta banyak” jawabnya ringkas.

“Ok, nanti aku cari”. Kataku

Aku cuba meneruskan perjalanan mencari rumahnya. Cuba memasuki lorong, ada dua orang berbangsa India di kawasan halaman rumah. Aku memberhentikan kerataku dan bertanya pada salah seorang yang diluar pagar rumah itu.

“Uncle mana jalan hamzah 9?” Tanyaku.

Aku pun mendengar dengan teliti apa yang diucapkan oleh orang itu. Dia menunjukkan arah taman yang aku maksudkan. Aku meneruskan pencarian ku, sampai di jalan besar, dalam hati, kemungkinan sudah salah masuk lorong jalan yang dicari.

 Aku bertekad untuk pusing balik menuju ke jalan tadi, perlahan-lahan sambil mencari lorong yang dicari, dalam hati, mungkinkah ini, aku sudah nampak kereta yang dikatakannya tadi, aku cuba masuk kelorong jalan tersebut, Ya, ternyata benar telahan ku, aku sudah nampak orang yang sedang menunggu aku.
Syukur, dapat jumpa rumahnya. Aku senyum dan membuka pintu cermin kereta ku serta memberi salam padanya.

“Assalamualakim Wak...”

Dia menyambut salamku sambil tersenyum, kami bersalaman. Kami meneruskan perjalanan ke distinasi seterusnya. Kami menuju ke Pekan Meru, Wak Saring mahu ambil suratkhabar yang dipesan, memang setiap pagi Wak Saring akan mengambil suratkhabar di situ, tapi hari itu kedai tersebut belum buka, dan selepas ambil suratkhabar Wak Saring akan bersarapan di Warung Juragan di Pekan Meru.

Sarapan Pagi Di Warung Juragan Meru

Pagi ini, kami sebelum bertolak ke Kuala Lumpur kami bersarapan di Warung tersebut, kami mengisi perut sambil berborak-borak. Wak Saring yang banyak pengalaman hidup sebagai penulis, wartawan, dan travel writer tidak lokek untuk bercerita dengan aku. Wak Saring sudah berusia 76 tahun masih aktif untuk menyertai aktiviti sastera, ia boleh diambil contoh kepada penulis-penulis muda.

Bayangkanlah dalam usianya yang sebegitu masih mahu dan mampu ke sana kemari dalam aktiviti sasteranya. Hari ini Wak Saring dengan aku akan ke rumah PENA, juga untuk aktiviti sastera, Dailog Orang Muda(DOM), aktiviti bulanan di rumah PENA. Biar pun Wak Saring bukan orang muda, ia masih mahu turut serta dalam aktiviti tersebut. Diam tak diam dah hampir 45 minit kami di Warung tersebut.

Meneruskan Perjalanan

My Photo     

Selesai membayar, kami menuju ke tempat letak kereta untuk meneruskan perjalanan kami, ke Rumah PENA di Kuala Lumpur. Ini pertama kali aku ke Rumah PENA, itu pun setelah aku mengenali Wak Saring. Dalam perjalanan, kami berborak-borak, tak jemu rasanya berborak dengan Wak Saring, ada sahaja perkara yang Wak Saring mahu cerita, apa yang seronoknya, saya dapat ilmu dari apa yang diceritakan pada aku. 

Wak Saring memberitahu padaku, dia ada baca tulisan sajak yang aku nukilkan di dalam facebook, dia mengatakan sajakku agak baik, Cuma kalau boleh dipendekan dan tidak terlalu panjang, Wak Saring memberi aku semangat untuk aku terus menulis.

Wak Saring menggalakan aku agar terus menulis, biar perlahan tetapi berterusan, kata dalam bahasa jawanya “alon-alon angger kelakon”, yang aku sebak, beliau mendoakan aku satu hari nanti akan menjadi penyair. Allahuakbar...besarnya doa Wak Saring...apakah aku mampu...hatiku bermonolog, sambil terus mendengar apa yang diperkatakan oleh Wak Saring dalam perjalanan. Untuk menjadi penulis keratif, menurutnya, aku perlu banyak membaca, beli majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka seperti majalah Tunas Cipta, Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa dan yang lain-lain.

Juga perlu hantar karya ke majalah tersebut, itulah galakkan Wak Saring sepanjang perjalanan yang penuh makna buatku. Tanpa disedari kami sudah agak jauh perjalanan, hampir di sempadan Kota Darul Ehsan. Aku memberitahu pada Wak Saring, aku kurang arif jalan di Kuala Lumpur, jarang sangat pun ke Kuala Lumpur. Hari ini pun disebabkan ajakan Wak Saring, kalau tidak entah bila aku datang ke Kuala Lumpur, sebab tak ada urusan yang perlu aku ke sini.

Wak Saring boleh tunjukkan, menurutnya, kalau naik kereta dia, kereta yang bawak dia, bukan dia, sebab sudah biasa, itu lawak sahaja rasanya. Aku harus berhati-hati sebab sudah masuk ke arah Kuala Lumpur, maklum jarang sangat ke Kuala Lumpur, nama sahaja tinggal di Selangor berdekatan dengan Kuala Lumpur, tapi kelemahan saya mengingatkan jalan menuju ke Kuala Lumpur, itu yang saya beritahu pada Wak Saring.

Salah Arah Kami Bertawaf

Entah terleka atau salah pendengaranku...aku tidak berapa fokus dan arahan untuk ke sebelah arah kanan tidak aku turuti, lalu kami terus salah arah menuju ke Rumah PENA, aku serba salah dengan Wak Saring, aku minta maaf pada Wak Saring berkali-kali. Dalam hatiku...aduh malunya aku, sudahlah bawak kereta salah arah jalan pula...maafkan aku Wak Saring, aku berulang-ulang meminta maaf, kata Wak Saring, “Tak apa...”.

Aku buntu juga, tak tahu arah mana lagi mahu diikut, aku ikut sahaja arahan Wak Saring, ke kanan aku ke kanan, ke kiri aku ke kiri, kali ni aku betul-betul fokus. Tak mahu kali kedua, ketiga...malu aku dengan Wak Saring. Kami sama-sama berusaha mencari jalan ke luar, sesat tapi masih bercahya...ha...ha...ha..., Wak Saring yang sudah berusia pun sudah agak lupa tentang jalan Kuala Lumpur. Dalam hati berdoa-doalah sendiri agar jumpa jalan kearah Rumah PENA.

Kami pusing entah mana-mana arah jalan, dari satu jalan ke satu jalan, aku ikut sahaja arahan Wak Saring, sambil melihat-lihat signboard yang tertera di situ. Sambil hati terus berdoa-doa, mohon pada Allah SWT, permudahkanlah perjalanan kami.

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya juga melalui kesukaran yang tidak disengajakan, maklum driver kurang pakar bawa kereta. Jalan menuju ke Rumah Pena dapat kutemui, itu pun Wak Saring yang jumpa...ha...ha...ha..., aku mengulangi pinta maafku pada Wak Saring. Wak Saring tidak apa-apa, dia faham situasi aku, apa pun sampai sahaja, program belum bermula pun. Sekitar jam 10:30 sampai di Rumah PENA.

Sampai Di Rumah PENA

Masih tidak ramai lagi kelihatannya melalui cermin kereta, aku parking dibahagian tepi Rumah PENA. Sampai juga aku di sini, biasa dengar di akhbar, media sosial dan majalah-majalah, hari ini dengan izin Allah SWT melalui Wak Saring aku dapat menjejaki Rumah PENA. Di sinilah para karyawan keratif dan para penyair pencinta sastera bertemu dan berkumpul, berprogram dan beraktiviti.

Hari ini aku bertemu orang-orang hebat dalan sastera negara, ya kelihatan Pak Sutung Umar RS, Pogadev, Sani Sudin, Wartawan jurugambar Berita Harian, Rahimidin dan penyair juga penulis yang lain-lain, aku tidak kenal namanya. Aku bersalam-salaman dengan mereka, walau pun aku agak kekok dan segan, aku cuba buang perasaan-perasaan itu. Wak Saring macam biasalah, ceria, banyak ceritanya..., bukan senag mahu jadi penyair bro, jangan sampai miskin khalayak, teringat kata-kata dalam wall PENA yang ditulis oleh sinagannaga.

Itulah fungsinya rumah PENA, sebulan sekali mereka akan berprogram baca puisi, tempat pertemuan para penyair berwacana dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan di sini. Hari ini Dailog Orang Muda pula aktivitinya, ini hari pertama aku menghadiri aktiviti sebegini, para penyair dan penulis pencinta sastera hadir dalam dailog tersebut, hari ini tokoh yang diundang untuk membicarakan DOM adalah Sutung Umar RS atau nama sebenar beliau Wan Omar Ahamed. Penyair yang banyak pengalaman. Banyak perkara yang aku dapat dalam program orang muda ini.

Walaupun sekadar pemerhati dan pendengar, namun input yang didapatinya sungguh bermakna buat diri ini. Dalam membicarakan polimek dan kritikan sastera, saya petik dari akhbar Berita Harian beliau menyatakan;

“Polimek perlu direncanakan supaya ia menjadi pemangkin untuk perkembangan sastera bukan untuk bermusuh, sebaliknya perbezaan pendapat akan memberikan kesan positif, tetapi malangnya ramai yang tidak faham apa maksud polimek” Sutung Umar RS.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang diungkapkan, aku tidak bawa buku catatan pula, jadi banyak yang aku lupa isi kandungan dalam DOM tersebut. Boleh rujuk pada artikel sastera dalam Berita Harian keluaran 20 febuari, hari khamis, di situ ada perkara yang dibicarakan oleh Sutung Umar RS.

Jamuan Makan

Dailog habis sekitar 12.00 tengahari, selepas itu seperti biasa, jamuan makan tengahari nasi ayam. Semasa makan tengahari sempat berbual-bual dengan penyair anak alam saudara Sani Sudin, ramah dan tidak sombong. Di perkenalkan diri, asal kelahiran dan banyak saudara maranya di Klang.

Saya melihat antara mereka saling berbual-bual, mereka punyai minda yang berbeza-beza. Aku hanya mendengar perbualan sesama mereka, sesekali aku mengangguk kepala tanda setuju apa yang mereka bualkan. Apa pun semua antara kita sama sahaja, yang membezakan taqwa di sisi Allah SWT.

Banyak sekali yang aku pelajari di hari tersebut. Para penyair masing-masing masih berbual sesama mereka. Seusai solat zohor, aku ke anjung tempat mereka sedang berbual. Wak Saring masih berbicara bersama teman-teman penyair yang lain. Aku duduk di kerusi panjang bersebelahan Pak Sutung Umar RS, beliau sedang menatap akhbar hari tersebut, aku cuba menegur, bertanyakan tempat tinggal beliau.

Dengan nada lembut dia memberitahu tinggal di Gombak, dengar cerita dia kurang sihat, aku sekadar bertanyakan itu sahaja, tengok raut wajahnya pun masih tidak sihat, tapi dek’ kerana ada program DOM dia gagahi juga untuk tidak menghampakan orang muda. Apapun aku teruja dengan jawapannya. Aku tidak mahu ganguinya kerana dia sedang membaca akhbar.

Aku berbual-bual dengan seorang wartawan jurugambar Berita Harian, bertukar-tukar fikiran tentang kehidupan. Bekerja selama dua puluh tahun, bermacam ragam, karenah manusia yang dia lihat, apa lagi yang mahu dalam hidup ini, kata-kata yang penuh mendalam dan bermakna sekali.

Masing-masing ada yang sudah mahu pulang ke rumah, kami pun turut sama mahu pulang. Kami bersalam-salaman, insyallah ada masa jumpa lagi. Aku dan Wak Saring beriringan menuju ke tempat kereta, sementara memanskan enjin dan membuang haba panas dalam kereta, kami berbual. Wak Saring memberitahu serba sedikit tentang Rumah PENA, sesekali bila ada program yang panjang di PENA Wak Saring akan tinggal di situ seharian, mungkin faktor usia Wak Saring berbuat begitu. Apa pun tabik dengan Wak Saring dalam usia yang sebegitu semangatnya masih utuh untuk melihat dunia sastera negar terus berkembang maju.

Kami bertolak ke Meru dan Pekan Kapar sekitar jam 2:15 petang...

Terima kasih Wak Saring kerana membawa aku ke Rumah PENA, walau pun sampai tersesat-sesat jalan...

Dan ini juga merupakan catatan kecil perjalanan mencari ilmu penulisan melalui pengalaman...


Sekali lagi...Terima kasih Wak Saring Sirad!.

# Untuk kupasan menarik program DOM(Dailog Orang Muda) sila ke Laman Blog Perjalanan Salik:

PERJALANAN SALIK: KREATIVITI

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA