Followers

Friday, April 25, 2014

Minda Buku: Aduhai Bulan April Masih 6 Buah Buku

6 buah buku setakat hari ini, untuk bulan april 2014


Nampaknya, semua genre sastera...

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga hanya pada Allah SWT, kerna dengan izin-NYA jua, diberi kesempatan dan kelapangan masa untuk membaca buku-buku yang masih menunggu giliran, 6 buah buku telah berjaya dibaca setakat hari ini untuk bulan april 2014, mudah-mudahan apa yang dibaca dapat dijadikan  motivasi diri daa juga panduan dalam penulisan keratif.

Kesemua, 6 buah tersebut dari genre sastera, khususnya penulisan keratif. Tiga buah buku hasil tulisan seorang ulamak tersohor di Indonesia, buku lama yang diperbaharui disainya dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan Pustaka Syeikh Nuruddin (PSN). Buku-buku tersebut bertajuk;

1)Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
2)Tuan Direktor
3)Merantau ke Deli

Buku terbitan KEMUDI SELANGOR

1)Sayembara Cerpen

Buku terbitan ITBM-PENA

1)Cakap-Cakap Puisi
2)Di Sofa Kata

Semoga setiap saat waktu yang terluang, dapat saya manfaatkan untuk sesuatu yang berfaedah, khususnya untuk membaca buku. Semoga para sahabat yang berkunjung blog ini terangsang dan termotivasi untuk terus membaca.

Sampai jumpa lagi!.

3 comments:

  1. Salam Jumaat Tuan Masshah.

    Kira baiklah tu dapat 6 buah. Rasanya bulan April sebuah buku pun saya tak dapat baca. Pertamanya sebab buku saya semuanya saya bawa balik ke kampung sewaktu cuti bulan 3 dulu. Jadi, di rumah saya sekarang ni dah tak ada buku, sekadar majalah DBP menjadi bacaan saya. Justeru, di PBAKL nanti pastilah borongan saya banyak. Rasa macam nak bawa beg pakaian pula ke sana sebab banyak nak beli. Alhamdulillah, kebetulan gaji dah masuk bolehlah berlebih sikit di sana nanti.

    ReplyDelete
  2. Tuan Masshah saya bagi cadangan ya, bolehlah tak Tuan settingkan ruangan komen Tuan semula supaya tidak perlulah penyederhanaan word veryfications. Jadi, mudah untuk pengomen meninggalkan komen. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Wlkmsalam Cikgu Helmi, ya apapun yang penting ada masa terluang untuk membaca, insyallah saya akan cuba setting semula tentang ruangan komen;),

    ReplyDelete

DEMI MASA