Followers

Wednesday, May 26, 2010

Kata-Kata Indah (1)

Renung-renung dan fikirkan bersama..!

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat bertemu lagi dengan anda semua,moga kehidupan bertambah ceria dan bahagia selalu.Dalam pertemuan hari ini aku nak kongsikan Mutiara-mutiara kata yang berkaitan dengan dunia pembacaan,semoga mutiara-mutiara kata ini dapat membakar semangat kita untuk terus membaca,membaca kita jadikan satu budaya dalah hidup kita..Ok..mari kita hayati bait-bait mutiara kata ini;

Kita adalah umat iqra’,tetapi mengapa masih lagi enggan membaca?

Abdullah bin Mas’ud berkata:”Seseorang itu dilahirkan bukan terus menjadi ‘alim,sebaliknya ilmu itu diperolehi dengan cara belajar.”

Ulamak adalah perwaris Nabi.

Salah seorang berkata kepada al-Sya’bi:”Berilah fatwa kepadaku wahai orang ‘alim.”Al-Sya’bi menjawab;”Orang ‘alim adalah orang yang paling bertaqwa kepada Allah.”

Bacalah supaya anda tidak bosan,tidak sesat,tidak tergelincir dan tidak menjadi orang hina.

Salah seorang ulamak yang tekun membaca buku ditanya: “Apa yang tuan buat?” Dia menjawab: “Saya tengah mengasah akal fikiran saya,”

Ada sesetengah ulamak yang rela menjual rumahnya untuk membeli beberapa judul buku.Syabas ke atas usaha mulia ini!

Ibn Daqiq al-‘Id terkenal sebagai seorang yang cepat dalam membaca buku hingga mampu menghabiskan satu jilid buku dalam satu malam.

Satu ayat yang anda baca mungkin akan merubah jalan anda daripada kesesatan menuju gerbang hidayah.

Satu patah perkataan yang ada di dalam kertas mungkin menjadi penyebab kebahagiaan anda.

Seseorang yang tidak minat membaca adalah sifar.

Setiap tokoh agung pasti sukakan membaca dan setiap orang bodoh pasti bencikan buku.

Anda pasti merasa jemu denga segala sesuatu yang ada di dunia kecuali membaca.

Rumah tanpa perpustakaan ibarat perkuburan.

Rasanya cukuplah setakat ni,sebenarnya masih banyak lagi yang terkandung dalam buku Aku,Buku Dan Cinta tulisan Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni,tak larat nak tulis lagi hu2..aku kongsikan lain kali mutiara-mutiara indah tu nanti.

Semoga mutiara-mutiara yang aku tuliskan tadi dapat kita jadikan bahan berfikir untuk kita,sejauhmana selama ini kita membudayakan budaya membaca dalam kehidupan kita.Jadi fikir-fikirkan ye..!

JOM MEMBACA..!...SELAMAT MEMBACA..!

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA