Followers

Friday, May 2, 2014

Minda Sastera Sajak: Nikmat Rejab 1435H




Nikmat Rejab 1435H

Rejab datang kembali
membawa seribu erti
buat kehidupan seorang muslim
kedatangannya amat di tunggu
bagi mereka yang merindui
di dalamnya terkandung pelbagai fadhilat
nikmat dan barokah,
kerana ia adalah bulan kebajikan
dan kebaikan Allah kepada Hambanya.

Marilah kita beramal sebanyaknya
puasa, solat, zikir, berselawat,
bertasbih, beristighfar, membaca Quran
dan segala rupa kebaikan dan kebajikan kita tunaikan
kerana pintunya dibuka seluas-luasnya untuk kita.

Rejab…bawalah kami dalam arus-mu
bawalah kami ke dalam pelayaran-mu
jangan jadikan kami golongan
yang rugi dan alpa tentang besarnya fadhilat-mu.

Tuhan…Kami hamba-Mu amat lemah dan kerdil di hadapan-Mu
bantulah hamba-Mu dalam menyelusuri arus rejab yang deras ini
janganlah kau jadikan kami orang yang ketinggalan dalam bulan-Mu ini.

Rejab ini jadikanlah kami benar-benar menjadi seorang hamba yang bertaqwa
rejab ini jadikanlah kami benar-benar menjadi seorang Pemimpin yang bertaqwa
rejab ini jadikanlah kami benar-benar keluarga yang bertaqwa
rejab ini jadikanlah kami seorang ayah yang benar-benar bertaqwa
rejab ini jadikanlah kami seorang isteri yang benar-benat bertaqwa
rejab ini jadikanlah kami anak-anak yang benar-benar bertaqwa.

Dan biarlah harapan kami ini berterusan
sehingga rejab-rejab yang akan datang
inilah harapan kami pada-Mu Tuhan
dalam rejab kali ini,
terima kasih Tuhan kerana nikmat
dan anugerah rejab untuk kami semua.

Masshah 2014
2052014
Meru.

2 comments:

  1. Ya Allah. Tiga bulan menjelang Ramadan yang penuh barakah. Masih terkapai-kapai dalam melakukan amalan-amalan suruhan-Nya.

    ReplyDelete
  2. muliakan rejab dengan amal ibadah untuk bekalan akhirat . follow sini (46)

    ReplyDelete

DEMI MASA