Assalamualaikum dan salam sejahtera saya
ucapkan kepada teman-teman dan sahabat sekelian, selamat bercuti sempena
menyambut 1 Mei, Hari Pekerja. Kepada pekerja-pekerja yang bertugas di hari
cuti ini, saya ucapkan selamat bertugas, yang pastinya pengorbanan yang
dilakukan itu amat besar, mudah-mudahan pekerjaan yang dilaksanakan itu
mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.
Walaupun hari ini, hari cuti untuk mereka,
tapi mereka tetap bertugas demi negara, antaranya seperti anggota keselamatan,
tentera, polis, kastam, bomba, dan lain-lain. Semoga mereka menjalankan tugas
dengan amanah, merekalah yang menjaga perairan dan sempadan negara, 24 jam
mereka laksanakan tugas itu, ternyata pengorbanannya amat besar sekali. Syabas
diucapkan kepada anggota keselamatan negara kita.
Bagi yang bercuti, walaupun bercuti hari ini,
bukanlah bermakna kita boleh duduk-duduk, santai-santai tanpa membuat apa-apa
kerja rumah. Mesti ada kerja-kerja rumah yang belum selesai, kemas rumahlah,
bersihkan halaman rumahlah, bersihkan bilik mandilah, bersihkan tandaslah dan
macam-macam lagi perlu dilakukan kerja tersebut. Membantu isteri buat para
suami, biar pun hari ini cuti, cuci baju, cuci kereta, dan lain sebagainya.
Selesai buat kerja-kerja tersebut baharulah
boleh rehat-rehat dan santai-santai. Jika rajin bolehlah keluar jalan-jalan
bawa anak-anak, maklum seharian bekerja setiap hari, jadi hari ini bercuti, ada
peluang untuk bersama anak-anak, tentu mereka suka. Mungkin boleh bawa
anak-anak ke pesta buku yang sedang berlaku sekarang. Atau pergi berkelah di
mana-mana distinasi perkelahan yang menarik seperti Port Dickson. Terpulanglah
pada masing-masing mahu bagaimana cuti 1 mei ini dimanfaatkan.
Oh, ya ada yang pergi demontrasi hari ini,
terpulanglah hak masing-masing dijamin oleh perlembagaan negara, selagi mana
tidak memudaratkan pergilah, tunjukkan perasaan anda terhadap perkara yang anda
tidak persetujui, namun begitu jagalah adab-adabnya. Usah membuat onar dan
perkara-perkara yang dilarang sudah. Di harapkan demontrasi yang berjalan nanti
berjalan dengan aman dan teratur.
Bak kata, macam-macam boleh dilakukan bila
cuti, jadi manfaatkanlah hari pekerja ini dengan sesuatu yang berfaedah dan
bermanfaat. Cukuplah, sekadar ingin memberi ucapan sempena hari pekerja, apa
pun syabas diucapakan kepada seluruh pekerja dari semua sektor, sama ada sektor
awam, sektor swasta, dan sebagainya, agar bertambah-tambah bersemangat untuk
bekerja, pengorbanan anda untuk negara, bangsa dan negara, juga agama,
sesungguhnya amat dihargai. Syabas!.
Semoga juga apa sahaja pekerjaan yang kita
lakukan mendapat pahala dan redha dari Allah SWT. Niatkanlah setiap pekerjaan
yang kita laksanakan dengan niat untuk ibadah kerana Allah SWT semata-mata.
Moga terus menjadi pekerja yang terbaik di sisi keluarga,
ReplyDeletejuga Sang Pencipta!
Amin Ya Rabb...mudah-mudahan Wan, kerja apapun asalkan halal di sisi-NYA.
ReplyDelete