Followers

Thursday, May 15, 2014

Minda Buku: Saya Redha Dengan Ketentuan-Nya


Pesta buku(PBAKL 2014) sudah berlalu sepuluh hari yang lalu, bagi mereka yang ke pesta buku tersebut sudah pastinya mempunyai memorinya tersendiri. Tentu banyak buku-buku yang diborong dan dibeli. Semua itu pasti memuaskan hati masing-masing. Maklum sahaja, pesta buku menjanjikan diskaun yang berbaloi-baloi, rugi kalau tidak direbut. Tahniah dan syabas kepada sahabat-sahabat blogger yang berjaya mengunjungi pesta buku tersebut.

Bagi  diri ini yang tiada kesempatan untuk ke sana, memanglah sangat rugi sekali, terpaksalah pujuk hati ini agar sabar dan redha atas ketentuannya, insya’Allah umur panjang pada tahun hadapan boleh pergi, begitulah diri ini memujuk hati yang tidak berjaya ke pesta buku tersebut. Ini disebabkan oleh, langkah berjaga-jaga, maklum orang rumah sedang sarat mengandung, bila-bila masa sahaja boleh bersalin. Tidak sanggup rasanya saya mahu tinggalkan begitu sahaja.

Ajakan demi ajakan dari Pak Agi(Abdul Ghafar Ibrahim) saya terpaksa tolak dengan baik, waktu itupun kerja shift petang, memanglah agak susah untuk ke sana. Pak Agi tidak pernah jemu untuk mempelawa saya untuk pergi sama-sama, tapi disebabkan perkara tadilah saya tidak dapat mengikutinya. Sesekali terkilan juga tidak dapat bersama Pak Agi, apa boleh buat, jadual kerja yang tidak mengizinkan dan juga keadaan isteri yang begitu.

Juga penulis dan wartawan veteren, Wak Saring Sirad@Ismas Saring turut mengajak saya, kerana Wak Saring ada slot dalam bicara buku beliau ‘Kontal Kantil’, juga saya tolak secara baik. Beberapa kali juga Wak Saring mengajak saya, saya dengan alasan yang sama di atas tadi. Apa pun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua sahabat penulis tersebut. Sesungguhnya saya amat berbesar hati atas ajakan dan pelawaan mereka.

Ya, pesta buku, PBAKL 2015, jika saya diizinkan Allah SWT panjang umur, Insya’Allah kita pasti bertemu. Itulah impian saya untuk pesta buku yang akan datang. Sekali lagi kepada sahabat-sahabat blogger yang berjaya ke pesta buku tersebut diucapkan syabas dan tahniah. Buku, buku, buku, baca, baca, baca..., semoga terus bersemangat dan sukses dalam segenap lapangan yang diceburi.


JOM BACA BUKU

2 comments:

  1. Assalamuaalikum, Tuan Masshah. Oh, saya ingatkan Tuan pergi tempoh hari. Tertunggu-tunggu juga saya buku apakah yang dibeli. Tapi, perancangan-Nya lebih adil bukan. Jadi, keredaan itu dapat menyejukkan hati yang resah. Tidak mengapa, membeli buku di mana sahaja pun boleh. Asalkan niat untuk membaca itu ada, pasti ada jalan dan waktunya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlkmsalam Cikgu, begitulah kisahnya. ya saya redha;). Apa pun semua ketentuan-NYA. Beli di mana-mana dan baca di mana-mana.

      Delete

DEMI MASA