Perkongsian Tentang
Bagaimana Persediaan Menulis Sesebuah Artikel
Selesai ucapan dan
memperkenalkan sedikit tentang biodata dirinya, Wak Saring terus kepada agenda
seterusnya, memberi penerangan tentang bagaimana sesebuah artikel itu
disediakan, disamping itu juga beliau menyelitkan pengalaman-pengalaman yang
beliau lalui dalam dunia kewartawanan dan dunia penulisan masa lalu.
Untuk sesebuah
artikel yang hendak ditulis, beliau menekankan agar setiap penulis mengenal
pasti dahulu jenis rencana atau artikel yang hendak ditulis. Antara yang boleh
dipilih untuk dijadikan rencana artikel penulisan;
1) Rencana berbentuk
evergreen-ia boleh ditulis
dan diguna bila-bila masa, ia lebih selamat. Contohnya penulisan tentang
pembangunan desa.
2) Rencana berbentuk
perjuangan, semangat
kebangsaan, politik, agama. Ekonomi,sejarah, sastera, budaya, hiburan dan
pelancongan.
Beliau
berpengalaman dalam bidang ‘Travel Writer’ selama 9 tahun (1994-2003), beliau
amat mengalakkan kepada kami berkaitan penulisan pengembaraan ini. Baginya ia
memberikan pulangan yang agak lumayan, disamping meluaskan pengalaman sebagai
seorang penulis.
3) Rencana Lawatan
dan Pengalaman Perjalanan
Namun begitu
terpulang kepada minat masing-masing tentang apa jenis rencana yang ingin
ditulis oleh setiap penulis. Begitu pun semasa melaksanakan tugas-tugas
penulisan perlu dielakan dari menulis rencana yang berbaur atau berbentuk
fitnah, pembohongan dan ketidakjujuran.
Membuat rujukan
melalui buku-buku atau pun rencana dari akhbar, majalah juga merujuk kepada
yang berkaitan tentang apa yang sedang kita tuliskan. Menurutnya lagi, penulis
perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang apa yang sedang ditulisnya.
Seperkara lagi beliau mengingatkan kepada bakal-bakal penulis, tentang fakta
dalam penulisan.
Menulis perlu
berdasarkan fakta benar dan bukan auta( andaian sahaja), yang mana ia
dapat dipertanggungjawabkan sekiranya ada pihak tertentu membawanya ke
mahkamah. Penggunaan nama samaran juga perlu dalam penulisan rencana, namun
begitu, nama dan alamat perlu dilampirkan untuk rujukan pengarang majalah atau
akhbar. Ini bukan bermakna seseorang penulis itu takut, mungkin ada beberapa
perkara yang tidak mahu diketahui umum.
Beberapa perkara
yang beliau lontarkan dalam penerangan di atas merupakan ‘guide line’ yang
beliau praktiskan dalam penulisan rencana, beliau tidak memaksa para peserta
mengikutinya. Masing-masing mempunyai idea yang berlainan dalam melakarkan
penulisan mereka. Apa pun baginya, menulis perlu berterusan tanpa ada rasa
jemu.
Harapan Saya
Insyallah, panduan
yang diberikan oleh Wak Saring akan saya gunakan dalam penulisan yang sedang
saya pelajari dan ushakan ini. Pengalaman yang banyak oleh beliau memberikan
suntikan motivasi buat diri saya. Mudah-mudahan Allah SWT terus membimbing saya
untuk terus tidak rasa jemu menulis apa-apa sahaja perkongsian ilmu yang
sedikit ini kepada para sahabat semua.
Sekitar jam 1, kami
berhenti untuk berehat, makan tengahari dan seterusnya bersolat zohor di dewan
Masjid Negeri Shah Alam.
Catatan: Tulisan
ini berdasarkan nota yang diberikan pada kami.
Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya juga ya. Wah, sebuah blog yang mencerna minda. Terima kasih atas perkongsian ilmu penulisannya.
ReplyDeleteP/S: Buku saya, kumpulan cerpen remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM telah pun terbit. Jika berminat boleh pesan terus daripada saya. Maklumat lanjut boleh rujuk di blog saya. Terima kasih.
Ya, terima kasih tetamu Istimewa, Wah tahniah terbitnya buku...insyallah saya akan singgah blognya dan insyallah bukunya nanti saya cuba milikinya;)
ReplyDelete