Followers

Wednesday, September 15, 2010

Jom Berkenalan:Ustaz Ghazali Ibrahim

Penulis: Ustaz Ghazali Ibrahim

Bengkel yang beliau kendalikan

Rakaman suara bersama Almarhum Asri Ibrahim

Sebahagian dari buku-buku beliau


Mari kita berkenalan dengan penulis-penulis buku yang berada di tanahair kita,untuk pertemuan hari ini kita berkenalan dengan seorang penulis yang juga pendakwah.Beliau ialah Ustaz Ghazali bin Ibrahim.

Lahir di Kg. Bukit Naga, Klang, Selangor dan sekarang menetap di Tg Malim, Perak.

• Memulakan pengajian asas di Sek. Keb. Bukit Naga, Klang, Selangor dan juga Sek. Agama Rakyat, Bukit Naga, Klang, Selangor. Iaitu dari Darjah Satu hingga Darjah Enam.

• Pada tahun 1984 saya menyambung pengajian di Sek. Men. Agama Hishamuddin, Klang (peringkat menengah).

• Pada tahun 1987 hingga 1989, saya berpeluang mendalami bidang Al Quran & Tahfiz di Karachi, Pakistan.

• Pada tahun 1990 hingga 1992, saya berpeluang mendalami pengajian Bahasa Arab di Kaherah, Mesir.

• Seterusnya saya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Syariah di Universiti Saddam For Islamic Studies, Baghdad, Iraq pada tahun 1992 hingga tahun 1998. Sepanjang tempoh berada di Baghdad, saya sempat mengaji sistem Talaqi Sheikh dengan beberapa orang Ulamak Baghdad.

• Sekitar tahun 1992 hingga 1998, saya berkesempatan menziarahi tempat-tempat terkenal dan bersejarah di Jordan dan Syria.

PENGALAMAN KERJA

• Tempat mula-mula saya mendapat pengalaman kerja ialah di Pusat Zakat Selangor (MAIS) iaitu sejak tahun 1999 hingga 2004. Sekarang ini dikenali sebagai Lembaga Zakat Selangor (LZS). Antara jawatan yang pernah diamanahkan kepada saya ialah Eksekutif Penyelidikan & Pembangunan Syarie dan Eksekutif Dakwah & Latihan. • Sekitar tahun 2005 saya mendalami ilmu motivasi dengan beberapa buah syarikat. Antaranya ialah Fitrah Perkasa Sdn Bhd.

• Sekitar tahun 2006 saya mendalami ilmu faraidh & runding-pusaka dengan beberapa syarikat. Antaranya ialah Tetuan Jamilah Radzi & Co.

PENCAPAIAN

• Saya biasa muncul di kaca TV dalam rancangan Inspirasi Pagi (RTM1), Simfoni Alam (RTM1). Dan saya pernah beberapa kali muncul dalam rancangan Al Kulliyyah (TV3), Al Hidayah (TV3), Wanita Hari Ini (TV3), Tanyalah Ustaz (TV9) dan Astro Oasis dalam rancangan Khabar Haji & Liga Ilmu.

• Suara saya juga pernah beberapa kali kedengaran dalam Radio Tiga Selangor dan IKIM.FM.

• Sehingga kini saya aktif memenuhi jemputan ceramah dan motivasi di dewan orang ramai, pejabat, universiti, sekolah, masjid dan surau.

• Syukur, saya telah diberi kepercayaan oleh pihak pengurusan TH Travel & Services Sdn Bhd (Anak syarikat Lembaga Tabung Haji) menjadi Perunding Motivasi untuk jemaah haji pakej TH Travel & Services Sdn Bhd, selama tiga tahun berturut-turut iaitu tahun 2007, 2008 dan 2009. (Musim haji tahun 1428H / 1429H dan 1430H).

• Sehingga hujung tahun 2009, saya telah menulis serta menerbitkan beberapa buah buku. Antaranya Kenapa Mesti Merancang Pusaka, RM38 Billion Pusaka Belum Dituntut, Memberi Tanpa Diminta Itulah Falsafah Zakat dan Kembara Hati Di Tanah Suci. • Menubuhkan syarikat sendiri yang diberi nama TIJARAH NETWORK.

.Terbaru beliau telah merakamkan suara untuk lagu 'Keharmonian Hari Raya bersama kumpulan Doul'terbitan eEramaTv.com.

Laman Blog Beliau: Ustaz Ghazali Ibrahim

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA