Dalam keadaan apa sekali pun membaca tetap di hati. Buku teman setia, sukar untuk dipisahkan. Dengan buku kita boleh mengembara keseluruh pelusuk dunia, di mana-mana, kemana-mana tetap dengan buku. Hebat! mereka yang boleh berbuat sebegini. Membaca selagi ada hayat, menjadi slogan atau tema agar saya terus bersemangat membaca pada tahun ini.
Selagi nyawa masih ada, ruang dan peluang masa yang diberikan oleh Yang Maha Esa, selagi itulah, InsyaAllah, akan dimanfaatkan dengan aktiviti membaca. Itulah antara harapan saya pada tahun ini, membaca, membaca dan terus membaca. Mudah-mudahan harapan ini diterima dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
Aamiin Ya Rabb!!!
Membaca selagi hayat masih ada!
No comments:
Post a Comment