Gambar Ihsan dari facebook Ilhami
Opo Hubunganmu
Karo Dr Ibrahim Ghaffar
Sapaan dari
seorang kawan jemaah dalam bahasa jawa, seusai selesai menunaikan solat sunat,
ketika keluar dari Masjid At-Taqwa Kampung Bukit Kapar. Kami bersalaman dan
berbalas senyuman, terasa ada kesinisannya dalam senyumannnya dan saya pun
balas senyumannya, bukankah senyum itu satu sedekah?. Saya menyambut salamannya
sambil menjawab soalan yang diajukannya tadi. Jawapan pendek dan padat.
“Biasolah...”
Jawap saya tanpa
sempat menerangkan apa sebenarnya hubungan saya denga Dr.Ibrahim, juga dalam
bahasa jawa. Sebab kami dua-dua memang jawa. Jawa Bukit Kapar. Jawa sama jawa
bila jumpa takkanlah bercakap bahasa Inggeris pula kan’. Jawa tetap jawa jangan
nak menyamar-nyamar pula. Ha...ha..., salah ke agaknya rakan saya tanya
begitu?. Oh...tidak, cuma saya rasa pelik bila pertanyaan itu lain nadanya,
sinis senyumannya.
Kami pun berlalu
tanpa banyak kata, maklum masing-masing mahu balik ke rumah. Terfikr-fikir di benak
saya semasa berjalan dan semasa menaiki motosikal menuju ke rumah emak untuk
mengambil anak saya. Apa motif rakan tadi bertanyakan soalan tersebut.
Jangan-jangan dia perli saya tak?. Timbul persoalan demi soalan, persepsi demi persepsi
saya terhadapnya. Dalam hati berbisik,
“Kenopo yo kok
takon koyo guwi..., takonan nei’ koyo merli aku...”
Oh...saya sudah
semacam dapat jawapannya, mungkin juga dia mempunyai persepsi yang tidak baik
pada saya, sangkaan kurang baik dan bijak terhadap saya. Agak-agak dari mana
dia nampak saya berada di Galeri Sanggar Damai Abadi Dr Ghaffar Ibrahim, saya
cuba berfikir-fikir... “ Sekoh endi yo..?”, bisik hati saya dalam bahasa
jawa lagi. Mungkin dari laman facebook atau mungkin dia nampak saya semasa dia
rewang di kenduri kawin bersebelahan dengan rumah Dr.
Saya rasa dia
nampak saya bila sampai pagi itu di rumah Dr atau semasa aku berjalan seusai
menunaikan solat zohor di bahagian tepi rumah Dr bersama MBA SAN dan seorang
lagi lupa pula namnya, semua orang hebat-hebat tu, mungkin juga.masa itu dia nampak saya.
Ah...apa salahnya, saya ada hubungan dengan Dr Ibrahim sampai dia bertanyakan
soalan itu. Hubungan saudara seislam kan.
Oh...mungkin Dr
Ibrahim Ghaffar kan bekas pegawai Tun Mahathir, orang kerajaan, bila orang
kerajaan persepsi orang akan kata dia sokong Umno, begitulah agaknya kawan saya
tanya begitu, dengan soalan yang bernada sinis. Ya...politiklah ni, sebab saya
nampak berada di rumah Dr Ibrahim Ghaffar.
Sekali lagi saya
ulangi, Dr kan bekas orang kuat Tun, orang kerajaan, tak pun dia akan kata Dr
kan orang Umno, kenapa saya di rumahnya, apa hubungan saya dengannya, Itu yang
terpacul soalan itu kepada saya, seolah saya dah tukar genre atau aliran.
Aduh...aduh..aduh kok sampai begitu sekali lo..!. Saya yakin inilah persepsi rakan
tadi terhadap saya.
Dia tak tahu
lagi, apa sebenarnya saya berada di rumah Dr, semasa bersalam tadi di masjid
tak sempat mahu beritahu, tapi tidak mengapa, saya sudah tulis mengapa saya di
rumah Dr.Ibrahin Ghaffar dalam blog ‘Membaca Buku Minda Segar’ atau dia
boleh baca di laman facebook, yang saya juga post di situ.
Jika betullah apa
yang saya tuliskan ini tentang tanggapan dia terhadap saya, memang saya tidak
heran pun. Maklum dia seorang kuat dalam parti hijau, saya juga hijau tapi bila
hijau jumpa dengan biru bukan untuk apa, sekadar menimba ilmu penulisan itu pun
seolah sudah dianggap seperti tukar genre, tahulah apa jenis pemikiran.
Kita kini sudah
di era politik baharu, kenalah bijak dan matang, takkanlah salah bila orang
hijau jumpa orang biru. Berborak-borak, bertukar fikiran dan pandangan
takkanlah sampai tidak boleh. Mengambil ibrah dan belajar dari orang yang
berilmu dan bijak dalam bidangnya.
“Opo
hubunganmu karo’ Dr Ibrahim Ghaffar?”.
Masih
terngiang-ngiang di cuping telinga ini. Saya yakin lepas ini, kawan-kawan yang
lain akan turut memperli-perli. Mahu perli-perlilah, apa boleh buat, bukan saya
isi borang Umno pun jumpa Dr. Ibrahim Ghafar. Dr tidak sentuh pun cerita
politik dalam menceritakan pengalamannya dan pengalaman menulisnya.
Dr menceritakan
sesi-sesi menarik dalam kehidupannya, suka duka sebagai anak yatim piatu,
begelandangan hidupnya tika itu. Juga Dr menceritakan tentang pengalaman
misteri berjumpa Laksamana Hang Tuah. Cerita ini ada dibongkar di majalah
Mastika, jika tidak salah dalam keluaran Ogos dan September 2013.
Sahabat-sahabat semua boleh rujuk pada majalah tersebut.
Juga, Dr menceritakan semasa ditahan dibawa ISA, sebuah
universiti kehidupan yang pernah dirasai dan dilalui. Sesi menarik tentang
mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir ketika ada persoalan yang besar dalam
negara. Menurutnya Tun Mahathir seorang yang sering bangun malam untuk mengadu
pada Allah SWT bila ada sesuatu masalah yang tidak dapat selesai.
Dr menyaksikan
sendiri kerana beliau juga ada di sisinya, cerita ini mungkin tidak pernah kita
dengar. Yang kita sering dengar ialah sisi lain tentang Tun Mahathir. Soal Tun
dengan kelemahannya itu urusan Tuhan, semoga Allah memberi taufik hidayah padanya.
“Opo
hubunganmu karo’ Dr Ibrahim Ghaffar?”.
Ya, masih
terngiang-ngiang soalan dalam bahasa jawa itu... saya terus menuliskan
penulisan ini.
Semasa seisi
pengenalan diri saya menyatakan betapa baiknya kursus ini buat diri saya.
Kursus yang diadakan berdekatan tempat tinggal sungguh menyenangkan untuk turut
serta, murah pula, ada sarapan pagi dan makan tengahari. Turut dikongsi oleh
peserta-peserta yang hebat, yang mempunyai pengalaman luas cukup memberi
pengajaran buat saya.
Mana tidaknya,
seorang yang tidak pandai melukis pada mulanya dan bukan bidangnya tetapi
ketentuan Allah SWT telah menjadikan beliau seorang pelukis yang hebat. Hasil
lukisannya telah tersebar hingga ke Australia. Beliau menyertai kursus tersebut
kerana beliau akan cuba merakamkan perjalanan seninya dalam buku yang akan
ditulisnya nanti. Beliau yang saya maksudkan Saudara Abdul Ghafur Bin Haji
Tahir.
Seorang lagi
peserta yang juga hebat, sudah menulis sepuluh buah buku. Seorang bekas pegawai
kerajaan, jika tidak salah saya MBA SAN atau nama sebenarnya Muhammad Bin Ali.
Pengalaman luas di negara matahari terbit sehinggalah terbitnya sebuah buku
Travelog Japan. Dan banyak pengalaman-pengalaman menarik yang beliau ceritakan,
semuanya itu membangkitkan motivasi diri yang biasa-biasa ini untuk bersemangat
seperti mereka.
Jika kawan yang
bertanyakan, tentang hubungan apa dengan Dr Ghaffar Ibrahim, nah...inilah
jawapan saya, jika dia membaca tulisan ini, saya harap dia faham apa yang saya
buat di rumah Dr. Hubungan seorang penulis kecil dengan penulis besar itu
sahaja. Tiada apa-apa yang tersirat dan yang tersurat pun sudah saya nukilkan
di sini.
Dr juga seorang
ahli sastera, penulis puisi dan membaca puisi. Saya juga meminati puisi, penulisan
puisi yang baharu saya berjinak-jinak menulis puisi melalui esastera.com. Apa
salahnya saya belajar dari yang bijak dibidangnya.
Justeru itu,
untuk diri saya, apa pun orang kata, sebab orang memang suka mengata dan
berkata-kata, sampai bila pun orang akan tetap berkata-kata tentang sesiapa
sahaja yang mereka rasakan mahu dikatanya. Teruskan menulis dan menulis apa
sahaja selagi ada manfaatnya.
Apa yang penting
dari itu, agar penulisan yang ditulis akan dapat mengubah diri dan mengubah
minda masyarakat untuk lebih menghargai pemberian Tuhan. Hidup ini sementara,
sementara hidup inilah kita sedaya upaya melaksanakan apa yang dikehendaki-Nya.
Akhirnya, petikan
dari buku Pengakuan Penyair;
“Dari tanah
kita dijadikan, ke tanah kita akan dikembali. Berbudilah kepada tanah tanda
syukur kepada Tuhan. Nanti kita kan ditemukan kembali di Negeri Abadi dalam limpah
keberkatan yang berkekalan”.
Dr.Ibrahim
Ghaffar.
Sekian.
Masshah,
Meru.
Maksud bahasa
jawa:
1) “Opo
hubunganmu karo Dr Ghafar Ibrahim ?”
Apa hubungan awak
dengan Dr.Ibrahim Ghaffar
2) “Biasolah...”
Biasalah...
3) “Kenopo
yo kok takon koyo guwi..., takonan nei’ koyo merli aku...”
Kenapa ya tanya
macam itu, pertanyaaannya macam perli aku...
4) “ Sekoh
endi yo
Dari mana ya
No comments:
Post a Comment