Followers

Monday, November 5, 2012

Semangat Menulis






Saya merasakan begitulah agaknya perasaan seseorang penulis bila mana karya penulisannya di terima untuk diterbitkan sama ada di media cetak mahu pun di media maya, perasaan gembira berbunga-bunga dan semangat berkobar-kobar untuk menulis lagi dan lagi terselinap di dalam hati. Sungguh pengorbanan masa dan tenaga selama ini berbaloi kerana penulisan itu dibaca oleh khalayak. Menulis sesungguhnya memerlukan semangat dan minda yang kuat. Tanpanya kerja-kerja penulisan menjadi perlahan dan mengakibatkan pertangguhan.

Ini yang sering saya hadapi, semangat kendur dan hilang motivasi untuk menulis, Sedangkan saya mempunyai beberapa buah blog yang saya perlu update dan memerlukan saya melakukan kerja-kerja menulis diteruskan. Bila semangat kendur, kerja-kerja penulisan pun mula perlahan dan hilang tumpuan. Akibatnya medium blog yang diwujudkan tiada perkongsian untuk dikongsi bersama pelawat yang mengunjungi blog.





Semangat berputik kembali, bila saya menatap koleksi penulisan saya yang saya kumpulkan dan cetak untuk dibaca kembali. Diam tak diam banyak juga yang saya tulis melalui blog yang mungkin satu masa nanti boleh dibaca dan ditatap oleh anak-anak saya. Juga, semangat bangkit kembali bila menatap hasil penulisan terpampang di media maya dan diterbitkan. Semangat berkobar-kobar untuk menulis lagi bila menatap hasil penulisan masuk dan diterbitkan dalam majalah. Walau pun nampak kecil tapi ia mendorong untuk saya lebih kuat dan semangat untuk menulis dan menulis melalui medium blog ini.



Tak tahu lah saya sama ada penulisan saya dalam blog yang saya wujudkan dibaca atau tidak oleh orang ramai yang berkunjung ke blog saya. Apa yang penting bagi saya, saya akan cuba menulis dan berkongsi apa sahaja dalam warna-warni kehidupan kita sebagai manusia. Minat seseorang dengan seseorang sangat berlainan. Terpulang kepada mereka untuk membaca atau tidak segala penulisan saya yang saya terbitkan dalam blog. Kata orang medium blog adalah tempat untuk kita mencuba dalam bidang penulisan. Insyallah saya akan cuba dan cuba, hingga tulisan saya menjadi sebuah penulisan yang baik.

Saya akhiri penulisan saya dengan kata-kata seorang penulis ;

 “ semasa kita menulis di internet. Mengemaskini blog misalnya. Ada waktu-waktunya kita mesti paksa diri. Mesti paksa dengan sepaksa-paksanya. Jika tidak, kemalasan itu akan bermaharajalela dalam diri. Dan tulisan tinggal tulisan. “

Nimoiz T.Y

Jom membaca dan menulis.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA