Followers

Thursday, October 6, 2011

Pelbagai rasa dalam kehidupan


Syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT,dengan Rahmat dan kasih sayangnya masih bisa menghirup udara yang bersih,kehidupan yang indah dan harmoni.Salawat dan salam ke atas Nabi SAW,keluarga dan para sahabat dan sekelian orang yang beriman dan bertaqwa.

Alhamdulilah masih bisa bertemu lagi dalam arena alam maya ini,dalam siri berkongsi-kongsi cerita dan pengalaman hidup serta berkongsi-kongsi rasa hati yang saban hari kita lalui,sama ada suka,duka,gembira,ceria,pilu,rindu dan pelbagai rasa yang kita rasai dan nikmati dalam kehidupan ini.

Ada orang suka,gembira kerana apa yang di hajatinya di perolehi,bisnisnya sukses,ujian bulanannya dapat markah tinggi,naik pangkat dalam kerjayanya dan lain sebagainya.Ada pula yang resah gelisah,gunda gulana,dendam kesumat kerana apa yang di hajati dan di impikan gagal untuk di miliki,oleh itu jiwanya jadi kusut dan tidak bermaya.

Pelbagai rasa rentak hidup ini semuanya ini adalah kurniaan yang di berikan oleh Allah kepada kita semua.Jadi bagaimana kita menerimanya,adakah sabar atau reda atau sebaliknya.Kejadian yang menimpa sama ada baik atau buruk tidak harus kita merasa kecewa atau pun putus asa.Jika kita lakukan semata-mata kerana Allah,maka hasilnya sudah tentu menyenangkan,jika gagal pun tidak merasa apa-apa kerana sudah di nawaitukan hanya pada Allah.

Gagal dalam hidup,tidak semestinya gagal selamanya,adakalanya Allah mahu uji,maka dengan kegagalan itu kita dapat kembali semula memikirkan sesuatu yang baik pada diri,bertanyakan pada diri,haruskah selamanya begini,sedikit demi sedikit kita perbaiki kehidupan kita,dari satu tangga ke satu tangga atau sedikit demi sedikit perbaiki kelemahan yang ada selama ini.

Sentiasa mohon dan mengharap pada Allah agar membantu atas usaha yang kita lakukan.Apa yang penting adalah niat dan usaha untuk memperbaiki keadaan kembali semula,bahkan mungkin dengan lebih hebat dari sebelumnya.Kegagalan yang di sangkanya berterusan boleh berubah dengan adanya rasa dorongan yang kuat mahu berubah.

Inilah kehidupan,mahu tidak mahu kita teruskan jua,apa yang penting dalam hidup ini panduannya yang jelas.Jika panduannya jelas,maka matlamat hidupnya pasti cerah.Oleh itu ambilah panduan agama dalam memandu segenap kehidupan.Hanya dengan panduan agama lah kehidupan ini dapat di jalankan mengikut syariat yang di telah di jelaskan dalam kitab panduan iaitu Al-quran dan As-sunnah (Hadis).Itulah sebaik-baik panduan dalam meneruskan kehidupan yang pelbagai corak dan rentak ini.

Insyallah,dengan hanya merujuk panduan ini,ia tidak akan sesat selama-lamanya.Janji itu telah di rakam dalam sebuah hadis Nabi SAW.

“Dua perkara aku tinggalkan pada-mu,yang mana jika kamu berpegang kepada kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya,Tanya para Sahabat “apa dia Ya Rasulullah”.Ia itu Al-Quran dan As-Sunnah ku” kata Nabi SAW.

Justeru itu,marilah kita kembali dalam landasan yang sebenar dalam mengharungi arus kehidupan yang kian mencabar ini.Hidupkan cahaya agama dalam segenap kehidupan kita.Nescaya impian yang kita inginkan pasti akan di perolehi melaluinya.

Sumber:Nur Dania Balqis

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA