Followers

Sunday, April 12, 2015

Jangan Sekadar Teruja




Kita kadang-kadang sering teruja melihat sesuatu betul tak?. Lihat kawan kita boleh buat sesuatu yang kita sukar mahu lakukan sering kita berasa teruja,kagum, dengan kepandaian atau kebolehan seseorang. Mulut kita pun sering melontarkan kata-kata kekaguman…WOW!, hebatnya, terujanya…dan yang seumpamanya.

Bila kita lihat kawan-kawan kita memaparkan koleksi buku-buku di rak masing-masing di laman sosial seperti muka buku, blog, instagram dan sebagainya, kita akan rasa teruja dan kagum, lantas menulis komen atas keterujaan itu. Salah ke teruja?. Tak salah, tiada sesiapa pun menghalang untuk kita teruja melihat sesuatu. Hak masing-masing boleh melihat dan menilai.

Cumanya, jika boleh bukan sekadar teruja sahaja, jika kita boleh mencontohi kan’ itu lebih baik, bukan sekadar teruja selepas itu tiada apa-apa tindakan selanjutnya, contohnya seperti di atas tadilah.Mungkin pada mulanya amat sukar atau payah mahu mencontohinya. Tidak sepenuhnya pun, mungkin setakat yang kita mampu buat, setelah dicuba berkali-kali, akhirnya gagal juga, maka pasrah, memang takdir kita tidak semudah itu untuk mengikut cara mereka.

Jika kita teruja melihat kawan-kawan boleh menyediakan ruang bacaan di rumah, di sudut mana-mana di dalam rumah, kita teruja melihatnya, sedang kita belum lagi mempunyai seumpamanya, lalu kita ada niat mahu mengikuti cara mereka, segeralah mulakan sedikit demi sedikit. Mungkin pada awalnya, sediakan satu rak di sudut bahagian rumah, susun dengan kemas dan cantik, letak bahan bacaan yang kita ada, mungkin majalah, akhbar dan buku, lihat selalu.

Saya yakin lama kelamaan naluri keseronokan akan muncul di dalam hati. Ghairah membaca akan bertambah, apatah lagi mahu membeli bahan bacaan kegemaran, tidak kisahlah apa sahaja bahan bacaan yang diminati. Buku agama, novel, cerpen, buku puisi dan sebagainya. Perasaan di hati sudah berkira-kira, jika nanti bahan bacaan bertambah, rak buku mesti kena tambah, atau ubah tempat sudut bacaan ke sudut yang lain.

Dulu-dulu sewaktu bujang begitulah saya. Sering berangan-angan, jika ada bilik buku sendiri alangkah seronok dan indahnya…memang pun waktu itu saya sudah mulakan sedkit demi sedikit mengumpul buku-buku yang sudah habis dibaca, alangkah indahnya buku-buku akan bertambah dari sebulan ke sebulan, tahun ke setahun, lama-lama ber-rak-rak buku adanya.

Mana mungkin hati tidak seronok melihat semakin hari impian dari angan-angan tercapai. Setakat ini, Alhamdulillah, saya sediakan bilik untuk menyimpan koleksi buku-buku yang saya kumpul dari zaman bujang hinggalah sudah berkawin. Jadi tidak salah, jika kita mulakan dari perasaan teruja hingga kita berjaya merealisaikan seperti orang lain lakukan.

Apa pun, lakukan apa sahaja yang dapat mengembirakan hati kita. Saya percaya setiap dari kita ada punya keinginan masing-masing. Semoga keterujaan kita dalam melihat sesuatu dapat menginspirasikan diri. Insyallah, jika orang lain boleh lakukan, mengapa tidak kita.


Jom Membaca!.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA