Terimbau kembali
saat ziarah luar di kota Madinah, sewaktu ke Masjid Quba..., selepas menunaikan
solat sunat. Saya sengaja berjalan-jalan dibahagian luar hadapan masjid.
Terlihat kedai di bawah sana. Saya cuba memasukinya, sengaja ingin
melihat-lihat, sebenarnya ia sebuah pasar raya (Souq Quba’ Yar Harb). Menjual
pelbagai barangan keperluan.
Di satu sudut
bahagian saya terlihat rak-rak buku, ada bahgian menjual kitab-kitab.
Kebanyakan dalam bahasa arab, biasalah namanya pun di tanah Arab, bumi Madinah
yang berkat pula. Memang seronok tengok buku-buku, baik dalam negara atau luar
negara, perasaan terhadap buku sama sahaja.
Biar pun dalam
bahasa Arab, pegang-pegang, selak-selak biar pun tidak faham apa maksudnya.
Saya cuba mencari dan meninjau-ninjau mana tahu ada buku dalam bahasa Melayu.
Saya terlihat beberapa buah buku tulisan bahasa Melayu Indonesia, dalam hati
terdetik, “ada juga buku dalam bahasa melayu...”.
Saya teruja
melihatnya buku-buku tersebut, saya mencari tajuk-tajuk yang sesuai untuk saya
beli, kebetulan ada bawa duit lebih untuk ziarah luar. Akhirnya terpilih dua
buah buku yang antara tajuknya ‘ Menjadi Suami Penuh Cinta’ tulisan Imad
Hakim dan sebuah buku berkenaan Rasulullah bertajuk ‘Keagungan Rasulullah,
Seakan-akan Engkau melihatnya’, tulisan Zainudin Bin Qasim, kedua-dua buku
tersebut terbitan Darul Furqon, Arab Saudi.
Sekurang-kurangnya
ada ole-ole dari luar negara, minat dengan bahan bacaan maka beli jugalah buku
untuk kenangan. Nanti bila baca, boleh kenang-kenangkan sewaktu di Madinah.
Secebis kenangan di sudut buku di Pasar raya, Souq Quba Yar Harb di bahagian
hadapan Masjid Quba tidak akan luput dari ingatan ini.
Ia adalah memori
indah sewaktu umrah dan ziarah di kota Mekah dan Madinah. Semoga dengan
mengingatinya akan berputik kerinduan pada bumi yang suci tersebut.
Selamat membaca...!.
No comments:
Post a Comment