Segala
puji bagi Allah SWT, salam dan selawat ke atas junjungan mulia Muhammad Saw,
keluarga dan para sahabat Nabi Saw seluruhnya. Dengan rahmat dan kasih
sayangnya dapat saya menulis diblog ini setelah beberapa minggu tidak menekan
papan kekunci ini untuk menuliskan sesuatau yang bermanfaat untuk para sahabat
blogger dan pengunjung semua..Hari ini, dengan berbekalkan semangat zulhijjah
dan semangat korban saya sedaya upaya melawan rasa kemalasan untuk menulis di sini.
Saya
rasa begitu juga dengan para sahabat yang mengalami rasa malas mahu mengupdate
blog masing-masing, tidak seperti pada awal pembinaan blog, masing-masing
dengan penuh semangat ingin menulis setiap detik apa yang berlaku dalam
kehidupan kita semua mahu dikongsi dan dicatatkan. Situasi ini berlaku pada
setiap blogger begitu dengan saya. Kalau tidak manakan saya membina beberapa
blog untuk tujuan itu. Semangat untuk menulis berkobar-kobar pada awalnya,
sedikit demi sedikit kendur pula. Kini datang lagi semangat itu.
Semoga
kekal semangat untuk menulis disini. Begitu dengan membaca, Alhamdulillah
setakat ini semangat ini masih berterusan. Tempoh waktu saya tidak menulis
dalam blog saya manfaatkan dengan membaca. Sudah beberapa minggu saya
menghabiskan beberapa buah buku untuk dihadam. Semakin hari semakin membara
melihat buku-buku yang semakin bertambah. Mahu tidak mahu rak buku pun tambah
lagi, makin lama ruang bilik bacaan penuh dengan rak. Seronok lagi melihat
buku-buku yang tersusun rapi didalam raknya. Ia bagaikan motivasi untuk diri
agar terus bersemangat untuk membaca.
Semangat
menulis disini naik semula bila melihat buku-buku yang semakin banyak, Apatah
lagi melihat hasil penulisan yang saya tulis diblog saya print dan baindingkan
seolah seperti buku, masa depan boleh di baca oleh anak-anak saya.
Ya..begitulah seronok dan indahnya membaca dan menulis. Saya akhiri penulisan
ini dengan perkongsian sebuah tulisan dari penulis muda yang berjaya; saudara Nimoiz
T.Y.
JANGAN SEBUT PERKATAAN MALAS
Oleh: Nimoiz T.Y
Apa
salahnya menyebut perkataan malas? Tidak ada salahnya. Yang salah ialah apabila
dengan menyebut perkataan malas kita menjadi semakin malas. Sebenarnya, istilah
malas tidak pernah wujud. Yang ada ialah istilah lain. Misalnya, anda malas ke
dapur untuk membuat air. Anda sebenarnya bukan malas, tapi mungkin takut nak ke
dapur. Sebab ada hantu, contohnya.
Anda
sebenarnya bukan malas nak baca buku. Tapi sebenarnya berasa mengantuk. Anda
sebenarnya bukan malas nak menulis. Tapi sebenarnya badan lesu. Anda bukan
sebenarnya malas nak bekerja, tapi sebenarnya tubuh sakit-sakit. Ya, anda bukan
sebenarnya malas tetapi letih, mengantuk, lesu, kurang sihat, tidak bermaya,
sakit kepala, tidak ada “mood”, banyak fikirkan benda lain, kerja yang perlu
dibuat agak sukar dan lain-lain.
Tidak
ada jawapan mudah untuk semua soalan ini – soalan malas! Kecuali mencari
penyelesaian sendiri. Contohnya, antara sebab-sebab lesu ialah kurang bersenam.
Antara sebab selalu mengantuk ialah kurang tidur. Antara sebab tidak bermaya
dan sakit kepala ialah cuaca panas. Oh ya, kalau cuaca panas nak atasi macam
mana? Banyakkan minum air, misalnya.Pengajaran hari ini tidak ada apa-apa.
Tulisan ini pun pendek sahaja. Sebenarnya saya malas, opsss...sebenarnya saya
mahu supaya ada tulisan terbaharu dipaparkan di sini. Kalau tidak ada tulisan
terkini, nanti pengunjung akan malas ke sini, opsss, bukan malas, tapi tidak
ada semangat datang ke sini.
Bangun
bangun, jangan malas-malas, jangan sebut perkataan malas, dan menulislah! “
Sumber:
Portal eSasterawan.Net
Jom Membaca Dan Menulis....!
No comments:
Post a Comment