Followers

Wednesday, October 31, 2012

Membaca Minda Menjadi Segar






Sedang membaca ?, baguslah begitu dan tahniah lah kerana menjadikan membaca sebahagian aktiviti kehidupan sahabat semua. Mungkin membaca antara aktiviti selain beriadah, berjalan di taman, bershoping dan sebagainya. Biar pun sekejap sekadar lima minit, dua muka surat, seminggu satu buku, sebulan dua buah buku, syabas dan tahniah sekali lagi. Apa yang penting agenda membaca ada dalam dairi kehidupan yang sedang kita harungi sekarang. Alah sekadar membaca akhbar, kira baik juga lah tu, tak kanlah itu pun tiada masa dan jawapan yang biasa dengar malas...ya malas!.

Sekadar membaca sms itu pun malas tak tahulah apa nak cakap. Membaca signboard, membaca juga, jangan sampai tidak mahu baca signboard nanti sesat jalan pula dek’ kerana malas sangat membaca, jadi sesat jalan yang mahu di tuju. Begitu sekali malasnya?, Itu sudah kira teruklah, siapa yang susah?, diri sendiri yang susah sebab malas membaca biar pun sekadar maklumat jalan di signboard.

Jadi, penting atau tidak membaca itu?. Ya amat penting dan sangat penting. Tak payahlah saya tulis panjang-panjang tentang pentingnya membaca. Saya yakin semua orang sudah bijak-bijak dan faham tentang faedah membaca. Ada yang sudah menjadi guru, ustaz, professor, mufti, kadi, Tuan Hakim, Ulamak, dan sebagainya. Mereka tahu dan faham faedah membaca, sebab itu mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing. Di sebabkan dengan membaca inilah mereka berjaya hingga sampai kemuncak yang di hajatinya.

Sampai begitu sekali hasil dari membaca?. Ya begitulah, dari tidak tahu hingga jadi tahu, dari tidak faham jadi faham dan memahami., dari kurang mahir jadi mahir dan sebagainya. Hebat bukan kuasa membaca ini. Dalam quran sendiri menyebut seruan agung dari yang Maha Agung, seruan Iqra itulah yang menyeru junjungan besar Nabi SAW agar mengikuti apa yang diungkapakan oleh Jibril a.s seperti yang termaktub dalam kitab suci Al-Quran.

Minda akan segar jika selalu di sirami dengan membaca (ilmu), kitab Al-quran yang hebat, panduan dan manual kehidupan setiap insan muslim dan seluruh umat manusia, ia menunjuki manusia tentang kebenaran. Dan pelbagai lagi keindahan isikandungannya yang dapat di cerna oleh setiap yang membacanya. Ketenangan dan kesegaran minda pasti di perolehi dengan membacanya. Hebat bukan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi SAW ini?. Ingin menafikannya?. Ia bukan sekadar panduan tetapi lebih daripada itu, mencakupi setiap ruang kehidupan umat manusia.

Nah, alasan apa lagi bagi kita yang sering mengungkapakan rasa malas, tidak ada masa dan pelbagai alasan untuk kita tidak mahu membaca. Jangan lah sampai kita menafikan seruan membaca itu adalah seruan Agung dari yang Maha Agung. Jadi, apa lagi di tunggu membacalah (membaca yang berfaedah termasuk menjadikan minda kita segar ) sekarang?.

Jom Membaca Dan Menulis.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA