Followers

Monday, June 18, 2012

Ahad Yang Syahdu




Hari Ahad merupakan hari cuti,ramai orang biasanya hari Ahad hari berehat,ada yang berjalan-jalan bersama keluarga,mungkin juga ada yang berziarah keluarga di kampung,bertemu Ayah Ibu dan ada juga yang masih membuat kenduri kawin,ada juga yang asyik tidur sahaja di rumah,maklum 5 hari atau 6 hari asyik bekerja,Ahad betul-betul hari  untuk berehat sahaja di rumah.Apa pun terpulang kepada masing-masing untuk memanfaatkan hujung minggu masing-masing.Semua terserah kepada kita untuk menguruskan hari Ahad itu.

Semalam (17hb 06 2012-Ahad) ada dua peristiwa yang saya hadiri,peristiwa pertama;

“Setiap yang bernyaw pasti akan menemui maut (kematian)”,maksud Quran.

Ziarah kematian.

Ziarah kematian orang kampung,satu kariah.Malam tadi menerima sms dari kawan memberitahunya.Menurut ceritanya penyakit paru-paru.Begitulah adat dan adab bila ada kematian semua orang kampung yang berkesempatan akan datang menziarah,untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.Ia merupakan budaya yang di galakan dan amat di anjurkan oleh agama Islam. Kematian datang tiba-tiba,tiada siapa yang tahu,empunya dirinya pun tidak tahu masanya.Itulah suatu yang pasti yang semua orang akan hadapi.Tapi kenyataan yang pasti bila dan di mana kita tidak tahu.

“,,Katakanlah bahawa sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri dari padanya itu,pasti akan menemui kamu,kemudian kamu senua akan dikembalikan ke-Dzat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta nyata.Selanjutnya Dia akan memberitahukan padamu semua apa-apa yang kamu lakukan.” Surah Jumu’ah 8.

Ziarah kematian benar-benar menginsafkan kita,ia menjadi bahan muhasabah diri,hati yang keras akan lembut dan insaf jika di bawa ke satu majlis kematian,hati sentiasa beristighfar,merenung-renung kedalam diri,bertanya-tanya bila tiba masanya giliran aku pula,itulah bisikan hati kita.Hari ini keluarga kita,kawan kita,sahabat rapat kita,esok,lusa kita pula siapa yang tahu.Ziarah kematian benar-benar memberikan kita keinsafan yang mendalam.

“,,Perbanyakkanlah mengingat kematian,sebab yang demikian itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia”. Hadis Nabi Saw,diriwayatkan oleh Ibnu Abiddunya.

Namun di situ masih ada sesi negatif dan tidak patut dilakukan oleh setiap yang bernama penziarah.

Situasi Di Rumah

Situasi kematian sudah pastinya sayu,syahdu,rasa keinsafan yang mendalam menyelimuti setiap penziarah.Ahli keluarga si mati apatah lagi,sedih,pilu yang amat dengan kehilangan seorang yang di kasihi.Tergambar saat indah dan manis ketika bersama keluarga tersayang sudah tentunya melahirkan kesedihan pada keluarga si mati saat itu.Setiap orang akan melalui situasi itu,bagi saya,tak tergambar andai saya yang melaluinya...ya...Allah,kuatkan dan tabahkanlah hati hambamu ini sekiranya akan berlaku dikalangan keluarga hamba pergi terlebih dahulu...”.

“,,,”Tidak seorang pun dari kaum muslimin yang ditinggal mati oleh tiga orang anaknya,kemudian ia menyerah pada takdir Allah itu,melainkan mereka itu akan menjadi perisai baginya dari pada api neraka”.

,,Ada seorang wanita yang bertanya:,,Jikalau hanya dua orang anak,bagaimana ya Rasulullah (Maksudnya apakah juga dapat menjadi perisai orang tuanya daripada api neraka)?”.

Beliau SAW lalu menjawab:,,Ya,dua pun dapat juga”

Hadis diriwayatkan oleh Muslim,Al Bazar dan At-Tabrani

Namun di situ,masih ada lagi hati-hati manusia yang tidak begitu sensitif, syahdu dan sedih dalam situasi majlis kematian,mereka berbual-bual sesama mereka,menghisap rokok,ada gelak ketawa dan pelbagai ragam dan gelagat manusia ketika menziarahi majlis kematian.Rasa sedih,pilu,syahdu dan yang penting insaf bagai tiada.Dalam majlis sebegitu pun kita masih ketawa-ketawa,gelak-gelak,lucu-lucu...ya itulah situasi yang kita sering kita lihat di majlis kematian.

Mana rasa insaf dan kesedaran kita tentang kematian?.kematian bukan perkara main-main,ia akan melalui saat getir atau bahagia si mati,kita juga bakal menyusul satu masa nanti.Cuba bayangkan ketika kita sedang ziarah,kita gelak ketawa,berlucu-lucu,tiba-tiba Allah cabut nyawa kita di situ juga dalam majlis kematian,apakah itu tidak menginsafkan kita lagi?.Tulisan ini sekadar mengingatkan diri sendiri dan mungkin yang biasa dapat melihat dalam situasi ziarah kematian,Rasanya kita masih banyak kena belajar dan menjaga adab-adab ketika ziarah kematian.

Situasi Di Tanah Perkuburan

Di sini juga masih ada lagi hati-hati manusia yang tidak peka.Tempat di mana semua orang akan di simpan di situ.Rumah yang akan memayungi kita satu masa kelak.Entah bahagia atau derita,tenang atau sengsara.Dalam keadaan ini sudah pastinya ia kan memberi keinsafan dan kesedaran kepada setiap penziarah.Ia akan memotivasikan kita tentang tempat tinggal kita yang pasti.Dari tanah kita wujud dan dari tanah kita di kembalikan dan kedalam kubur kita akan di semadikan.

Itu pun masih ada lagi manusia-manusia yang tidak merasa apa-apa ketika datang ke situ,Masih ada yang berbual-bual,gelak ketawa,berlucu-lucu,gurau senda kadang-kadang bernada mengena kawan.Ya..di kawasan perkuburan di tempat di mana kita semua akan di tempatkan di situ,itu pun masih tidak mengentarkan hati-hati kita bahawa kematian itu pasti menjenguk dan menjemput semua.

Kita masih bisa berlucu-lucu,berbual-bual kosong yang tentunya tidak memberi faedah kepada kita.Bukankah lebih baik kita beristighfar,berzikir dalam hati masing-masing,Menghadiahkan fatihah kepada si mati dan juga penghuni abadi di situ.Ya,bukankah itu lebih molek daripada kita terkekeh-kekeh dan berlucuan di saat orang lain berduka dan bersedih?.Jadikanlah tanah perkuburan motivasi untuk kita.Cuba fikir dan renungkan,hari ini kita tinggal di rumah yang hebat,megah,besar,berhawa dingin dan sebagainya,tapi bila saat pasti mati menjemput tiba,kita akan di mandikan,dikafankan,di solatkan dan yang akhirnya kita akan di kebumikan (tempat tinggal;luas atau sempit?) di tanah perkuburan yang sepi dan senyap sunyi itu.Apakah tidak menginsafkan kita lagi?.

Malah,dalam teknologi yang semakin hebat dan canggih,turut dibawa bersama-sama telefon bimbit,ipad dan sebagainya ke tanah perkuburan,apakah salah perkara ini?.Ya,rasanya tidak salah dan memang perlu,namun apa salahnya kita tidak membunyikan nada dering yang ada kalanya kita lupa mahu mematikan,Gunakan gegeran apa salahnya tanpa nada dering.Situasi ini berlaku,kadang-kadang bila mana Tuan Imam sedang membacakan talkin,kelam kabut di buatnya si pemilik handphone untuk mematikannya.Orang ramai akan tertumpu kepadanya.Nada dering pula lagu yang tidak kena pada situasi dan tempatnya.Siapa yang malu rasanya?.

“,,Cukuplah kematian itu sebagai penasihat”


Cukuplah sekadar memberi ingatan pada diri dan mereka yang mahu menerima pandangan ini.Moga dapat memberi bahan fikir untuk kita sama-sama memperbaiki adab-adab dalam kita menziarahi kematian.Hari ini jika kita lakukannya,akan datang orang lain akan lakukannya ketika ziarah kematian kita.Apakah kita mahu situasi itu berlaku dalam majlis kematian kita?.

Justeru itu.kematian itu,bila mana sudah sampai masanya akan datang menjemput kita.Bersiap sedialah untuk menerima kedatangan kematian itu.Pastikan bekalan yang kita akan bawa mencukupi untuk kita mendapatkan nikmat bahagia di sana.Jika tidak sengsara akan menanti kita.Oleh itu,semoga kita menjadi seorang penziarah yang baik dalam majlis kematian yang kita ziarahi.Saya akhiri penulisan ini dengan maksud sabda Nabi saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Abiddunnya;

“,,Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu.Merka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat”.

Sekian.

2 comments:

  1. Assalamualaikum WBT

    Blog buku yang sangat menginspirasikan para pencinta buku. Terdapat banyak entri-entri menarik yang boleh dijadikan ilmu buat pembaca. Diharap Shah akan terus giat menulis untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan idea buat pembaca seperti saya. Semoga kebaikan menulis di blog ini menjadi jariah semasa hidup mahupun setelah meninggal kelak. Ameen.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,Terima kasih atas kesudian singah di blog ini.Insyallah,semoga bermanfaat buat semua.Membaca,membaca dan terus membaca.

    ReplyDelete

DEMI MASA