Followers

Wednesday, March 25, 2015

Beli Buku Kena GST








Panas memang panas, sepanas cuaca sekarang, cuaca sekarang memang panas, suhu politik tanah air pun sepanjang masa panas. Hati-hati manusianya semakin hari semakin panas. Mana tidak panasnya, sebab mereka bikin hati kita panas. Apa pun tak boleh!.

GST?, apa ke bendanya itu …kalau kita tengok iklannya di tv, gah bagai, GST macam bagus, seolah boleh mengkaya-rayakan rakyat jelata, yang sememangnya ingin kaya. Siapa yang tidak mahu kaya?. Kan ramai yang sering berKALAU-KALAU…KALAU AKU KAYA!

Saya, andai ditakdirkan kaya, mahu beli buku banyak-banyak, tambah koleksi bahan bacaan dalam bilik buku. Ada juga angan-angan bina perpustakaan yang indah, perggh, siapa yang tak mahu kaya?,

Kalau aku kaya….macam ada sebuah lagu tu…entah saya pun tak tahu siapa yang nyanyi lagu tersebut. Lama sudah tidak buka siaran radio yang ada lagu-lagu ni. Sungguh!.

Masa tu jika sudah kaya, ada GST pun GSTlah, tak ada hal punya. Maklum sudah kaya apa pun boleh buat. Tidak macam sekarang, ramai yang kata ‘Apa Pun Tak Boleh!’. Alahai…alala…hai!.

GST?, Senang cakap cukai barangan dan perkhidmatan, nilai cukai yang dikenakan 6%. Entahlah, itu yang setakat saya tahu, selebihnya tengok dalam iklan macam bagus sangat, tunggulah nanti, 1 April 2015, hari yang bersejarah dan indah buat rakyat Malaysia, sangat ditunggu-tunggu mereka yang merindui GST…macam rindukan kekasih katanya…GST…cepatlah hadir ke sisi kami…itu menurut mereka yang menyokong tegar, dulu, kini dan selama-lamanya.

Mereka kata GST banyak turun harga barang, entahkan ia entahkan tidak, tengok makin mencanak mereka naikan barang, perkhidmatan awam pun mereka mahu naikkan, tapi dengar ceritanya tangguh dulu, maklum orang besar sudah bersuara. Biasalah kalau orang-orang besar bersuara, cepat sahaja tunduk dan patuh, kononnyalah.

Satu lagi ni, dengar kata buku pun kena GST, alahai…alala…hai, ilmu pun nak jual beli, betul-betul perihatin mereka. Entahlah…GST oh GST hebat penangan mu. Saya secara pribadi memang tidak bersetuju dengan GST, banyak sebab, saya rasa sebab saya sama dengan apa yang ada dalam pemikiran kawan-kawan.

Nanti kalau saya tulis berjela di sini tentang sebab-sebab tidak setuju, takut pula dikatanya cakap politik pula, maklum pasti akan menyentuh sesetengah pihak dan kerajaan yang ada. Cukuplah, tak perlu saya tulis berjela fasal sebab.nol.

Oklah, kalau sudah pihak kerajaan hendak sangat dengan GST dilaksanakan pada 1 April 2015 nanti(kalau kerajaan sampai hatilah). Apa hendak dikatakan lagi. Mereka berkuasa boleh buat apa sahaja. Terpaksa kita ikut, walau kita tidak setuju, hati panas marah sekali pun, mereka tetap mahu kuat kuasakan juga.

Bukan tidak ada bantahan, dari pihak pembangkangnya, Ngonya, dan ada yang buat demontrasi, malah ada yang kena tangkap masuk lokap, gara-gara membantah GST, tak mengapalah, mereka sanggup menanggung risiko demi GST tidak dilaksanakan, mereka buat demontrasi pun untuk rakyat,mereka sanggup lakukan biarlah, bukan mereka mahu gulingkan kerajaan pun, mereka sekadar unjuk rasa. Dalam perlembagaan Negara sudah termaktub hak bersuara, selagi tidak memudaratkan, tanpa senjata. Betul tak?, wah ni dah masuk bab politik ni…terpulanglah, tidak salah pun berpolitik, janji jangan main kotor dalam berpolitik. Cukup.

Bantah macam mana sekalipun, akhirnya kerajaan mahu laksanakan juga…nak buat macam mana?. Sabar sahajalah yang boleh saya katakan, dan sudah pastinya rakyat pun begitu, cuma perasaan bercampur-campur…geram, sakit hati..alahai…alala hai…

Balik semula fasal buku kena GST, macam yang saya katakan tadi, segala macam telah dilakukan untuk tidak dilaksanakan GST, tetapi akhirnya berjalan juga, pasrah sahajalah…Buku kena GST…takkanlah terus tidak mahu beli buku, mahu tidak mahu kena beli juga, takkanlah mahu diulang-ulang buku lama(bukan tak boleh).

GST pun GSTlah, jika dah minat dengan buku, cinta, sayang, ghairah dan seumpamanya dengan buku, beli tetap beli, baca tetap baca. Itu secara pribadi pada diri saya lah. Masing-masing ada pendirian. Jika bolehlah, saat-saat akhir ni, kerajaan boleh batalkan GST untuk buku lagi baik kan?...Atau lebih baik, GST tidak ada untuk semua? Amcam? Boleh dipercayai…terpulang!.

Oklah, cukuplah setakat ini saya mengomel fasal GST, tulis panjang berjela nanti tidak terbaca pula, cukupah ringkas-ringkas yang penting mesej difahami. Selamat mengharungi GST yang mengkayakan rakyat…menurut ceritanya.

Selamat menikmati GST kepada semua pencinta buku!

Jom Membaca.


2 comments:

  1. Kayakan rakyat kalau yang memang dah kaya macam lagu Kalau Aku Kaya tu. Tapi macam kakak ni anak-anak semua masih perlukan buku dalam pembelajaran mereka. Hanguslah jawabnya... memang tak patut kalau beli buku pun kena GST.

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak, GST membebankan rakyat bukan makin menyenangkan,terima kasih sudi jenguk blog ku ini. Salam Ukhwah kak!

    ReplyDelete

DEMI MASA