Semasa
membelek-belek majalah Al-Islam keluaran bulan november 2013, saya tertarik
dengan satu tulisan yang bertajuk ‘Bagaimana Membaca Merangsang Otak?’.
Maka dalam kesempatan penulisan ini saya coretkan semula beberapa perkara
tentang tajuk di atas;
1) Membaca satu
senaman minda. Dengan membaca, sel-sel otak akan menjalankan proses aktif minda
menyebabkan seseorang mampu berfikir dengan baik.
2) Otak lebih cepat
fokus. Melalui pembacaan, otak akan lebih fokus ketika melakukan aktiviti.
3) Membaca
meningkatkan kreativiti berfikir. Apabila seseorang banyak membaca, ia pastinya
mempu mengeluarkan idea-idea di luar kotak.
4) Membaca rangsang
memori. Jika memori tidak dirangsang, ingatan akan lemah. Permainan teka teki
lebih mudah untuk meningkatkan memori. Sekali gus elak nyanyuk di usia tua.
5) Membaca
tingkatkan kemahiran komunikasi. Dengan banyak membaca, banyaklah pengetahuan
yang akan diperoleh sekali gus membina keyakinan untuk komunikasi dengan
sesiapa sahaja.
Semoga fakta-fakta
di atas memberi suntikan motivasi kepada semua.
Selamat membaca!.
No comments:
Post a Comment