Sebuah Catatan Dari Seorang Penulis
Melihat kesungguhan para penulis menukilkan apa yang
dialami dalam kehidupan mereka dalam bentuk buku sama ada penulisan berbentuk
cerpen ,sajak,tarvelog kehidupan dan sebagainya sangat mengujakan saya sebagai
pembaca.Mana tidaknya segala pengalaman mereka dilakarkan dalam bentuk sebuah
buku.Ini menarik minat saya sebagai pembaca untuk cuba-cuba melakarkan apa yang
terjadi dan yang telah terjadi dalam kehidupan saya selama ini.Sekadar
berkongsi-kongsi pandangan.
Penulisan dalam blog telah menarik minat saya untuk
menukilkan apa-apa sahaja yang berlaku dalam lingkungan yang telah saya
alamai.Sesungguhnya membaca buku-buku dari penulis yang hebat melahirkan minat
dan keinginan saya untuk turut melahirkan tulisan berbentuk pengalaman yang
pernah dilalui.Biarpun pengalaman itu tidak sehebat mana pun,ia nya hanya
sekadar perkongsian pengalaman hidup
dari insan biasa seperti saya.
Melalui penulisan blog,saya dapat meluahkan
pengalaman,pandangan,peristiwa dan sebagainya yang sedang di alami.Dari
kelahiran seorang cahaya mata(BLOG NUR DANIA BALQIS) hinggalah
warna-warni politik Negara yang semakin panas(MUHAMMAD ANAS).Dari ruang
hobi dan kegemaran saya kongsikan blog berkenaan buku(JARINGAN PERKONGSIANMINDA ANDA).Ia sebahagaian dari kehidupan saya.Amalan membaca ingin
dijadikan budaya dalam kehidupan rumahtangga yang di bina.Melaluinya kita
mendapat pelbagai faedah yang tidak didapati oleh mereka yang tidak menyukai
amalan membaca.
Penulisan melalui luahan rasa hati,penulisan berbentuk
puisi ataupun sajak juga saya wujudkan dengan terbinanya satu blog yang saya
namakan AKU BUKAN SASTERWAN,Ia nya mengandungi hasil nukilan rasa
melalui penulisan sajak atau puisi,ia bukanlah sehebat mana,sekadar meluah rasa
yang berbuku di hati.Sebenarnya apa yang kita lihat,dengar dan lalui itu semua
adalah bahan cerita yang boleh kita kongsi bersama.Begitulah rupa-rupanya
penulis-penulis hebat yang ada ditanahair kita mengolah ilham hingga menjadi
sebuah catatan yang indah dan unggul malah hebat sekali.
Dari catatan kehidupan,pengembaraan,surat-surat,rintihan,keluhan
dan pelbagai lagi dapat dikongsikan bersama pembaca-pembaca.Mereka mempunyai
ruang waktu untuk terus berkarya kerana segala ilham sering mereka cari mahupun
pada diri mereka mahupun yang mereka imaginasikan.Realitinya mereka adalah penulis
yang sentiasa peka tentang persekitaran kehidupan yang dilaluinya.Ruang lingkup
karya mereka bukan sahaja dari sudut pribadi,namun segenap peristiwa dan
kejadian di persekitaran mereka merupakan bahan karya yang di nukilkan untuk di
kongsikan bersama.
Sesungguhnya apa sahaja yang
terlintas,terbuku,terlihat,terdengar dan apa sahaja yang diimaginasikan boleh
sahaja menjadi sebuah catatan perkongsian yang menarik dan bermanfaat.Kekaguman
melihat para penulis tanahair dengan karya masing-masing membuatkan saya
bercita-cita dan berimpian untuk mengolah sebuah karya untuk peninggalan warisan akan datang.Namun entah
kapan ia nya kan menjadi realiti.Atau kah ia nya hanya angan-angan saya,atau
sekadar impian dan angan-angan sahaja.?
Jom Membaca.
(Tulisan ini sekadar pandangan penulis blog ini,salah dan silap mohon di komen)
No comments:
Post a Comment