Followers

Friday, August 19, 2011

RAMADAN TERAKHIR ?

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Ramadan hanya tinggal beberapa hari lagi,ia pasti akan pergi dan meninggalkan kita.Sewaktu kita menunggu kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan itu,terasa lamanya ia akan menjelma tetapi hari ini Ramadan sudah mahu meninggalkan kita lagi,hanya tinggal beberapa hari lagi sahaja kita boleh bersama-sama dengan bulan yang mulia ini.Pejam celik-pejam celik Ramadan bakal menghilang lagi.

Setahun lagi kita menunggu,itu pun jika umur kita panjang dan masih lagi di izinkan untuk kita menemuinya semula.Seperti tahun-tahun yang sudah,begitulah impian kita,mengharap dan memohon supaya kita di pertemukan dengan Ramadan,begitulah tahun ini juga kita mengharapkan tahun hadapan boleh jumpa lagi dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan.Setiap tahun begitulah azam dan tekad kita.

Namun sejauh manakah kita benar-benar menghayati dan seterusnya melaksanakan tuntutan Ramadan yang mulia ini.

Atau hanya sekadar menahan lapar dahaga semata-mata atau sebaliknya kita isi Ramadan dengan pelbagai aktiviti ibadah yang sangat banyaknya.Jika itu,syukurlah kerana kita telah di pilih Allah kerana menjadi hambanya yang benar-benar menghayati Ramadan dan mengimarahkan setiap saat atau minit kita di isi dengan sesuatu yang sangat menguntungkan kita kelak.Ramadan yang kita harapkan saban tahun kita akan menemuinya kita isi dengan tuntutan iman dan taqwa.Tahniah kepada semua...!.

Jadi,Ramadan yang tinggal beberapa hari lagi ini,jangan di persia-siakan,kita teruskan dengan amal ibadah dan sesuatu yang bermakna dalam diri kita,keluarga dan juga masyarakat kita.Apa pun yang kita harapkan saban tahun agar di pertemukan semula dengan Ramadan itu belum tentu,kerana ajal maut hanya Allah yang tahu.

Mungkin,Ramadan kali yang terakhir untuk kita...siapa tahu?. Atau mungkin Ramadan kali ini Ramadan Terakhir untuk saudara-saudara kita..Siapa tahu?..Atau mungkin Ramadan kali ini Ramadan Terakhir buat insan-insan yang kita sayangi dan kasihi...Siapa tahu?.Biarlah perkara ini kita serahkan sahaja pada pengetahuan Allah,kita teruskan segala amal bakti kita yang bakal kita bawa ke negeri yang abadi.

Kita mengharapkan segala amal ibadah kita,puasa kita dan semuanya,mudah-mudahan di terima oleh Allah SWT.Dan kita mengharapkan juga agar matlamat akhir dari ibadah puasa kita akan membuahkan apa yang terakam dalam kalimah suci...”..Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang berTAQWA..”.itulah anugerah yang tertinggi hasil dari ibadah puasa yang kita tunaikan dan tuntutan-tuntutan yang lainnya dengan ikhlas dan tulus semata-mata kerana Allah SWT.Sesungguhnya penganugerahan yang sangat di idamkan oleh semua orang-orang yang beriman.

Semoga kita antara kelompok insan yang terpilih dalam anugerah tersebut.

Amin...Amin..Amin....!!!.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA