Followers

Wednesday, December 1, 2010

Jom Kenali: Zamri Mohammad

Zamri Mohammad


ZAMRI MOHAMAD
dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan media. Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.

Beliau pernah muncul di dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Kampus, Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui ruangan Akademik, Berita Harian melalui ruangan Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi, Dewan Bahasa dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan Siswa.

Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV. Menjadi pembantu koresponden Malaysia bagi Islam Online, sebuah agensi berita antarabangsa yang beroperasi di Dubai, Emeriah Arab Bersatu.

Pernah menjawat jawatan pembantu kepada Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada tahun 2002-2005, beliau pernah menjadi penyelidik bebas secara sambilan bagi sebuah konsultan perunding perniagaan kecil, Sprint Marketing Concept di Kuala Lumpur. Melalui konsultan perniagaan kecil yang telah beroperasi sejak tahun 1996 ini, tugas beliau melihat trend dan perkembangan bisnes kecil khususnya dalam bidang francais dan F&B (Food and Beverages) melalui kenyataan media.

Zamri Mohamad adalah jurulatih penulis dan pengendali bengkel penulisan buku non fiksyen.
Aktif melibatkan diri sebagai peserta dalam program-program seminar-seminar, kursus, bengkel, pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar di peringkat tempatan, nasional, asia tenggara dan antarabangsa. Ini untuk membantu beliau dalam menghasilkan penulisan yang bermanfaat untuk dikongsi orang ramai.

• Layari www.zamrimohamad.com
• Sertai komuniti Zamri Mohamad di Friendster klik logo ini
• Bengkel dikendalikan oleh Zamri Mohamad

Buku-buku dihasilkan.

• Tahun terbitan 2006: Memahami Bahasa Cinta Lelaki.

• Tahun terbitan 2006: 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki.

• Tahun terbitan 2006: Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas.

• Tahun terbitan 2007: Magnet Cinta.

• Tahun terbitan 2008: Rahsia Bisnes Mamak. Ditulis bersama Muhammad Faisal Sharbudin.

• Tahun terbitan 2008: Mempengaruhi Bos Cara Streetsmart. Ditulis bersama Mohd Firdaus
Hamsin.

• Tahun terbitan 2008: Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Ditulis bersama Ahmad Yahya Fadzli Jusoh

• Tahun terbitan 2008: Tip Karier untuk Wanita Moden

• Bakal terbit! Tahun terbitan 2008: Menjadi Menjadi Isteri Sehebat Khadijah. Ditulis bersama Imran Yusof.

• Bakal terbit! Tahun terbitan 2008: Cashflow untuk pengantin baru ditulis bersama Shamsuddin Kadir.

• Bakal terbit! Tahun terbitan 2008: Tip menjadi penulis Best-seller.

Pencapaian buku

• Keempat-empat buah buku iaitu Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, Magnet Cinta dan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas memasuki Singapura dan melalui National Library Board (NLB) Singapura, buku tempatan ini berada di perpustakaan-perpustakaan komuniti Singapura.

• Buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, Magnet Cinta juga dijadikan bahan perpustakaan komuniti kelolaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Malaysia.

• Buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki dan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas diulang cetak.

Media

• Muncul dalam ruangan Bual Bahasa, majalah Dewan Bahasa. Temuramah oleh editor, Puan Ritah Yahaya pada Mac 2008.

• Muncul dalam ruangan Sastera, Berita Harian. Tulisan Tuan Nazmi Yaakub pada 27 Disember 2007.

• Muncul dalam majalah Quill edisi Ogos 2007 terbitan MPH Bookstores Sdn Bhd.

• Muncul dalam ruangan Author Highlight majalah PopClub Mac 2007 terbitan Popular Book Co. (M) Sdn

• Muncul dalam ruangan Resensi, Selamat Pagi Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kendalian pengacara televisyen, saudara Syed Munawar.

• Temubual oleh saudari Suhada Masri dalam ruangan Bicara Pengarang, ruangan Sastera dan Budaya, Berita Harian pada Mei 2006.

• Temubual oleh saudari Wan Maidatul Razimah Shamsudin dari majalah Perempuan keluaran Mac 2007.

• Temubual ruangan Pendapat, Isu Hiburan Dalam Islam oleh saudari Zalmimazura Zahari dari majalah I pada tahun 2006.

• Temubual ruangan Pendapat, Isu Saudara Baru oleh saudari Zalmimazura Zahari dari majalah I pada November tahun 2007.

Penglibatan

• Mengendalikan bengkel asas penulisan buku di Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor, pada 15 Mac 2008.

• Mengendalikan bengkel penulisan remaja, Teknik Menulis : Teori dan Praktikal 2007 bagi anggota Kelab Kreatif, Pusat Ilmu Asas UIAM dan ahli-ahli PKPIM di Janda Baik, Pahang Darul Makmur

• Penggerak program Penulis Bersama secara online dan sistem mentor bagi siri buku profesional dan bantu-diri.

• Melibatkan diri secara langsung sebagai satu-satunya penulis muda Malaysia bagi laman web Indonesia Tercinta. Sebuah laman web yang menghimpunkan penulis-penulis muda dari seberang.

• Ahli maya Writers.net. Sebuah laman web yang menghimpunkan penulis-penulis dari seluruh dunia.

• Muncul dalam program Bicara Buku anjuran bersama PTS Professional dan rangkaian kedai buku MPH di Wangsa Maju sempena program Bersama Penulis pada November 2007 .

• Muncul dalam program Bicara Buku anjuran bersama PTS Millennia dan rangkaian kedai buku MPH di Alamanda dan Wangsa Maju sempena program Semarakkan Cinta pada Febuari 2007 .

• Terlibat bersama-sama Perwakilan Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib dalam pameran seni maya dan bergerak, Expression of Peace anjuran Dr Hirsh Diamant dan para pelajar Evergreen State College, Olympia, Washington D.C pada November 2006.

• Ex-officio program tayangan umum pertama filem pendek di Malaysia, BMW Shorties bersama Alumni Mahallah Ali Ibn Abi Talib dan BMW (Malaysia) pada Julai 2007.

• Pengasas dan penggerak projek pilot webTV dan radio maya pertama UIAM melalui laman web rasmi, Aliman kendalian Kolej Kediaman Ali Ibn Abi Talib.

Penyertaan lain

• Program ‘Millionaire in Me’ oleh pakar hartanah nasional, Azizi Ali di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (2006).

• Program ‘Internet Millionaire’ oleh pakar hartanah nasional, Azizi Ali di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tajaan DIGI Communications dan Information Technology Division (ITD). (2007).

• Seminar antarabangsa, The Hadhari Approach: A Catalyst Towards South-South Development and Prosperity anjuran Gerbang Maklumat Selatan-Selatan, Kementerian Penerangan Malaysia (2006)

• Seminar kaunseling Kekeluargaan, Pendekatan Efektif Dalam Membimbing Remaja anjuran Jabatan Kaunseling, UIAM (2006).

• Program ‘How to Build Self-Confidence’ oleh Nik Affendy Nik Abdul Rashid. Setiausaha
Sulit, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri dan UIAM (2006).

• Program ‘A New World Orde’ oleh Ahli Parlimen Britain, George Galloway anjuran AMAN Malaysia dan JUST. (2005)

• Seminar Kepimpinan Remaja Muslim 2004 anjuran Persatuan Pelajar Somalia.

• Program ‘A moment with Canadian Muslim’ anjuran kedutaan Kanada dan UIAM (2005).

• Bengkel Editor Foto ASEAN anjuran Sekretariat Nasional ASEAN-COCI Malaysia dan BERNAMA (2005).

• Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk anjuran Jemaah Islah Malaysia (2002).

• Seminar Hiburan dan Kesenian Dalam Islam anjuran JAKIM (2005).

• Program In Person bersama Datuk Manja Ismail, kumpulan editorial Berita Harian (2006).

• Forum Journalism: Future and Prospect oleh Datuk Ahmad Talib, Maxis Communication anjuran Jabatan Komunikasi UIAM (2006).

• Seminar Sehari Kebebasan Media anjuran Jabatan Komunikasi UIAM (2005).

• Forum bersama Persatuan Pelajar Antarabangsa Singapura dan Radio Singapore International (2006).

• Seminar, ‘Freedom of Media Reporting’ anjuran Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), UIAM (2006).

• Program, ‘The Art of Negotiation’ oleh Jabatan Kaunseling, UIAM (2006).

• Seminar Psikologi Gunaan 2005 peringkat nasional anjuran Pusat Psikologi Gunaan, Jabatan Kaunseling UIAM (2006).

• Seminar Gejala Pelacuran di Malaysia anjuran Jabatan Kajian Wanita, Pusat Psikologi Gunaan, UIAM (2005).

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA