Mesej kali ini membawa beberapa informasi penting di bawah 'Apabila Tuan dan Cik Puan di Baca@ inilah kesan dan akibat'
Apabila kita bersama-sama bermula pada 16 Januari 2010, bersama-sama membaca secara spontan, mengejutkan orang ramai yang tidak tahu apa yang berlaku dan menjadikan kedai majalah kehabisan majalah pada hari esoknya (kerana bimbang dikelilingi pembaca buku), ia bukan sekadar satu aktiviti kita berseronok, tetapi keseronokan kita mengubah sejarah negara berterusan sehingga kini.
Terbaru di Pulau Pinang, kesan dan akibat Tuan dan Cik Puan bersama dalam aktiviti gila-gila dan spontan ini, Baca@ muncuk di Pulau Pinang!
----
Bersempena Pesta Pulau Pinang dan cuti sekolah, kerajaan negeri Pulau Pinang dan Syarikat Adam Bookstore menganjurkan aktiviti Bazar Baca@Pulau Pinang.
Aktiviti ini berlangsung pada 1 Disember 2010 hingga 2 Januari 2011, bermula jam 6 petang hingga 11.30 malam. Pelbagai aktiviti menarik yang akan dilakukan.antaranya pertandingan nasyid, bintang kecil pesta dan penampilan khas Upin dan Ipin.
Kedai-kedai buku menghargai usaha Tuan dan Cik Puan sehingga Baca@ dibawa hingga ke sana.
Tahniah semua
-----
Perkara kedua yang mengejutkan kami.
Sebelum ini kami memaklumkan Baca@LRT Massa akan bermula jam 10 pagi di Putra Gombak sehingga Taman Asia. Di mana kita akan ke BookXcess yang baru dan besar dan lebih banyak buku.
Kemudian kami menerima mesej demi mesej daripada penyokong Baca@LRT agar ia juga diadakan pada jam 2.00 petang
Kemudian kami membuka undian masa.
Ia mengejutkan kami!
Baca@LRT Massa akan berlangsung pada kedua-dua masa jam 10.00 pagi dan sekali lagu jam 2.00 petang.
Ini pertama kali dalam sejarah! Klik di sini bukti yang jelas sokongan Tuan dan Cik Puan
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=465116381529&set=o.211699456684
Maka mereka yang mengundi telah komited hadir pada masa diberi. Kami juga akan bersama-sama dalam kedua-dua masa. Insya Allah.
Ayuh kita akhiri tahun 2010 dengan kegilaan ini sekali lagi.
Moga ia akan merebak seperti berlaku sekarang.
Kini terbukti, siapa kata Tuan dan Cik Puan tidak dapat membawa perubahan? Ia benar-benar berlaku sekarang!
Terima kasih dan bertemu pada 5 Disember 2010.
----
Penyelaras Komunikasi Baca@ dan Baca@LRT
ZAMRI MOHAMAD
No comments:
Post a Comment