Followers

Sunday, October 17, 2010

Kata-Kata Indah (2): Merangsang Untuk Membaca

Jom Membaca..!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih,Lagi Maha Penyayang.


Semoga sahabat semua sihat dan di Rahmati Allah selalu,macam mana cuti hari ini,mungkin masa yang kosong di isi dengan aktiviti membaca,baguslah macam tu,membaca ketika waktu terluang.Apa yang penting di sini ialah selesaikan dahulu perkara yang penting,setelah semuanya selesai barulah ambil masa sedikit untuk membaca.Kalau masa menonton kita pun boleh adakan,takkan masa untuk membaca tak ada pula.Membacalah apa sahaja bahan bacaan yang bermanfaat untuk kita,yang penting masa yang ada jangan di buang dengan perkara yang tidak berfaedah.

Dalam pertemuan hari ini,saya kongsikan beberapa lagi kata-kata mutiara indah,yang saya dapati dari buku Asyik’(Aku,Buku dan Cinta),Kata indah ini,membuatkan kita terangsang untuk membaca lagi dan lagi.Membuatkan kita berfikir betapa pentingnya membaca untuk menambahkan ilmu dan mencerahkan minda kita.Membaca satu tuntutan yang murni dari kalam suci ilahi yang Agung.Mengapa tidak?Membacalah,kalian akan merasai keindahan dan keseronokkan membaca.

“Sesiapa pun yang bergelut dengan ilmu pasti tidak akan merasa kesepian.Sesiapa pun yang menghiburkan dirinya dengan buku pasti sentiasa dalam kebahagiaan.”

“Hanya dengan buku,anda akan terselamat daripada kekecewaan yang dilakukan oleh karenah rakan-rakan jahat.”

“Orang yang mengarang buku untuk kita adalah orang yang berbuat baik kepada kita.”

“Setiap orang mungkin ada memiliki kereta,rumah,lading atau harta,namun amat jarang mereka yang memiliki ilmu dan sopan santun”.

“Awal membaca memanglah sukar,namun akhirnya akan menjadi kebahagiaan.”

“Dengan membaca, anda akan bersama para nabi,hukama’ dan ulamak.Dengan kebodohan,akan bersama orang bodoh dan hodoh.”

“Awal permulaan kegagalan adalah kerana bencikan membaca.”

“saya menyakini yang cinta itu buta setelah saya menyaksikan para pencinta dunia itu menjauhi ilmu pengetahuan.”

“Ada orang berkata:”Saya memang tidak suka baca!” Katakan kepada mereka:”Kasihan! Anda hanya menyusahkan diri sendiri!”.

“Buktikan pada saya seseorang yang Berjaya namun belum pernah membaca apa-apa sama sekali.”


Demikianlah kata-kata indah,bagi merangsang diri kita agar membaca.Membacalah kerana dengan membaca Anda mendapat kelainan dalam hidup ,fikiran bertambah cerah dan tidak mudah untuk orang lain memperbodoh-bodohkan kita.

Selamat Membaca..!

Jumpa Lagi!.

2 comments:

  1. Ye..betul dan tepat sekali tu kak.membacalah selagi ada masa yang terluang.

    ReplyDelete

DEMI MASA