Followers

Sunday, October 3, 2010

Berpolitiklah Dengan Kasih Sayang

Politik kasih sayang menjamin keharmonian

Dunia politik semakin hangat dan makin panas membara,tiap hari ada saja isu atau berita yang kita baca dan dengar di dada-dada media massa cetak atau elektronik.Sama ada politik dunia Antarabangsa mahupun dalam Negara kita sendiri.Masing-masing parti politik bersaing bagi mengambil dan menambat hati rakyat masing-masing.Malaysia sebagai Negara demokrasi berperlembagaan juga tidak ketinggalan dengan kehangatan berita-berita politiknya tersendiri.

Namun kehangatan dan kerancakan berpolitik setakat ini tidak sampai tahap menghuru-harakan keadaan dan kesetabilan Negara.Walau apa pun kita kena berwaspada, terdapat segelintir daripada kita yang cuba meniup semboyan api perkauman yang sangat membahayakan pada kestabilan sosial dan politik Negara ini.

Jika ini tidak di bendung dan di elakkan oleh para pemimpin parti politik yang sama bersaing,ia akan merugikan pada kedua-dua pihak,rakyat akan menanggung akibatnya nanti.Oleh itu anasir-anasir ini hendaklah di elakkan dari terus meniupkan api perkauman.Ingatlah,Malaysia, adalah sebuah Negara yang harmoni dengan kerukunan tiga bangsa yang terbesar,Melayu,Cina,India serta Kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak.Segelintir manusia yang cuba meniupkan api perkauman itu haruslah di nyahkan dari politik arus perdana,jika ianya hadir untuk bertujuan melaga-lagakan kesatuan yang masih utuh setakat ini.

Kepada semua parti politik yang terlibat dalam arena politik Negara,tidak kiralah dari parti politik apa,kerajaan atau pembangkang sekalipun berpolitiklah secara rasional,utamakan rakyat daripada kepentingan pribadi.Ingatlah tanpa rakyat seseorang pemimpin itu takkan naik jadi pemimpin,dengan adanya rakyatlah para pimpinan ada di atas,sama ada pimpinan kerajaan atau pimpinan pembangkang.

Masing-masing ada peranan dan tanggungjawab mereka.Jauhilah dari politik kotor yang merendahkan martabat dan akhlak seseorang.Tegur menegur secara hikmah selagi orang yang di tegur itu tidak melampui batas-batas atau nilai-nilai yang mencemarkan nama baik agama,bangsa dan Negara.

Berpolitik lah dengan kasih sayang,pembangkang dengan tanggungjawabnya ‘check and Balance’,menegur dan menasihati kerajaan jika ada sebarang kepincangan yang di lakukan oleh pihak kerajaan,bukankah ini tanggungjawab yang mulia dan berhikmah.Bagi pihak kerajaan pula,teguran dan nasihat ini haruslah di halusi dan perbaiki segala kelemahan yang ada,jangan nanti rakyat akan bangkit menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap permasalahan mereka yang tidak di ambil berat oleh pihak kerajaan,jika berlakunya tindakan rakyat,janganlah hendaknya nanti pihak yang memberi teguran itu di anggap sebagai penghasut.

Kedua-dua pihak sudah memahami politik demokrasi begitu caranya,jadi bila berlakunya penolakkan rakyat terhadap satu-satu kerajaan,mereka sebagai ahli politik(pemimpin) sudah sewajarnya menerima tindak balas yang di lakukan dengan secara terbuka dan besar hati.

Ingatlah jawatan yang di sandang,kerajaan yang di terajui tidak akan kekal selamanya,baik dari parti pemerintah dan pihak pembangkang,bila-bila masa kerajaan itu boleh bertukar dan berganti,jadi sebelum terjatuh atau tersungkur beringat-ingatlah,jalankan amanah yang di pikul dengan penuh tanggungjawab.Berkerjalah,berpolitiklah dengan nilai kasih sayang.Nescaya penghujungnya Anda tidak akan rugi!.

Firman Allah:

"Katakanlah:"Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan,Engkaulah yang memberi kerajaan pada sesiapa yang engkau kehendaki,dan Engkaulah yang mencabut kerajaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki." (Ali Imran:26)

Sekian..Jumpa Lagi!.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA