Followers

Wednesday, October 20, 2010

Faedah dan Cara Pembacaan Berkesan

Jom membaca..!


Saya sangat tertarik dengan sebuah artikel yang di tulis oleh Ustaz Dr.Zulkifli Muhammad al-Bakri dalam majalah al-Islam keluaran bulan November di atas tajuk Iqra' Membentuk manusia hebat,dalam kesempatan hari ini saya kongsikan semula di sini dengan sahabat blogger sekelian tentang beberapa faedah dan cara pembacaan berkesan yang terkandung dalam tulisan beliau,semoga ada manfaatnya.

"Membaca mempunyai banyak faedah,di samping memberi pengetahuan dan maklumat baru yang terkini dan pengalaman yang pernah ditempuh oleh generasi dahulu.Sebenarnya banyak lagi faedah yang diperolehi hasil dari pembacaan,antaranya:

1)Mendapat dunia dan akhirat.Benarlah kata Imam al-Syafie,”Jika kamu inginkan dunia,hendaklah dengan ilmu,jika kamu inginkan akhirat,hendaklah dengan ilmu,dan jika seandainya kamu inginkan kedua-duanya maka hendaklah dengan ilmu.”

2) Merupakan jalan menuju Allah.Imam Ghazali di dalam Minhaj al-Abidin menyatakan,dalam perjalanan seorang hamba menuju kepada Allah ialah tahap ilmu,kemudian menyusul dengan tahap taubat.

3) Untuk mendapat ilmu ,sudah semestinya wajib membaca.Ini kerana dengan ilmu,akan tersingkap tabir kejahilan yang membelenggu akal dan jiwa manusia dari mengenal Allah.

4) Dapat membentuk jiwa raga menjadi hamba Allah yang baik,di samping dapat menjalankan tugas sebagai khalifah Allah dengan sebenarnya.

5) Dapat melindungi tuannya dan memelihara dari sebarang kemusnahan berbanding harta yang terpaksa dilindungi dan dijaga.

6)Hasil daripada proses pembacaan,sudah pasti umat Islam memperolehi hidayah,ilmu,iman dan takwa.Hanya dengan inilah sahaja,umat Islam akan terbangun akalny,emosi ,rohani dan jasmaninya.Inilah di sebalik Iqra”.

Jumpa Lagi..!

Selamat membaca...!

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA