Followers

Thursday, October 7, 2010

Buku Pun Perlu Di Hormati

Hormati buku..!

Semoga pertemuan ini di Rahmati Allah,dengan izinNya dapat berkongsi minda dengan sahabat-sahabat blogger semua,moga apa yang saya mahu kongsikan ini,sama-sama beroleh manfaatnya.Pada pertemuan kali ini saya ingin berbicara tentang buku,buku! siapa yang tak kenal buku ,semua orang kenal buku,tidak kiralah dari saiz kecil,sederhana,besar,sama ada buku itu tebal atau nipis,berkulit tebal atau nipis,buku itu berwarna atau tidak,berisi atau sebaliknya.

Tak ada siapa yang hidup ini tidak mengenali buku,bahkan orang yang buta pun tahu bila dia sentuh buku.Saya bukanlah orang yang layak nak berbicara tentang buku,tetapi oleh kerana minat membaca buku,jadi perasaan ini asyik terkenang dan terbawa-bawa ingat pada buku.

Cuba Tanya pada mereka yang hobinya membaca,bahkan bukan sekadar hobinya membaca,tetapi dalam hidupnya di penuhi dengan buku-buku,beli buku,kumpul buku,derma buku,beri hadiah buku,terima hadiah buku serba serbinya buku..buku..buku..buku!.

Dalam buku yang bertajuk Keanehan dan Keunggulan Buku yang telah saya baca,buku juga perlu di hormati,di jaga dengan baik,malah cara penyusunannya dan penjagaanya perlu ada adab-adabnya.Terus terang saya katakana pada mulanya saya memang tidak tahu perkara ini,bila sudah baca terpaksalah kena ambil tindakan buat penyusunan secara tersusun buku-buku yang berada dalam bilik bacaan saya,maklum saja,ilmu dah dapat mesti kena amal,kalau tidak cakap tak serupa bikin.

Dalam buku tersebut menyatakan klasifikasi yang standard sebenarnya merupakan satu adab untuk menjaga dan menghormati buku.Saya juga tertarik dengan kenyataan ini,buku di hormati bukan kerana fizikalnya tetapi isinya yang mencerdaskan umat manusia.Dalam tradisi ilmu Islam,ini amat di tekankan adab menjaga ilmu dan menghormati buku,Bahkan dalam tradisi ilmu silam yunani ataupun China juga terdapat tradisi adab menghormati buku. sejauhmana kita telah menghormati buku-buku kita?

Menurut Musa al-Almawi,buku-buku harus disusun menurut subjek,dan buku yang paling penting harus ditempatkan paling atas.Cuba tengok-tengok bagaimana penyusunan buku-buku kita.Beliau telah menunjukkan cara bagimana susunan yang harus dipatuhi:

1)Al-Quran
2)Kitab Hadith
3)Tafsir Al-Quran
4)Komentar terhadap Kitab Hadith
5)Kitab-Kitab Usuluddin
6)Kitab Fikah
7)Buku-buku tatabahasa,puisi dan ilmu yang lain

Menurut nya lagi buku tidak boleh di jadikan tempat menyimpan lembaran-lembaran kertas atau benda-benda lain yang serupa juga buku tidak boleh di jadikan bantal,kipas,sandaran punggung atau alas berbaring,juga di guna untuk membunuh lalat(kebiasaan yang sering kita lakukan).Seperkara lagi,sudut halaman buku juga tidak boleh di lipat bagi menanda halaman yang sedang di baca(al-mawi sudah menjangkakan kebiasaan keburukan kita).Berkenaan dengan penanda ,tidak boleh bahan daripada potongan kayu atau apa pun yang diperbuat daripada bahan keras tetapi gunakan penanda bacaan selembar kertas atau yang menyerupainya.

Al-mawi turut memberitahu,tentang peminjaman buku,buku-buku yang di pinjam hendaklah di pulangkan dengan segera apabila selesai di pinjam.Buku pinjaman juga tidak boleh di salin,sama ada keseluruhannya atau sebahaginnya sahaja tanpa meminta kebenaran pemiliknya,ini berlainan pula apabila buku itu sebuah buku diwakafkan,tanpa peraturan-peraturan lebih lanjut,dibiarkan untuk di guna oleh mereka yang berkepentingan,ia boleh menyalin sepenuhnya.

Jadi bagaimana sahabat-sahabat pencita buku semua,sudahkah kita mempraktiskan adab dalam menjaga buku dan cara menghormatinya,mudah-mudahan saranan al-Mawi di atas kita dapat amalkan dalam kita sebagai sorang yang cintakan buku(cinta ilmulah tu..).

Jumpa Lagi..!

#(Musa al-Mawi penulis buku Mu’id fi Adab al-Mufid wa al-Mustafid,meninggal dunia 1573M)

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA