Gambar dari: Google Image
#Tulisan lama berkaitan dengan detik-detik perjalanan menuju ke medan penulisan melalui eSastera.
Proksi Nov
2011:Penulisan Cerpen Dan Novel
Kursus selama dua
hari (Sabtu-19hb dan Ahad-20hb 11 2011) yang di adakan di
Bangunan SUK,Kerajaan Negeri Selangor anjuran Pejabat ADUN Batu Tiga, Puan
Rodziah, dengan kerjasama komuniti eSastera. Kursus percuma ini sangat
bermanfaat untuk semua. Alhamdulillah, untuk kali ini, saya dapat meluangkan
masa selama dua hari bagi menimba ilmu berkenaan penulisan cerpen dan novel.
Jika selama ini
saya hanya dapat membaca cerpen dan novel, tapi kali ini saya dapat mengetahui
bagaimana sesuatu penulisan cerpen mahupun novel di tulis oleh seseorang
penulis. Mentor-mentor yang di bawakan juga adalah mereka yang sangat
berpengalaman dalam genere yang mereka ceburi, iaitu penulisan cerpen dan
novel.
Siapa yang tidak
kenal dengan Faizal Tehrani, Ummu Hani, dan juga Prof Dr.Irwan Abu Bakar? Mereka
adalah insan yang cukup berpengalaman dalam bidang penulisan ini. Sebagai orang
yang ingin tahu dan ingin mendalami serba sedikit tentang bagaimana penulisan
ini boleh di ceburi, maka kursus ini sangat berguna dan bermanfaat sekali, lagi-lagi
kursus ini percuma dan makanan juga di sediakan. Rugi seandainya peluang yang
ada ini tidak direbut.
Saya sempat
berborak dengan Dr Irwan sewaktu makan tengah hari, bahawa kursus sebegini jika
dibuat di luar sudah barang kali dalam RM200-RM300, malahan boleh lebih dari
itu. Beliau mengiyakan tanda setuju, Namun kesedaran dan pemahaman sesetengah
orang tidak terjangkau untuk difikirkan. Ialah, masing-masing ada komitmen lain yang lebih
penting dari menghadiri kursus sebegini. Kita biarkan masalah mereka. Hak
masing-masing untuk memikirkannya.
Setelah menghadiri
kursus selama dua hari itu, barulah saya tahu serba sedikit apa itu tema, plot,
anti plot, latar, gaya bahasa, dan lain-lain. Insyallah, saya akan cuba
praktikan apa yang telah dipelajari. Alhamdulillah saya telah cuba hantar dua
buah cerpen ke dalam folder “PROKSI NOV 2011 Sayembara Cerpen” di
eSastera.com dalam komuniti Cerpenis.Tak tahulah sama ada menarik dibaca
atau tidak, Harap-harap sahabat di eSastera dapat komen dan membetulkan
kesilapan yang ada.
Untuk novel, insyallah
saya sedang cuba mencari dan merangka-rangka apa yang perlu di masukkan dalam
novel nanti. Masih dalam mencari idea. Doa-doakanlah semoga sukses ;).
Saya sungguh tertarik
dengan pengalaman hidup yang di ceritakan oleh mentor hari kedua iaitu Ummu
Hanni, bagaimana perjalanan kehidupannya dalam penulisan, bapanya sebagai
simbol contoh untuk dia menjadi penulis.
Bayangkanlah
selama 12 tahun tiada tv di rumahnya, bukan bermakna tidak mampu membeli tetapi
itulah didikan bapanya bagi mengelakkan anak-anaknya dari melihat sesuatu yang
tidak menarik dari hasil menonton tv. Bapanya lebih banyak memberikan hadiah berbentuk buku-buku dan majalah yang
bermanfaat. Itulah yang dia dan adik-adiknya hadam sejak kecil.
Rentetan demi
rentetan kehidupan itulah yang menyebabkan jiwa menjadi penulis menusuk
dihatinya,bermula dengan menulis dairi kehidupan yang dia lalui, meluahkan rasa
hatinya sehinggalah dia dapat menulis sajak,cerpen, dan novel. Buku-bukunya
banyak menceritakan tentang pengalaman kehidupannya. Itulah serba sedikit
tentang Puan Ummu Hanni yang saya dapat catatkan dalam buku catatan saya.
Seseorang penulis
dengan seseorang penulis yang lain, mempunyai gaya dan corak penulisan yang
berlainan. Namun antara satu sama lain saling lengkap melengkapi, tiada timbul
masalah dia betul sahaja, dia salah sahaja. Faizal Tehrani dengan gaya
penulisannya, Ummu Hanni dengan gaya penulisannya, juga dengan Dr.Irwan dengan
gaya penulisannya. Namun ilmu yang kita dapat dari setiap penulis sangat
bemanfaat sekali untuk kita semua.
Jadi dengan
adanya Proksi(Tidak kiralah modul apa pun), kita dapat memanfaatkan segala pengalaman
mentor yang berlainan untuk kita mencungkil manfaat daripada mereka. Tidak
sia-sia rasanya masa dua hari untuk mengutip butir-butir mutiara dari mereka
yang sudah ada nama yang harum di persada sastera di negara kita. Syabas untuk
mereka.
Syabas dan
Tahniah buat eSastera dan Kerajaan Negeri Selangor(Pejabat ADUN YB
Rodziah) atas penganjuran kursus ini.
( Catatan lama semasa menyertai kursus penulisan anjuran eSastera dam Pejabat ADUN YB Rodziah)
No comments:
Post a Comment