Politik tanah air tidak henti-henti dengan
pelbagai isu, lepas satu isu, isu lain menjelma, kini kedengaran lagi tentang
hudud. Salahkah jika isu ini berlegar kembali?. Secara pribadi bagi saya,
tidaklah salah, baguslah, ia wajar di war-warkan, diberi kefahaman kepada
seluruh rakyat Malaysia. Tidak kira apa jua bangsa dan agamanya, ia perlukan
gerak kerja dakwah yang berkesan.
Maklum sahaja, negara kita sudah puluhan tahun
merdeka, namun sampai hari ini tidak ada cita-cita mahu mengangkat
undang-undang Islam ini sebagai perundangan tertinggi negara, sampai bila pun
kita tidak tahu, pelbagai alasan dilontarkan dengan bermacam-macam pandangan.
Tak kurang juga, memperleceh, memperlekeh, malah ada yang lebih berani sinis dalam
mengeluarkan pandangan.
Entah mengapa, saya pun heran, puluhan tahun
sudah, masih lagi tidak faham-faham tentang undang-undang syariah ini. Padahal
negara kita, banyak institusi berkaitan keagamaan, kita ada JAKIM, kita ada
IKIM( malah wujudkan lagi radio), kita ada puluhan
jabatan-jabatan agama Islam rasmi, dan pelbagai lagi institusi Islam yang tidak
disebut di sini. Tidak cukup lagikah? atau peruntukan ke arah itu tidak ada? Atau memang tidak ada cita-cita ke arah itu?.
Apakah tidak cukup lagi untuk mengerakkan
usaha dakwah tentang undang-undang syariah tersebut?. Kita mahu semua faham?,
berapa puluh tahun lagi mahu tunggu?. Pemerintah yang ada hari ini pun sudah
cukup tua, apakah tidak ada lagi keinginan untuk melaksanakan undang-undang
tersebut?. Ya, baharu-baharu ini sahaja kedengaran sebahagian pimpinan parti
pemerintah seolah-olah bersetuju untuk menyokong perlaksanaan undang-undang
hudud di Kelantan.
Mudah-mudahan termakbullah cita-cita kerajaan
negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Harap-harap parti
pemerintah yang mahu menyokong undang-undang hudud ini tidak berdolak-dalik
seperti dahulu, kita tidak mahu ada kata hudud Pas, hudud Umno, biarlah ia akan
menjadi realiti, berbincanglah, bermesyuarahlah dengan penuh kasih sayang demi
undang-undang Allah SWT ini.
Hilangkanlah sementara kesangsian atau apa
sahaja titik bengik politik masing-masing. Memanglah kita tidak tahu hati
antara kedua-dua parti terbesar di tanah air kita, hanya Allah SWT yang tahu,
apa pun usahakan dahulu itu yang penting, sekurang-kurangnya parti pemerintah
sudah punyai sentiviti tentang undang-undang hudud ini. Kita tidak mahu lagi
ada pemimpin-pemimpin negara cuba memperlekeh, memperleceh, mempermain-mainkan
undang-undang Allah SWT ini.
Harapan dan cita-cita ini agar dipermudahkan
oleh Allah SWT, saya yakin dan percaya, setiap jiwa mukmin yang beriman dan
bertaqwa seratus peratus menyokong dan mendokong jika sekiranya undang-undang
hudud ditegak dan dilaksanakan sama ada di Kelantan mahupun di bumi Malaysia
sendiri. Begitu juga dengan mereka yang bukan beragama Islam, jika diberi
kefahaman yang padu dan jitu, pasti menerimanya dengan berlapang dada.
Sekadar pandangan orang kecil.
Masshah 2014
No comments:
Post a Comment