Followers

Sunday, October 10, 2010

Hanya 3 Buah Buku Sahaja Boleh Pinjam



Hari minggu(10hb Oktober 2010,Ahad) yang indah dan ceria,waktu pagi selepas melayari internet,terfikir pula,hari ni adalah hari pemulangan buku pinjaman Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor.Lewat pulang alamat kena denda satu buku 50 sen.Untu mengelakkan denda,saya harus dan mesti pulangkan buku itu hari ini juga,adab meminjam mesti kena pulangkan balik,takkan nak jadi harta pula,harta milik orang ramai mana boleh di simpan sebagai harta sendiri pula.Pulang tetap pulang.Ingat adab menghormati buku..!.

Alhamdulillah,dengan izin Allah jua memberi kesempatan untuk saya sampai ke destinasi di sini.Pergi ke kaunter pemulangan buku,cuba Tanya pada Cik Puan yang jaga kaunter,”Cuma boleh pinjam 3 buah buku je ke..?”.”Kalau nak lebih pinjam boleh gunakan nama isteri atau anak jika mereka ada jadi ahli..”balas Cik Puan jaga kaunter.Maklum tak puas rasanya pinjam 3 buah buku,nanti ada masa yang lain nak suruh Isteri daftar sebagai ahli,baru boleh pinjam buku lebih.

Habis buat pemulangan,saya terus cari buku untuk pinjaman hari ini,cari punya cari dapatlah 3 buah buku yang boleh saya baca dan hadam dalam minda saya nanti.

Antara buku-buku yang saya pilih untuk pinjaman kali ini;

1)Ke Luar Jendela-Hassan Ahmad


2)Pandangan Dari Tudor City,New York-Abdullah Ahmad


3)Ilmu Pengaruh,Bukan Jampi Tetapi Seni-Syahrul Nizam Junaini


Selagi Allah masih memberi ruang dan masa,Insyallah saya akan teru membaca dan membaca,semoga membaca ini menjadi budaya kehidupan dalam rumahtangga yang saya bina.Mari kita semarakkan budaya membaca dalam kehidupan seharian kita(yang penting tugas,tanggungjawab yang peting sudah diselesaikan).

Dari Ayah,Ibu,Isteri,Anak,Adik,Abang,Kakak dan semuanya mari kita tanamkan budaya membaca ini.Bangsa yang Berjaya adalah bangsa yang membaca..!.

Buku Dah Sampai..!


Buku dalam bungkusan yang baik

Furu al-masail wa Usul al-Wasa'il

Tarbiyah anak-anak

Alhamdulillah,pesanan buku melalui pesanan online tempohari dah sampai hari ini(9hb Oktober 2010,Sabtu),petang dalam jam 2.35 petang,tengah bersiap-siap nak tukar pakaian kerja ,ada orang memberi salam di luar rumah,ingat ada orang nak datang beraya,dalam hati raya dah habis dah,tak kan ada lagi orang nak datang beraya,mana taknya,hari ni pun masih ada lagi mereka yang buat rumah terbuka,dah di luar syawal pun masih ada lagi,tak pelah biarkanlah,mereka nak bersedekah dan jamu makanan kat semua orang,tak salah pun.

Panggilan salam,,agak lambat saya sahut,bukan apa nak pastikan siapa yang memberi salam.Saya pun buka pintu,oh..ada orang hantar bungkusan,dalam hati buku pesanan dari E-Store Stormreaders dah sampai,saya pun sign borang yang di berikan pada saya,sampai juga buku ni.Alhamdulillah buku yang saya pesan dah di tangan saya ketika ini,memang berbaloi,sangat bermanfaat buku ini,bila-bila masa saya kongsikan dengan sahabat-sahabat semua.

Maklum saja semenjak jadi ahli Stormreaders,banyak juga beli buku melalui online,siapa-siapa yang nak beli buku melalui E-store saya silakanlah ye,mana tahu ada buku-buku yang berkenan di hati.Untuk maklumat sahabat semua,pihak Stormreaders sudah ada menjual buku-buku dari terbitan Galeri Ilmu dan baru- baru ini pula pihak syarikat telah pun menjalinkan satu lagi syarikat buku yang terkenal juga iaitu PTS.

Bagi mereka-mereka yang tidak ada masa nak keluar kekedai-kedai buku,bolehlah kunjungi Kedai Online Masshah(Promosi le sikit).Manalah tahu ada yang berkenan di hati sahabat semua,buat mengisi minda.Untuk promosi lebih-lebih saya masih belum berani,sebab tak aktif menghadiri kelas-kelas yang di sediakan Syarikat,asyik tangguh-tangguh,tapi apapun saya masih aktif membeli dan mengikuti perkembangan syarikat,kini saya sedang mengatur jadual untuk lebih teratur dalam merancang kerja saya.

Dengan adanya kemudahan macam ini,memudahkan kita,menjimatkan masa kita,cumanya terpulang kepada masing-masing untuk memanfaatkan teknologi yang tersedia ada.

Jom amalkan budaya membaca,di mana saja,bila-bila masa dan yang penting jangan sampai abaikan tanggungjawab yang penting.Membaca tetap membaca..!.

Jumpa Lagi!.

PERHATIAN: UNTUK MELAYARI KEDAI ONLINE MASSHAH,SAHABAT-SAHABAT DI GALAKKAN MENGGUNAKKAN INTERNET EXPLORER 8 UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BAIK.

Untuk mendapatkan buku-buku tersebut,bolehlah layari E-Store saya:


Saturday, October 9, 2010

Wadah Informasi Usahawan-Majalah Jutawan

Majalah Jutawan Isu Oktober

Pertama kali membelek majalah ini,saya merasakan majalah ini tidak layak untuk orang macam saya,sebab pertamanya saya bukanlah seorang ahli perniagaan,apa perlunya saya beli majalah ini.Melihat pada harganya boleh tahan juga,tapi bila di belek-belek,melihat-lihat isi kandungan memang sangat menarik dan penuh dengan motivasi.Setelah membelek-belek,akhirnya saya jatuh cinta juga dengan majalah ini,apalagi ambil senaskah bayarlah..RM8.90 untuk Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak RM9.80 sen.

Seorang motivator dan juga Usahawan yang berjaya

Majalah setebal 80 muka surat ini,mengadungi pelbagai topik yang sangat menarik,ada tips,ada pandangan tokoh bisnis,motivasi,kisah-kisah ahli perniagaan yang berjaya.Namanya pun Majalah Jutawan(Wadah Informasi Usahawan),sudah pastilah isinya lebih kepada dunia perniagaan dan tokoh-tokoh Ushawan yang berjaya,mereka juga terkenal dengan gelaran jutawan.

Antara motivasi Jutawan yang menarik

Kesimpulannya,siapa pun kita,boleh saja membaca bahan bacaan seperti ini,sekurang-kurangnya mendapat motivasi yang sangat berguna,bagi mereka yang bergelar usahawan memang perlu sangat memiliki majalah ini,maklum saja Usahawan pun perlu banyak membaca jika ingin melihat perniagaanya maju dan berkembang,Usahawan kena banyak mencari ilmu tanpa henti,motivasi sangat perlu pada setiap Usahawan dan kepada kita yang baru berjinak-jinak menjadi Usahawan.

Semoga nanti menjadi Ushawan yang berjaya sehingga di gelar jutawan.Nak tahu lebih lanjut isu bulan Oktober carilah di pasaran sekarang.

Jom membaca..Jom jadi JUTAWAN..!

Thursday, October 7, 2010

Terima Kasih Kepada Pengunjung..!

Menulis satu medan dakwah

Kalau sebelum ini,dalam penulisan saya,saya menggunakan kata nama ganti diri dengan’ Aku’ tetapi dalam penulisan sekarang dan akan datang,saya akan menggunakan kata nama ganti diri ‘Saya’.Apapun yang penting pada kita,agar beroleh manfaat tentang perkara-perkara yang saya bicarakan dalam blog ini.

Perkongsian dalam blog ini adalah perkongsian ilmu,biarpun sedikit namun ada manfaatnya.Mungkin saya akan menggunakan kata nama ganti diri ‘aku’ dalam penulisan berbentuk monolog atau cerita ataupun rasahati,yang kadang-kadang untuk mendapatkan feel yang agak lain,Tetapi untuk penulisan yang berbentuk pandangan saya akan gunakan ‘Saya’ sebagai kata nama ganti diri.

Saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada seuruh sahabat-sahabat blogger yang berkunjung ke blog saya yang tidak seberapa ini,maklum sahaja saya bukan siapa-siapa,tiada yang istimewa ada pada diri saya,sekadar meluah pandangan,berkongsi minda,berkongsi rasa hati melalui blog ini.

Selain bercerita tentang buku,mengajak orang ramai supaya membaca buku,berkempen membaca buku,adakalnya penulisan saya berkisar tentang kehidupan,tentang diri itupun sekadar yang saya mampu dan apa-apa yang singgah di minda saya itulah yang dapat saya tuliskan dan kongsikan kepada sahabat-sahabat blogger semua.Saya bukanlah seorang penulis,Cuma sekadar pandai-pandai menulis(memandai).

Dan sebagai insan yang lemah saya mohon kepada sahabat-sahabat yang bijaksana,menegur mungkin ada kesilapan yang ada dalam penulisan saya.maklum tiada pengalaman dalam penulisan,menulis sekadar yang mampu dan ada pada minda sahaja.Menulis sebagai satu luahan diri,tanggungjawab kita sebagai insan yang di galakan ingat-mengingati,Nabi pun ada bersabda Sampaikan dari Aku walau satu ayat.

Jadi rasa saya ada tanggungjawab untuk sama-sama menulis mengajak kearah kebaikan,ini juga usaha dakwah yang di galakkan,masing-masing ada peranan.Menulis juga satu medan dakwah.Semoga segala yang saya tulis dalam blog ini ada manfaatnya pada sahabat-sahabat semua.

Buku Pun Perlu Di Hormati

Hormati buku..!

Semoga pertemuan ini di Rahmati Allah,dengan izinNya dapat berkongsi minda dengan sahabat-sahabat blogger semua,moga apa yang saya mahu kongsikan ini,sama-sama beroleh manfaatnya.Pada pertemuan kali ini saya ingin berbicara tentang buku,buku! siapa yang tak kenal buku ,semua orang kenal buku,tidak kiralah dari saiz kecil,sederhana,besar,sama ada buku itu tebal atau nipis,berkulit tebal atau nipis,buku itu berwarna atau tidak,berisi atau sebaliknya.

Tak ada siapa yang hidup ini tidak mengenali buku,bahkan orang yang buta pun tahu bila dia sentuh buku.Saya bukanlah orang yang layak nak berbicara tentang buku,tetapi oleh kerana minat membaca buku,jadi perasaan ini asyik terkenang dan terbawa-bawa ingat pada buku.

Cuba Tanya pada mereka yang hobinya membaca,bahkan bukan sekadar hobinya membaca,tetapi dalam hidupnya di penuhi dengan buku-buku,beli buku,kumpul buku,derma buku,beri hadiah buku,terima hadiah buku serba serbinya buku..buku..buku..buku!.

Dalam buku yang bertajuk Keanehan dan Keunggulan Buku yang telah saya baca,buku juga perlu di hormati,di jaga dengan baik,malah cara penyusunannya dan penjagaanya perlu ada adab-adabnya.Terus terang saya katakana pada mulanya saya memang tidak tahu perkara ini,bila sudah baca terpaksalah kena ambil tindakan buat penyusunan secara tersusun buku-buku yang berada dalam bilik bacaan saya,maklum saja,ilmu dah dapat mesti kena amal,kalau tidak cakap tak serupa bikin.

Dalam buku tersebut menyatakan klasifikasi yang standard sebenarnya merupakan satu adab untuk menjaga dan menghormati buku.Saya juga tertarik dengan kenyataan ini,buku di hormati bukan kerana fizikalnya tetapi isinya yang mencerdaskan umat manusia.Dalam tradisi ilmu Islam,ini amat di tekankan adab menjaga ilmu dan menghormati buku,Bahkan dalam tradisi ilmu silam yunani ataupun China juga terdapat tradisi adab menghormati buku. sejauhmana kita telah menghormati buku-buku kita?

Menurut Musa al-Almawi,buku-buku harus disusun menurut subjek,dan buku yang paling penting harus ditempatkan paling atas.Cuba tengok-tengok bagaimana penyusunan buku-buku kita.Beliau telah menunjukkan cara bagimana susunan yang harus dipatuhi:

1)Al-Quran
2)Kitab Hadith
3)Tafsir Al-Quran
4)Komentar terhadap Kitab Hadith
5)Kitab-Kitab Usuluddin
6)Kitab Fikah
7)Buku-buku tatabahasa,puisi dan ilmu yang lain

Menurut nya lagi buku tidak boleh di jadikan tempat menyimpan lembaran-lembaran kertas atau benda-benda lain yang serupa juga buku tidak boleh di jadikan bantal,kipas,sandaran punggung atau alas berbaring,juga di guna untuk membunuh lalat(kebiasaan yang sering kita lakukan).Seperkara lagi,sudut halaman buku juga tidak boleh di lipat bagi menanda halaman yang sedang di baca(al-mawi sudah menjangkakan kebiasaan keburukan kita).Berkenaan dengan penanda ,tidak boleh bahan daripada potongan kayu atau apa pun yang diperbuat daripada bahan keras tetapi gunakan penanda bacaan selembar kertas atau yang menyerupainya.

Al-mawi turut memberitahu,tentang peminjaman buku,buku-buku yang di pinjam hendaklah di pulangkan dengan segera apabila selesai di pinjam.Buku pinjaman juga tidak boleh di salin,sama ada keseluruhannya atau sebahaginnya sahaja tanpa meminta kebenaran pemiliknya,ini berlainan pula apabila buku itu sebuah buku diwakafkan,tanpa peraturan-peraturan lebih lanjut,dibiarkan untuk di guna oleh mereka yang berkepentingan,ia boleh menyalin sepenuhnya.

Jadi bagaimana sahabat-sahabat pencita buku semua,sudahkah kita mempraktiskan adab dalam menjaga buku dan cara menghormatinya,mudah-mudahan saranan al-Mawi di atas kita dapat amalkan dalam kita sebagai sorang yang cintakan buku(cinta ilmulah tu..).

Jumpa Lagi..!

#(Musa al-Mawi penulis buku Mu’id fi Adab al-Mufid wa al-Mustafid,meninggal dunia 1573M)

Sunday, October 3, 2010

Berpolitiklah Dengan Kasih Sayang

Politik kasih sayang menjamin keharmonian

Dunia politik semakin hangat dan makin panas membara,tiap hari ada saja isu atau berita yang kita baca dan dengar di dada-dada media massa cetak atau elektronik.Sama ada politik dunia Antarabangsa mahupun dalam Negara kita sendiri.Masing-masing parti politik bersaing bagi mengambil dan menambat hati rakyat masing-masing.Malaysia sebagai Negara demokrasi berperlembagaan juga tidak ketinggalan dengan kehangatan berita-berita politiknya tersendiri.

Namun kehangatan dan kerancakan berpolitik setakat ini tidak sampai tahap menghuru-harakan keadaan dan kesetabilan Negara.Walau apa pun kita kena berwaspada, terdapat segelintir daripada kita yang cuba meniup semboyan api perkauman yang sangat membahayakan pada kestabilan sosial dan politik Negara ini.

Jika ini tidak di bendung dan di elakkan oleh para pemimpin parti politik yang sama bersaing,ia akan merugikan pada kedua-dua pihak,rakyat akan menanggung akibatnya nanti.Oleh itu anasir-anasir ini hendaklah di elakkan dari terus meniupkan api perkauman.Ingatlah,Malaysia, adalah sebuah Negara yang harmoni dengan kerukunan tiga bangsa yang terbesar,Melayu,Cina,India serta Kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak.Segelintir manusia yang cuba meniupkan api perkauman itu haruslah di nyahkan dari politik arus perdana,jika ianya hadir untuk bertujuan melaga-lagakan kesatuan yang masih utuh setakat ini.

Kepada semua parti politik yang terlibat dalam arena politik Negara,tidak kiralah dari parti politik apa,kerajaan atau pembangkang sekalipun berpolitiklah secara rasional,utamakan rakyat daripada kepentingan pribadi.Ingatlah tanpa rakyat seseorang pemimpin itu takkan naik jadi pemimpin,dengan adanya rakyatlah para pimpinan ada di atas,sama ada pimpinan kerajaan atau pimpinan pembangkang.

Masing-masing ada peranan dan tanggungjawab mereka.Jauhilah dari politik kotor yang merendahkan martabat dan akhlak seseorang.Tegur menegur secara hikmah selagi orang yang di tegur itu tidak melampui batas-batas atau nilai-nilai yang mencemarkan nama baik agama,bangsa dan Negara.

Berpolitik lah dengan kasih sayang,pembangkang dengan tanggungjawabnya ‘check and Balance’,menegur dan menasihati kerajaan jika ada sebarang kepincangan yang di lakukan oleh pihak kerajaan,bukankah ini tanggungjawab yang mulia dan berhikmah.Bagi pihak kerajaan pula,teguran dan nasihat ini haruslah di halusi dan perbaiki segala kelemahan yang ada,jangan nanti rakyat akan bangkit menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap permasalahan mereka yang tidak di ambil berat oleh pihak kerajaan,jika berlakunya tindakan rakyat,janganlah hendaknya nanti pihak yang memberi teguran itu di anggap sebagai penghasut.

Kedua-dua pihak sudah memahami politik demokrasi begitu caranya,jadi bila berlakunya penolakkan rakyat terhadap satu-satu kerajaan,mereka sebagai ahli politik(pemimpin) sudah sewajarnya menerima tindak balas yang di lakukan dengan secara terbuka dan besar hati.

Ingatlah jawatan yang di sandang,kerajaan yang di terajui tidak akan kekal selamanya,baik dari parti pemerintah dan pihak pembangkang,bila-bila masa kerajaan itu boleh bertukar dan berganti,jadi sebelum terjatuh atau tersungkur beringat-ingatlah,jalankan amanah yang di pikul dengan penuh tanggungjawab.Berkerjalah,berpolitiklah dengan nilai kasih sayang.Nescaya penghujungnya Anda tidak akan rugi!.

Firman Allah:

"Katakanlah:"Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan,Engkaulah yang memberi kerajaan pada sesiapa yang engkau kehendaki,dan Engkaulah yang mencabut kerajaan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki." (Ali Imran:26)

Sekian..Jumpa Lagi!.

Allah Maha Mengetahui…Jangan Kita Lupa..!

Allah Maha Tahu

Ingat Allah hati akan tenang,ingat selain Allah hati takkan bisa tenang,Allah adalah segala-galanya buat kita,kerana kita memerlukannya setiap masa.Di mana pun kita berada ,Allah sentiasa memerhati kita,bahkan kita di hujung dunia mahupun di dasar lautan Allah maha mengetahui keberadaan kita.Sesungguhnya Allah itu maha hebat dan maha kuat,kerana itu kita memerlukannya setiap waktu.

Mengapa tidak? Allah lah yang memberikan kita nyawa,memberikan udara yang nyaman untuk kita menghembus,kerana itulah kita memerlukannya.Siapa antara kita yang tidak memerlukannya? Wah..! sombong sekali mereka itu,engkar dan tidak bersyukur sungguh mereka itu.

Perlukah kita bersikap lupa diri?.Sedang kita masih memerlukanya,di waktu susah,sakit,kesempitan,kita sungguh-sungguh memerlukan bantuannya.Kita merayu-rayu bantuannya,mohon belas kasihannya,tiba-tiba bila senang kita mahu melemparkan jauh-jauh dari diri kita.Manusia bagaimanakah kita ini?.

Apakah kita hanya berlakon di hadapanNya? Kita lupa pada kebaikannya pada kita.Apakah kita lupa segala nikmat yang tak terperi banyaknya yang kita sudah gunakan?.Mudahnya kita sebagai manusia lupa atas segala yang di berikan percuma kepada kita,sedang Dia tidak meminta sebarang sen pun apa yang telah kita gunakannya.

Sejauh manakah kita saban hari membawaNya? Atau kita tinggalkanNya terus,bila dalam kesusahan baru kita memerlukannya?.Allah tidak kisah itu semua,Allah maha tahu siapakah hamba-hambanya yang benar-benar ikhlas menghambakan dirinya kepadaNya.Bukankah Allah maha tahu walaupun dari sekecil perkara yang terselinap di dalam hati kita,apatah lagi yang besar lagilah Allah maha mengetahui segalanya.

Janganlah hendaknya kita bawa hanya di tikar sembahyang semata-mata,di waktu dalam kesusahan dan sebagianya tapi bawalah Allah di setiap destinasi yang kita tuju,kerana Allah adalah sebaik-baik pelindung buat kita.

Allah lah yang membawa kita kesetiap penjuru dunia ini,tanpanya kita tidak mampu,kekuatan dan kemampuan kita amat terbatas,kemana pun kita pergi Allah pasti melihat.Allah lah segala-galanya buat kita,hamba yang amat lemah ini.Jadikanlah Allah teman baik kita yang tidak pernah mungkir janji tentang janji-janjinya.

Tidak seperti kita yang sentiasa lupa,mungkir apatah lagi lupa akan janji-janji pembalasan Allah di sana.Kita sering lalai,bila di uji dengan kemewahan,kekayaan,kelapangan mudahnya kita lupa akan janji-janjinya yang maha benar.Kita lupa,kita tewas dengan nafsu dan hasutan iblis laknatullah.

Justeru itu wahai diri yang sering lupa,mohonlah pimpinanNya semoga kita tetap mengingatiNya setiap waktu,walaupun di mana kita berada.Agar kita sentiasa dalam Reda dan Rahmatnya.

Sekian..Jumpa Lagi!.

DEMI MASA