Followers

Monday, September 20, 2010

Kenangan Aidilfitri 2008


Assalamualaikum semua,moga Anda ceria-ceria dan bahagia selalu,syukur dengan izinNya dapat bertemu lagi.Dalam pertemuan hari ini,aku kongsikan satu kenangan untuk Anda semua,itupun andai Anda mahu membacanya;),Sedikit kenangan dalam hidup aku...catatan ini pernah aku post di blog permata hati Abi dan Ummi,kali ini aku post semula dengan sedikit edit dan penambahan.Silalah baca..;).

Kenangan? Semua orang ada kenangan masing-masing,ada suka,ada duka,ada gembira,ada sedih,ada pahit dan ada manis,semua bergantung pada perasaan masing-masing,begitu juga dengan diri aku ini.Sepanjang hidup yang di lalui pelbagai ragam yang di lalui,semuanya memberi satu kenangan yang kadang-kadang sukar untuk di lupakan.Itulah yang di namakan hidup dan juga kehidupan.Itu juga kurniaan Allah buat hamba-hambanya,untuk berfikir dan menilai setiap perkara yang mereka lakukan,sama ada bermanfaat atau tidak,bersyukur atau kufur.

Dalam kehidupan seseorang itu pasti mengimpikan sesuatu,menginginkan,mengharapakan sesuatu yang boleh mengembirakan dirinya,ia boleh jadi sebagai perangsang dalam mengharungi kehidupan.Bagi aku,keinginanku itulah impianku yang aku simpan semenjak usiaku mengenali tentangnya,mengikuti tentang cerita-ceritanya,yang positif,yang negatif bahkan yang berunsur fitnah aku ikuti.Semuanya dengan izin Allah.

Aku menyimpan impian untuk bertemu dan menatapnya secara dekat dan berdepan.Mungkin pada pandangan setengah orang lain,tiada istimewa insan ini,tetapi bagiku beliau lain daripada yang lain(dari segi kepimpinan dan memimpin jamaah hingaa ke tahap global).Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing-masing,pilihan adalah terletak pada sejauh mana keikhlasan kita menilai seseorang..hanya Allah yang tahu..!.

Bak kata,tak kenal maka tak cinta,dah kenal boleh jatuh cinta dan tergila-gila..ha3,betul ke apa yang aku cakap ni?.Kalau orang bercinta,apapun boleh buat kan..!,kadang-kadang sampai termimpi-mimpi,sebut pasal mimpi ni,macam-macam orang bermimpi.mimpi jadi kaya,mimpi jadi polis,mimpi jumpa hantu..macam-macam mimpilah.Mungkin kerana aku dah tanamkan dalam minda aku,yang mana satu hari nanti aku mesti dapat berjumpa dengannya,itu yang aku sampai termimpi-mimpi akan dirinya,seingat aku,dalam empat kali aku bermimpi bertemunya.

Sedangakan orang lain pun mengimpikan mahu berjumpa artis kesayangan mereka pun sampai termimpi-mimpi,inikan pula mengimpikan mahu jumpa orang soleh,takkan ini pun salah,Maka dengan izin Allah akhirnya mimpiku menjadi realiti bukannya fantasi.Perbezaan pandangan atau pendapat bukanlah bermakna kita terus mencemuh,menghina-hina pandangan seseorang,kalau pun kita tidak setuju pada setengah–setengah pandangan,takkan tak boleh kita hormati pandangannya,mesti ada hujah ilmiah,hujah lawan hujahlah,takkan main tembak dan semberono saja,bukankah perbezaan pendapat satu Rahmat buat umat Islam?.

Ini adalah kenangan yang sangat manis buat aku seumur hidup,niat yang terpendam sejak tahun 80 an lagi ketika itu sekolah rendah lagi,kini segalanya termakbul dengan izin Allah(niat puluhan tahun termakbul akhirnya)untuk bertemu dan seterusnya ziarah Ustaz Ashaari Muhammad(panggilan Abuya di kalangan pengikutnya)..Alhamdulillah dengan pertolongan sahabat Abi iatu sahabat kepada sahabat Abi Tuan Syeikh Dr Abd Hamid Abu Sujak(bekas Mejar dalam angkatan tentera Malaysia) pada tanggal 8 syawal 1429H bersamaan 8HB 10 2008 hari Rabu kami bertolak sebelah petang dengan kereta Tuan Syeikh ke Umbai Tanjung Mas Melaka.

Ketika itu Abuya berada di rumah besan beliau di situ,jadi Tuan Syeikh bawa kami bertemu dan ziarah ,Alhamdulillah Abuya mengizinkan kami untuk datang ziarah walaupun Abuya tak berapa sihat.Kami sampai sekitar pukul 9.10malam,kebetulan semasa kami masuk ke arah rumah ada sebuah kereta dihadapan kami menuju kearah yang sama..mungkin malam ni ada tetamu lain selain kami.

Maklum saja tetamu Abuya bukan saja dari dalam negeri saja bahkan tetamu dari luar Negara pun ramai ziarah.Kami pun keluar dari kereta,Tuan Syeikh maklumkan pada kami yang berkereta tiga orang tadi adalah pegawai keselamatan dari cawangan khas Melaka,mereka tahu Abuya di Melaka,jadi mereka pun datang…biasalah menjalankan tugas,kami datang ni pun ada tugas gak..tugas ziarah..,kami di sambut oleh anak-anak buah Abuya yang berada di hadapan pintu masuk.Rasa hati berdebar untuk bertemu insan yang selama bermain di benak ku,insan yang penuh kontoversi dari segala segi.

Kami sama-sama masuk,bersalam-salaman,ramai jugak malam ni,anak-anak buah Abuya,anak-anak,mereka sangat mesra dengan tetamu.Yang muda menyalami dan cium tangan..emm..memang hormat dengan orang tua,hasil didikan guru.Kami menerima arahan dari setiausaha Abuya Encik Suhaimi yang Abuya bersedia dan menjemput kami masuk ke dalam bilik Abuya.

Mengabadikan kenangan..

Kami yang seramai 6 orang 3 anggota keselamatan,Tuan Syeikh,Aku dan Hasbullah masuk ke dalam bilik.Niat Aku selama ini terlaksana untuk menatap secara dekat dan bersalam dengan Abuya,Abuya melayan kami dengan mesra sekali,berulang-ulang kali mengucapkan syukur kerana kami datang,tika itu Abuya di dampingi dengan Ummi Noor.Abuya menceritakan serba sedikit tahap kesihatannya pada kami,sesekali beliau cuba bangun untuk membetulkan kedudukan badannya,biarpun terbaring tapi jiwanya tetap bersemangat,berkali-kali mulutnya mengucapakan syukur atas kedatangan kami.

Ya…sekarang orang yang Aku ketika dulu,kini dan selamanya kagumi ketokohannya sebagai pemimpin sebuah Jamaah(dulu Darul Arqam,Rufaqa,kini Global Ikhwan) di hadapan mata.Dalam keadaan begitupun akhlaknya menyantuni tetamu sangat memikat hati.Itu yang aku maksudkan tadi,bila sudah kenal jatuh cinta dan tergila-gila…TAKSUB dan FANATIK?..ya taksub.ha3…terpulang..!.

Anda berhak menentukannya ketaksuban Aku terhadapnya;).Eleh..ada orang taksub dengan benda-benda tak senonoh pun ramai tak kisah,ini kan pula taksub dengan manusia soleh,ada aku kisah..!,bila aku cerita dengan kawan aku,yang aku jumpa dengan Ustaz Ashaari,dia kata Aku taksub..apa jawap aku..”Mawi tu kalau tak ada peminat taksub,boleh ke dia jadi juara dalam kiraan undi Sms?(tamsilkan pada yang lain-lain)entah betul tak jawapan aku,main belasah saja.Apapun akhirnya dia terdiam juga bila aku berhujah setakat aku yang mampu.Maklum saja aku bukan Ustaz,dia tu Ustaz...hanya taksub..taksub je boleh kata.

Memberi senyuman pada kami

Abuya menghiburkan kami dengan memanggil anak-anaknya untuk mengemundangkan beberapa nasyid untuk menghiburkan kami,mereka menyayikan dua buah nasyid.Syawal dan Ramdhan serta lagu Di dunia Tiada Hari Raya,Aku ada rakam sedikit dalam kamera digital yang di bawa.Seorang anggota keselamtan juga mengambil gambar mereka sedang bernasyid dan gambar kami di ambil sekali…dalam hati alamak..gambar ada dalam simpanan polis..ISA.he3….
Tuan Syeikh memberitahu pada Abuya yang kedatangan kami………..?!,Aku dan Hasbullah sempat bergambar dengan Abuya,Alhamdulillah beliau mengizinkan untuk kami bergambar bersamanya,selepas bergambar kami pun menyalami cium tangan Abuya dan keluar dari bilik,Hidangan jamuan sudah tersedia untuk kami menikmati.

Anak-anak Abuya sedang bernasyid mnghiburkan kami

Alhamdulillah akhirnya Aku bertemu Abuya Ashaari Muhammad dalam bulan Syawal 1428H yang penuh kerahmatan ilahi.

Apapun ini adalah rasa hatiku terhadap seorang tokoh yang aku ingin menemuinya selama ini.Segalanya dengan izin Allah.Rasa hati yang tidak biasa di tipu,hanya diri sendiri yang dapat merasainya.Bila rasa sayang,sayang sungguh-sungguh tapi bila benci,rasa benci itu sungguh-sungguh itulah Abuya Ashaari Muhammad,ramai yang sayangkannya,tapi ramai juga yang membencinya.

Pusara Abuya

Alfatihah buat beliau,semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya..Amin.!!!.

Catatan Kenangan 2008,Masshah 2010.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA