Program Kuliah Duhah Istimewa Ramadan
Untuk bulan ini,Surau Hj.Mukri Taman Seri Cerakah Kampung Bukit Kapar telah menjadi tuan rumah untuk Program Kuliah Duhah,Alhamdulillah kehadiran hari ini sungguh menggalakkan sekali,maklum hari minggu macam ni,eloklah gunakan kesempatan yang ada ini untuk menimba ilmu,lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.Program hari ini berjalan lancar biarpun gerimis dan cuaca yang dingin nyaman sekali.Kuliah Duhah di sampaikan oleh Ustaz Mohd Fadzil Bin Ismail,penceramah tetap bulanan.Ustaz telah banyak memberi input yang sangat berguna buat pendengar,sekali sekala di selangi dengan zikir-zikir,lagu-lagu dan sesuatu yang lucu.
Ustaz Fadzil Ismail sedang menyampaikan kuliahnya
Penduduk yang hadir
Ustaz mengingatkan beberapa perkara tentang Ramadan yang akan berakhir dan Aidilfitri yang bakal menjelang ;
1)Hidupkan malam dengan membanyakkan merintih dengan Allah,kalau boleh menangis,jangan nak control macho,menangislah mengharapkan pengampunan Allah.
2)Matlamat akhir dari Ramadan adalah untuk mencapai Taqwa,usahakan betul-betul sementara baki Ramadan yang ada.
3)Berakhirnya Ramadan Saitan-saitan akan kembali semula bertugas menyesatkan semula,mereka-mereka yang Berjaya di terima amalannya di sepanjang Ramadan,Saiton tidak pernah serik dan tak akan berputus asa untuk menyesatkan kita.
4)Aidifitri yang bakal menjelang,hari kemenangan buat mereka yang telah Berjaya menyempurnakan Ramadan dengan baik,kelahiran suci bersih buat insan bertaqwa.
5)Banyakkan takbir di malam raya,sama ada dirumah,di surau ataupun masjid,jika di rumah anak beranak bertakbir,bertahmid dan bertasbih beramai-ramai,banyakkan zikrullah pada Allah .
Di akhir ceramah,di buka peluang untuk para pendengar untuk bertanyakan soalan-soalan kepada Ustaz.Ramai juga yang bertanyakan soalan.Semoga program ini memberi manfaat untuk aku.
Program Kasih Ramadam 1431H
Ini program kedua yang aku mesti hadiri,bertugas mengambil gambar program petang ini.Program Kasih Ramadan 1431H,program memberi bantuan kepada fakir miskin,Oku,Ibu tunggal yang berada di seluruh kampung Bukit Kapar.Majlis bermula jam empat petang,waktu pendaftaran penerima-penerima bantuan.Majlis bersambung selepas solat Asar.Jam 5 program di dalam masjid bermula,bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Nazir Masjid At-Taqwa Bukit Kapar Ustaz Faryzan Subkhi dan di ikuti oleh ucapan Yb.Dr Abdul Rani bin Osman dan seterusnya merasmikan Program Kasih Ramadan.Program ini sangat menginsafkan aku,maklum saja hidup ini ada macam-macam ujian dan dugaannya,ada susah,senang,gembira,sedih,miskin ,kaya,antara satu sama lain perlu saling bantu membantu,kasih sayang..program ini memberi aku pengajaran yang bermakna buat aku.
Dr.Rani sedang berucap dan merasmikan program ini
Wakil pengerusi surau sedang menerima sumbangan
Sedang menunggu giliran
Seorang penerima sumbangan
Buat mereka yang menerima bantuan ini,semoga ianya di manfaatkan dengan sebaiknya,moga hari raya yang di sambut dapat dirai dengan senyuman yang mengembirakan.
Program Tazkirah Iftar Ramadan Dan Berbuka Puasa
Program mingguan sepanjang Ramadan,memang sudah termaktub dalam jadual aktiviti masjid sepanjang Ramadan.Program ini di jalankan setiap hari Sabtu dan Ahad,Kehadiran oleh penduduk kampung Bukit Kapar sebelum berbuka puasa di adakan sedikit tazkirah sebagai halwa telinga,ustaz yang berlainan yang di jemput setiap Sabtu dan Ahad,masuk hari ni hari kedua aku turut serta,yang lainnya adakalanya waktu kerja yang tak mengizinkan aku untuk menghadiri program ini.Alhamdulillah hari ini di beri kesempatan untuk sama-sama mendengar tazkirah oleh Ustaz Najmie Abdul Karim.
Penceramah sedang menyampaikan tazkirahnya
jemaah sedang memberi tumpuan tazkirah
Selepas tazkirah,waktu berbuka puasa pun masuk,ramai-ramai keserambi masjid untuk bersedia berbuka puasa.Alhamdulillah….segalanya denga izin Allah..!
bersedia untuk berbuka
Program Tazkirah Selepas Terawih
Program ni,aku tak dapat hadir,malam ni balik rumah mak mertua Shah Alam…Malam ni dengarnya yang memberi Tazkirah YB.Tuan Hj.Salehuddin Ayub.Tak dapatlah aku kongsikan apa-apa input dari beliau.Apapun semuanya berjalan lancar program masjid untuk hari ini,syukur jugalah aku diberi kesempatan untuk sama-sama memeriahkan dan mengimarahkan masjid pada hari ini.
Terima kasih Tuhan Yang Maha Baik..!
No comments:
Post a Comment